Sunday, October 24, 2010

Kesimpulan Hujung Minggu

1
Mee Rebus Mastan Ghani, restoran makan yang paling femes di Teluk Intan, yang hanya ada dua menu makanan iaitu Mee Rebus dan Rojak, yang ada lima kedai cawangan di daerah itu memang tidak sesedap dulu. Tapi Jaja makan 2 pinggan juga.

2
Gwyneth Paltrow yang menangis meratap hiba bila menang Oscar pelakon wanita terbaik pada tahun 1999, sampai sekarang dikutuk kerana gayanya yang 'over' itu. Malam tadi dalam majlis anugerah perfileman Malaysia ada pemenang menangis lebih teruk dari itu.
Dan dia lelaki.

3
Bila Torres score gol kedua Liverpool, yang lompat paling tinggi adalah Sammy Lee.

4
Semua orang, I mean semua orang menjangkakan Estet akan menang best Filem. Tapi movie itu agaknya tak cukup magik untuk mengalahkan KRU's Magika.

5
Alex Ferguson sampai menangis nak pujuk Rooney masuk balik ke Manchester United dengan gaji Satu juta pound sebulan. Not bad for a striker yang tak score sebiji gol pun di World CUp huh?

6
Dalam kesemua filem yang ditandingkan untuk Best Filem FFM, satu pun aku belum tengok lagi.

7
Betul seperti yang aku katakan dulu, Liverpool zaman Gerrard hanya panas ketika separuh masa kedua.

8
Lawak Zizan sebagai pengacara ok-lah. Pengacara perempuan tu yang aku tak faham.

9
Tapi kenapa kedua-dua pengacara tu mesti rambut mohawk ala-ala david Beckham tu? Buruklah beb.

10
Walaupun aku tak tengok HAQ, dan aku tak tahu apa pun tentang filem ni, Bila nama Zul Huzaimi disebut pengacara untuk pencalonan pelakon lelaki terbaik, aku jerit nama dia kuat-kuat tanda sokongan aku pada Zul. Tapi bila pengacara umumkan nama lain sebagai pemenang, Jaja ketawakan aku.

11
Aku tak kisahlah sape pun yang menang FFM: Liverpool 2 Blackburn 1.

10
Lori dan bas dilebuhraya memang dipandu dengan laju.

1 comment:

SHAH MOLOKO said...

12- Aku masuk kerja 5 pagi...hari ini balik kampung halaman...New Delhi!