Monday, December 27, 2010

Laser.


Laser yang digunakan oleh penyokong Malaysia untuk menyinari kepala Markus adalah laser sama yang digunakan untuk membelah celah kangkang James Bond dalam Goldfinger.



Bila Malaysia kalah 5-1 dengan Indonesia ,aku tak rasa team kita boleh pergi jauh. Its the same every year.
tapi bila menang dengan Vietnam 2-0, ianya seakan memberi sinar untuk menonton perlawanan akhir. The game to end year.

Abu yang mula datang pada aku mengajak pergi kestadium. Dia yakin team Harimau boleh beat Garuda.
"Bagaimana kau boleh yakin Abu?" Tanya aku.
Aku ada secret recipe" jawab Abu tersenyum.
"Apa tu? kasut sakti?"
"Bukan?
"Vuvuzella?"
"Juga bukan. This is better than Vuvuzella"
Abu buka bungkusan tu. Ianya laser. "Ini laser sama yang digunakan oleh Luke Skywalker masa berlawan dengan Dark Vader di Death Sader.
"Bukan Dark vader...Darth Vader" jerit aku yang sangat sensitif dengan salah sebut nama icon Hollywood.
"well whatever. Aku akan tujukan laser ni pada kepala botak Markus, biar dia tak nampak bola haha"
Tuju kat kepala? kalau nak kenapa tak tujukan pada matanya? "
"well whatever. Hanya cara ini sahaja Malaysia boleh beat Indonesia. Then be it"Jawab Abu dengan lirikan senyuman evil itu.

Abu memang sakit hati dengan Indon sejak incident kena tipu dengan kontraktor Indon bila rumput dilaman rumahnya tak siap-siap. bagi Abu Malangsia lawan Indonsia is not just a game, bagi Abu this is war.
"Tak payahlah main kasar Abu. Orang putih dah main bola beratus tahun dah. Tak pernah kacau game dengan maser-laser ni" pujuk aku supaya Abu menghentikan niat jahatnya itu.
"Eh Saat! Kau tau kenapa english league main bola waktu petang? Ah sebab taknak orang suluh laser kat Pepe Reina ok! "jawab Abu.
"Abu semua tu tak perlu. Laser bukan sahaja boleh merosakkan mata. tapi juga hati dan perasaan. Gunakan laser itu untuk tujuan murni.Macam pertanian, penderaan dan sebagainya. Tapi bukan untuk tujuan kesukanan. Please Abu"

"Are u a moralist Saat?" Tanya Abu lagi yang membuatkan aku tersentak.

Aku tiada pilihan lain kecuali berdiam diri. Aku ikut Abu kestadium kerana aku akan cuba sabotag rancangan Abu nak letak laser dimata Markus walaupun sebenarnya aku lebih suka menonton bola dirumah.

Dalam perjalanan kami sempat bersembangan tentang sejarah konflik antara.
"Kita british, mereka Belanda. British tinggalkan segala-galanya untuk kita. Apa yang Belanda tinggalkan untuk orang Indonesia?.
Walaupun orang British ambik hasil bumi kita tapi orang British bagi kita education, dan juga Little Britian. Apa yang Belanda tinggalkan pada Indonesia? Kincir angin pun takde kat Bandung ok. Orang Britain menggalakkan education, Belanda percaya pada kerja kerja dan kerja. Kita patut berterima kasih pada British" kata ABu. Aku mengangguk-angguk.

Sampai distadium Bukit Jalil ,suasana sudah mula sesak. Aku dan Abu terus masuk ke pintu stadium. Di hadapan pintu pengawal keselamatan mula menuggu untuk memeriksa kami.
Abu mula berpeluh-peluh.
"Abu aku takut Abu. Macamana kalau mereka dapat tahu kau bawak laser"
"Jangan takut Saat. laser tak termasuk dalam bom" jawab Abu cuba membuat aku tenang.
tapi disebalik itu aku melihat Abu yang berpeluh-peluh. Anjing pemeriksa bernama German Sherpard mula menyalak pada Abu.
Pengawal keselamatan yang misainya melintang itu melemparkan pandangan sinis pada Abu.
Aku cuma senyum,walaupun kelat.


Tiba masa kami diperika. Aku dan Abu dipaksa untuk kangkang seluas-luasnya. Mesin penggera yang berbunyi beep beep diletakkan disetiap sisi badan kami.
Aku berjaya melepasi pemeriksaan itu dengan bersih. Cuma Abu sahaja yang mencurigakan pegawai keselamatan itu. Mesin bunyi beep beep berbunyi beep beep bila ianya diletakkan dikocek seluar Abu.
"Apa ni?" Tanya pengawal keselamatan itu bila Abu mengeluarkan laser dari kocek yang berbungkus dengan suratkhabar dari seluarnya.
Abu tak menjawab.
"Aku tanya! Apa ni?" tanya pengawal keselamatan bermisai melintang itu tegas.
"Laser" jawab Abu tenang.
"benda ni boleh meletup? " tanya pengawal itu.
"Tak boleh"
"Ok masuk masuk cepat" kata pengawal keselamatan itu.
Aku dan ABu masuk dengan senang hati. Dibelakang kami penyokong Indonesia mula menjerit-jerit.


