Sunday, January 2, 2011

1

Ah hari pertama persekolahan. How sweet.


Dalam kronologi kehidupan manusia moden hari pertama persekolahan adalah sesuatu yang harus diraikan.


Aku masih ingat lagi hari pertama aku disekolah.

Pagi itu ayah dan beberapa kawannya berkumpul. Mereka membincangkan beberapa sekolah untuk dihantar.

Teluk Intan ada tak sampai 10 sekolah. Horley Methodist, Sultan idris 2 dan juga St Anthony. Horley Methodist paling jauh dihujung pekan. Dan disekolah inilah ayah hantar aku untuk bersekolah dari darjah 1 sampailah ke darjah 6.


To think about it, of all his decision to me, that’s one of the best he made.


Ayah cuba bagi pendidikan yang sebaik mungkin untuk aku. Dan dimatanya sekolah inggeris adalah yang paling baik. He was right.

Aku tak pernah ke tadika. Jadi hari pertama persekolahan aku adalah hari pertama persekolahan aku.

Hanya tuhan yang boleh tahu betapa shockingnya aku pada culture itu. Itulah kali pertama aku melihat budak Cina. Itulah kali pertama aku melihat kanak-kanak India.

Sesetengah dari mereka mempunyai wajah yang pelik. Sesetengah dari mereka bercakap dalam bahasa yang pelik.

Dan kebanyakan dari mereka mempunyai bau badan yang pelik.

So many people in one tiny building.

Dan mereka semuanya aggresif. Berlari kesana kemari macam kambing lepas kandang.

Takutnya aku Tuhan saja yang tahu.


Are these all my friends? Aku tak rasa aku boleh survive kat situ. Dalam hati aku memberontak untuk pulang kerumah dan menonton Cumi Ciki pada waktu petang. Aku tak mahu lagi dikelilingi oleh orang asing. Fuck them and fuck school, fikir aku dalam hati.

Aku dan Ijan ditempatkan dikelas darjah 1 biru. Ada 1 hijau, 1 kuning satu merah dan satu Ungu rasanya. Kelas satu biru adalah kelas yang paling baik rasanya. Disini anak-anak Cina dan India bercakap dalam bahasa Orang Putih. Bukan sahaja dalam pergaulan, tetapi bila bergaduh pun mereka bercakap dalam Inggeris.



Tak pernah aku rasa ketinggalan sebegini dalam hidup aku. Aku yang jaguh dikampung aku disini rasa kecil sekali.Baru aku tahu langit itu tinggi rendah.

Inilah juga kali pertama juga aku kenal huruf A sampai Z. Oh bolehkah aku hafal huruf-huruf ni sebelum aku darjah 6 nanti? Risau aku.


Kebanyakan budak-budak kelas ini sebenarnya sudah kenal antara satu sama lain ketika dalam tadika. Budak-budak Melayunyaa banyak yang berasal dari jalan laksamana. Bila didalam kelas, mereka sudahpun membentuk geng mereka sendiri. Aku dan Ijan yang tak kenal satu pun dari diaorang hanya termanggu.

Yang kelakarnya kerana tak kenal budak-budak lain, pada waktu rehat, aku dan Ijan bermain aci kejar dua orang. Bila Ijan ‘jadi’ dia kejar aku dan aku duduk. Lol.


2

Dalam kelas aku budak yang paling suka menangis. Lambat hantar kerja aku menangis. Tali kasut tak ikat aku menangis. Tak dapat jawab soalan cikgu aku menangis. Dan sebab itu ada seorang budak Melayu cukup benci dengan aku. Aku rasa dia memang taiko. Tough guy kinda . fizikal badannya pun tegap. Cuma rambutnya yang bersikat tepi. Bila tengok muka Maranzanno mafia New York aku teringat dengan budak ni. Ah namanya aku lupa.

“Asyik-asyik menangis. Asyik-asyik menangis” ejek dia dengan muka sialnya. Sebab dia tough Dengan mudah dia jadi geng leader untuk budak-budak Melayu yang lain. Semua orang takut dengan dia dan semua orang always refer dengan dia kalau nak buat satu-satu aktiviti.

Tapi dia tak lama disekolah itu. Sebulan kemudian dia pindah. Bila dia takde, aku yang sudah mula membiasakan diri dengan sekolah itu mula ambil alih jadi leader. Berkawan rapat dengan sufian, ketua dari jalan laksamana, kami membentuk team yang ganas dan berpengaruh. Nama aku mula menjadi sebutan budak-budak Melayu.


Kalau itu semua berlaku di SIngapura dah lama kami join geng Gagak Hitam. Tapi itu semua berlaku di Horley Methodist Teluk Intan.


Sufian sekarang bekerja di SKomk. Ijan entah mana. Dalam banyak-banyak kawan lama dia yang paling aku cari-cari. Sampai sekarang aku tak tahu samada diaorang ada facebook atau tidak. Atau masih lagi main Friendster.


Bila melihat kanak-kanak dihari pertama persekolahan mereka hati aku seperti ingin berkata " Stay in school, fool and don’t get out! Being adult sucks! I mean...look at me now" :P

3 comments:

syahrulfikri said...

i like the photo, installation art.

saat omar said...

The name of the artist Donna Wilson...oi cuti pi cutilah, buat apa masuk internet!

pssst...camne wedding Udj?

MOLOKO said...

dude..first day of school pasti ada budak berak dalam seluar..due terlalu gugup nak minta excuse gi tandas*