Tuesday, January 18, 2011


Aku perlu lakukan ini-Review Astro Raja Lawak.

Walaupun ketika menulisnya ada unsur-unsur poyo dalam diri aku dan gaya penulisan. But I still feel the need to write or review something about Raja Lawak.

Macam kau juga, aku fan comedy. Aku suka semua jenis comedy. Good comedy, bad comedy. Stupid comedy. Toilet humour, intellectual humour. Scenario. hamid Gurkha I don’t give a shit. I like comedy. Aku suka komedi macam Michael Jackson suka pada kanak-kanak.

If I want to expert on anything, I want to be expert on comedy. Ada doctor cacing di UM. Doktor Kartun di UiTM.aku nak jadi doctor untuk comedy.

The best comedy ever perform in Malaysia adalah smoething that we yet to see. It appear in theatre. . But not in tv.

Tapi aku masih percaya, dalam arena jenaka kontemporari tempatan, watak-watak yang mewarnai komedi Malaysia, mereka datang dari tv. Dari siaran tv. Ini aku dah tulis dahulu.

Dari Bakat TV RTM ke Sinaran Paspot Kegemilangan ke Raja Lawak Astro, the winner 9and some the losers) are going to be the whos who in Malaysia comedy. Particularly bahasa Melayu comedy.

One thing about comedy tempatan its like makan belacan. Hanya Melayu sahaja yang faham betapa sedapnya. Others wont understand. Kalau aku bagi filem P Ramlee pada outsiders, Chess Skinner misalannya, dia sudah tentu tak faham lawak-lawak begitu.



KOPI O
Antara pilihan peseta yang gagal kali ni. Kopi O boleh masuk ke peringkat ini sebab judge fikir dengan wajah yang kelakar mereka boleh produce sesuatu yang kelakar. Ini dapat dilihat pada sessi ujibakat bila mereka menggayakan mime ballet. Oh come on! Semua orang boleh Nampak kelakar kalau mereka menari ballet! Untuk ujian bakat we need to see dialog, story, lontaran vocal. Hanya dengan itu kita boleh Nampak kemampuan sebenar peserta. KopI O get my vote untuk peserta pertama yang harus keluar.

LEMAN –
Pelawak kegemaran Leman adalah mazlan Pet Pet. Statement itu sebenarnya lebih lucu dari persembahannya. Memang sukar utnuk menjadi pelawak stand up. Gaya yang dibawa oleh pelawak tempatan tak banyaak boleh dijadi contoh. Key words untuk performance solo Berjaya adalah suara yang loud dan confident. Syamsul Ghau Ghau hanya repeat dialog yang sama ketika dia menang Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 90an dahulu. Tapi ianya Berjaya menarik perhatian penonton. And its not really that funny but it works. Gaya Leman banyak kepad bercakap’ dengan penonton dari berkisarkan kepada cerita yang mempunyai plot. It doenst matter, as long as its funny and make people laugh. Gaya selamba Leman ketika minum getah pada episode ke 2 mungkin highlight of his performance. Leman tak mempunyai wajah yang kelakar (tak macam Epy) jadi kekuatan Leman perlu datang dari jalan cerita yang menarik. And he lack the punch words! Tapi yang menarik tentang Leman adalah watak-watak orang marhaen yang dipaparkan setakat ini. Penjaga Lembu, tukang penoreh getah. Shall he continue with the same character he’ll get my support to be the best 4.

LUCKY
Aku lupa yang ini.

BALAS
Kumpulan kegemaran aku. My type of comedy. Not intellectual or anything tapi semua comedy yang involve dengan bahasa Slanga English type (aka Melayu yang cakap English dengan slang poyo ) akan mudah mendapat perhatian aku. Atau dalam bahasa yang lebih sopan, lawak poyo. Balas , berbanding dengan R2 mempunyai body language yang baik,walaupun masih boleh dibentuk menjadi lebih solid lagi. Mereka juga perlu ‘blocking’ lebih kearah audience daripada bercakap secara berdepan sesama sendiri. Karakternya bernama Tom dan Jerry (!). Kalau mereka mengekalkan lawak jenaka begitu, aku rasa kumpulan ini boleh ke final.

BOBO
Mata juling lelaki gemuk dalam Bobo itu boleh diunjurkan menjadi komedi yang meyakinkan. By this I mean Bobo boleh jadi the next Azli Senario. Cuma Bobo macam kumpulan2 lain dalam Raja Lawak 5 ni, kurang content. Lawak2 tentang perempuan buta dan lain-lain telah biasa sangat kita dengar. Dan tak kelakar dah pun.
Ketika ini ditulis, mereka menjadi kumpulan pelawak pertama yang out Raja Lawak.
Their best performance adalah memek muka tak percaya mereka bila diumumkan mendapat undi paling rendah. Heh.

EPY
Epy ada character. Dia boleh pergi jauh kalau dia pandai aplikasi physical comedy. Patut kena tengok banyak komedi Buster Keaton, WC Field dan seantero dengannya.
Kalau ada pelakon Raja LAwak 5 yang boleh tembus ke Hollywood, its Eppy. Sebab muka dia ada macam Wayans brother sikit. Wassup!
Tapi epy kurang 2-3 tangga untuk capai apa yang Nabil telah lakukan. Jenakanya tak berpusat pada satu kisah yang linear. Tidak akan kesinambungan pada cerita dan plot. It started with a bang but endup with a bong.Kinda.