Dalam stadium perang mulut mula berlaku.
"Pramoedya! Pramoedya! " jerit penyokong Indon-mereka membandingkan hero icon mereka yang lebih baik berbanding icon Malaysia.
"Shahnon Ahmad! Shahnon Ahmad!" jerit 70 ribu penyokong Malaysia pula membalas .
Sukarno! Sukarno!!" jerit penyokong Indon lagi.
"Tunku Abdul Rahman! Tunku Abdul Rahman! Tunku Abdul Rahman!" balas penyokong Malangsia 2 kali lebih gegak gempita dari barisan penyokong Indonesia.

"Dewa 19! Dewa 19! Dewa 19!!"
....Kami balas "Amy Search! Amy Search! Amy Search dan Wings!!" pada mulanya kami nak sebut M Nasir, tapi kami rasa takut nanti membawa Singapura dalam konfrontasi ini maka kami hanya sebut Search dan Wings sahaja.


"Peter Porn! Peter Porn!" jerit penyokong Indonesia pula.
"Edry KRU! Edry KRU! Edry KRU! "Jerit penyokong Malaysia pula.

Suasana makin panas.

"Laskar Pelangi! Laskar Pelangi!! Laskar Pelangi!!!" jerit penyokong Indonesia itu lagi yang menambahkan gegak gempita stadium.
Kini penyokong Malaysia mula berpandangan sesama sendiri. Kami tak tahu nak counter attack dengan apa.
Tiba-tiba Abu menjerit kuat "Ngangkung! Ngangkung! Ngangkung" yang disusuli dengan jeritan penyokong-penyokong lain pula.
"Booooooooo!!! "Jerit penyokong Indonesia sambil disusuli dengan ketawa seisi stadium.
Aku hanya menepuk dahi dan menyuruh Abu jangan menyampuk lagi.

Perlawanan pun bermula.
dua-dua belah pihak saling serang menyerang.
Freekick untuk Malaysia. "Ah ABu, apa lagi suluhlah muka Markus tu sekarang!" jerit aku.
Abu memerhatikan sekeliling, memastikan line clear.
Bila dilihatnya polis yang ada sibuk makan burger, Abu mengeluarkan laser dari poketnya.
Dia pun menyuluh ketengah padang.
"Aduh! tak boleh pakailah . Lupa nak beli baterilah" kata Abu sambil mengetuk-ngetuk laser tu.
Aku mengeluh.
"habis tu macamana nak menang ni kalau takde laser?" Aku menjerit marah pada Abu. Nampak kesal diwajah Abu kerana lupa singgah 7 eleven.
Abu meminta diri, dia keluar dari situ dan terus ke toilet. Aku rasa Abu menangis dalam jamban, menyesal kerana tak dapat membantu Malaysia menang lawan Indonesia.

Ketika Abu ditandas itulah jaringan demi jaringan dilakukan oleh pemain Malaysia bagi membenam Indonesia.
Abu keluar dari tandas dan menyertaai kami bersorak sorai kegembiraan dan mengibarkan bendera Malaysia.


3 gol Malaysia dijaringkan tanpa bantuan laser.
Satu lagi perlawanan akan diadakan di Stadium Bung Karno, Rabu ini. Kali ini penyokong Indonesia dari pelusuk dunia akan turun bagi membantu Indonesia mengalahkan Malaysia. This time it will be war. Uruk Hai dibangunkan. Jaka Sembung dihidupkan semula. Semua hantu hantu, serigala jadian akan dihantar untuk menakut nakutkan pemain Malaysia distadium keramat itu.

This time its war. North Korea vs South Korea? pergh . bagi Abu, this is the real war.

di pihak Malaysia, rata-rata yakin bahawa kemenangan bersih 3-0 itu sudah cukup sebagai bekalan untuk menjadi juara piala Suzuki . Sebelah tangan sudah menngengam piala itu kata mereka . Eh jangan terlalu konfident sangat.

Tapi kenapa tidak?
Hanya ada satu pasukan sahaja yang boleh bangkit dari ketinggalan 3-0; Liverpool circa 2005 magic of Istanbul.

But Indonesia aint no Liverpool brother.

3 comments:

Jef Hadi said...

lol. suka gila yang ini. lagi-lagi part lawan cakap tu. haha. masing-masing ada tokoh sendiri. even porno. kecuali filem. kahkahkah!

ryann said...

haha ha. brilliant bro

SHAH MOLOKO said...

dude...aku yang tak minat bola pun akhirnya terjebak malam perlawanan bersadur laser itewww...anyway post yang mmg kelakar dude! hoho..