Tuesday, December 14, 2010

^J^

Kali ini aku pasrah. Metrowealth here I comes. Im curious.

Filem Melayu seburuk manapun ada sedapnya. Gmabaran tempatan membuai memori lama.Ini aku dapat dari babak-babak pokok kelapa yang bergoyang ditiup angin. Gambar-gambar longkang tempatan, jalan raya tempatan. Gambar-gambar kedai malan tempatan yang aku boleh relate sekelilingku. Juga Gambar wajah-wajah tempatan yang sama warna dengan kulit warna aku sendiri.
Dan yang penting sekali bahasanya.

Mungkin atas dasar itu aku tak pernah give up dengan filem Melayu.
kata orang, hujan batu bla bla bla.


Aku selalu prihatin pada perkembangan komedi tempatan. Sejak zaman bahgsawan dengan Man Belon, S kadarisman ke P Ramlee and the gang ke studio Merdeka, ke revival filem komedi Melayu zaman filem berwarna dengan Aziz Satar, Ibrahim Pendek ke Badul and The gang ke senario dan ke alumni Raja Lawak. Aku mengikuti perkembangannya secara telus.

Tidak seperti pelakon tempatan yang kita tak tahu asal usulnya (akademik) pelawak melayu banyak dilahirkan dari pertandingan Bakat. Ini satu fakta yang menarik.
Jamali Syadat adalah juara komedi radio.
Badul, Tawil, Yahya Sulong, Mr Os dari Bakat TV RTM.
Senario dari Sinaran Paspot Kegemilangan.
Nabil, ZIzan, Johan dll dari Raja Lawak Astro.

memang tak semua juara pertandingan komedi ini menjadi star di filem. Ada diantaranya yang tak menang pun, tapi pencapaian mereka lebih memberasangkan dari yang menang; Apek, Yassin, Zizan, Johan dll.

Sorry Awie dan AC Mizal aku tak anggap sebagai comedian.

Aku masih belum menonton Adnan Sempit. Jadi aku curious dengan apa yang filem mendapat pulangan berjuta ringgit itu boleh offer aku.

Im a fan of comedy. And Im a fan of new talent.

jadi aku pun mengambil kesempatan yang terluang untuk menonton Ngangkung. Hantu Kak Linah boleh tunggu dulu, jangan balik rumah dulu.

2

Ada 2 perkara menarik berlaku ketika aku menonton Ngangkung ini ya saudara dan saudari.

Yang pertama ada couple Cina menonton filem ini. Mungkin terpengaruh dengan blog TMBF. Kalau itu baguslah. Atau mungkin juga sanak saudara David Teoh yang teringin meninjau bagaimana pakcik mereka boleh kaya raya. Hah!

Yang keduanya, ada kapel beromen bila aku menonton filem ini.
mereka berada dihujung sudut kerusi. Aku nampak kepala lelaki itu sering tenggelam. dan kemudian ada tangan manis yang membelai telinganya. Amboi amboi.
20 tahun dahulu aku akan baling kuaci kebadan mereka yang mengulangi babak Sumpah Semerah Padi itu.
"Oi jangan meromen. sini ada budak!" jerit aku.
Bila dia tanya mana, aku akan angkat jari dan tunjuk mukaku sendiri.
"Ini filem Ngangkung ok, bukan Ngongkek!" jerit aku lagi. "Kalau nak beromen get a room. Ni nak bayar murah beromen dalam panggung wayang. Malulah sikit pada David Teoh!"
But of course I didnt do that.
beberapa minit sebelum filem tamat mereka keluar.
Lelakinya dalam lingkungan 40an. dan perempuannya pula mungkin sebaya. berpakaian serba hitam dan bertudung. Its not your regular shuffle kids, its pakcik and makcik.
bastard!

Ok mari kita cerita pasal filem Ngangkung. Its not a good movie. At least not the one yang deserved 4-5 millions. And not bad either. Bila filemnya mempunyai mesej, dan mesejnya adalah tentang mengajak manusia kearah kebaikan wajarkah filem itu dianggap buruk? ah ianya sesuatu yang kau tak dapat dalam filem-filem arahan Professor Universiti tempatan.

The first 5 minutes is promising. A huge leap in local make up.
well not really actually, but its not bad shot either.Buat seketika ianya membayangkan kaau akan melihat sesuatu yang hebat.

Adegan suami-isteri memang memualkan. Its a total rip off. tahukah kamu bahawa perkataan paling overly used dalam filem/drama Melayu adalah 'Abang' dan 'Sayang'. Mendengar dua perkataan ini membuatkan aku geli geleman. Tambahan lagi membayang dua kapel tua yang sedang bercengkerama itu. So please nasihat aku pada future filmmaker, kalau nak buat filem ada babak suami isteri cuba lari dari dua perkataan ini ok)



Lawak Ngangkung sederhana. Highlight of the joke bagi aku adalah(suprisingly) scene Azli ketika menjadi doktor. Memang mata juling Azli itu mejengkelkan. Tapi babak ketika dia menggayakan operation menggugurkan bayi mampu membuatkan aku tersenyum sinis.

Mungkin babak itu tak banyak membantu kepada plotnya. tapi babak dibilik doktor itu mengukuhkan 'mesej dan pendidikan' dalam filem ini.

Akhirnya para pemuja syaitan yang tak kaya-kaya itu bertaubat dan mula ke masjid.
Pengajaran yang mudah tapi tetap sweet. Professor universiti tempatan pun tak boleh fikir ending macam ini ok.

Dan ditepi pokok surau ada poster David Teoh tersenyum girang. dibawah gambarnya bertulis 'Siapa nak jadi duit sila jumpa dia'. Begitulah lebih kurang.
Ini dia ada kat pokok tepi masjid. Mungkin dua tiga tahun nanti David Teoh akan masuk masjid.

3 comments:

SHAH MOLOKO said...

I'm sick of David Teoh & Ahmad Idham..hope in near future we have someone who really brings back the era of Yasmin Ahmad the movie..just one fine day...komedi kita kekadang aku rasa terlalu stereotype..entahlah

saat omar said...

tau kenapa komedi kita makin dry? sebab org zaman skrg makin sensitip....aku pernah lepak dgn orang2 lama ni dan komedi mereka...ya rabbi, pecah perut beb....cuma lawak lucahlah tapi lol

SHAH MOLOKO said...

Malaysian memang terrer lawak lucah dude..politik pun lucah..ayat saye...asyil nak melucahhhhh jeee keje...haha