KAMI
Girls aren’t funny aren’t they? Apatah lagi gadis yang cun. KAMI is quiet cun bagi aku (ehem ehem) Aku pun dah lupa siapa ahli komedi perempuan yang aku suka? Mungkin takde. Sarah Silvermanpun aku tak suka sangat actually. So at the end our conclusion adalah…girls are not funny. Well, except the one who wrote Blog Anak Mat Nor. But shes one in a million. Persembahan minggu kedua mereka tidaklah mengecewakan sangat. Ada cerita, ada point. But jokes is all about timing and punch line!. Itu yang missing pada group Kami. They nened to be loud and the attitude of ‘I don’t give a fuck!” Kami masih lagi membuat persembahan malu-malu dan sopan-sopan-memakai kain dan sebagainya. Cuba mereka pakai seluar dan duduk terkangkang that action will give them freedom and strength to act chaos. Mereka patut dibawak kehutan dan menjerit sekuat hati. Atau dihantar belajar vocal dengan mazlan tahir, then only they can become good. The best thing about this girls? Theyre masih bujang. Come on Ajin apa lagi.

TBO
TBO looks like they having fun whn they perfom. Dan kadang-kadang terlalu fun sehingga jenaka mereka itu hanya mereka saja yang faham dan boleh appreciate.
Sekali lagi, body language tak mantap. Kena rilex dan cool. Jangan terburu-buru melontar dialog.

R2
Bijak ,sederhana. Core of the group adalah lelaki tua yang kita anggap sebagai pakcik itu. Gayanya macam tak ubah seperti jiran disebelah rumah yang memberi kisah lucu tentang menanam rumput sambil berkain pelikat. Begitulah gaya sederhana kumpulan R2. tapi terllau sederhana. Terlalu santai. Kena ada punch line yang powerful. Bukannya berborak-borak macam tepi pagar rumah je. R2 ada idea dan juga boleh pergi jauh.

PUKAW
Pukaw patut dah terkeluar. Lawak tak ada isi. Takde content(content also means isi dalam Bahasa Melayu )tak ada arah tujuan. Apa entah benda yang mereka ceritakan aku tak tahu. Yang kelakar adalah suara kecik lelaki yang bertubuh kecik itu.

NAZMI
Kritik lupa untuk cakap yang nazmi performance pada minggu pertama is one the best Raja Lawak debut ever. Maybe better than Nabil’s debut. The best debut ever. Mungkin better than Nabil on his debut years ago.. Tapi content masih tak terarah. Kena up and down tempo. Strenghnya adalah loud vocal.

MAN
Man mungkin yang paling smart. Ada cerita, confident. Cuma Nazmi membayanginya. Cuma ideanya mengakhiri persembahan dengan pantun already lame.
Should be in the final with Nazmi dan BALAS or R2.

SATIYA- Ok Satiya bukanlah peserta. Tapi alang-alang review peserta aku review pengkritik sekaliguslah senang. Satiya ayau nama gelarannya Baby Face seharusnya sudah lama menjadi sebahagian dari keluarga Raja Lawak, as pengkritik or whatever. Hes the most funny of them all. Dia ada loud vocal dan keselembaan yang tak keterlaluan. Solanya bolehkah dia menjadi pengkritik. Setakat ini Satiya tidak mengecewakan. Kritikannya kebanyakannya membina dan ‘play safe’ Which means good as this stage and for that kind of show. Too bad kemunculan Satiya dan David Teoh disandarkan pada konsep 1Malaysia. Mereka ada disitu sebab talent mereka bukannya atas slogan.

DAVID TEOH- Aku suka juga David Teoh muncul dalam Raja Lawak. Sebagai producer paling produktif , kita perlukan money maker to boost the industry. Kehadiran David seharusnya membantu. Sekurang-kurangnya ada bakat2 yang boleh dia tonjolkkan dalam filemnya nanti. Tapi david bukanlah performance, jadi diatak boleh bagi banyak kritikan yang baik. Mungkin David sedar tentang ini dan kritikannya lebih kepada kata-kata semangat.

AFDLIN – setakat 2 minggu ni Afdlin boleh dikatakan mengecewakan. Dia masih lagi dibuai dengan kenangan bersama Bob Lokman dan Arwah Din Beramboi. Dia sepatutnya lebih hype dan bertenaga untuk nmenyokong komen-komen Satiya dan David. Hanya dengan cara itu David dan Satiya merasa lebih welcome.Banyak masa kelihatan Afdlin kurang tenaga dan longlai. Kalau dia boleh meloncat dan menari dengan peserta final Raja Lawak ke 4, kenapa kali ini dia nampak lesu?

ZIZAN dan JOHAN- Nafas pada Raja Lawak. Ah Chai karakter adalah kerja setengah genius. Ewah ewah. Yang peliknya ketika mereka menjadi peserta pada Raja Lawak pertama, Zizan dan Johan tak chaos sangat macam sekarang. If anything we could learn from that is, comfortable people can perform better

3 comments:

SHAH MOLOKO said...

Chema suke betul nonton Raja Lawak..every season dia tak missed..aku bila finalje baru aku nak nengok dude.. review hang cam judges la dude..haha

saat omar said...

review dari judges makin lama makin slow ah. They have to bring Adlin ke Raja Lawak baru panas skit.

Qistina Filzah said...

sy pun shuke tgk Raje Lawak dari musim pertame..tgk2 rncgn gni leh releks2 minda..santai2 jek time de masalah..n rashenyer Raja Lawak 5 ni lagik best dr musim lps..n target Balas,R2 n Nazmi ke final