Monday, September 6, 2010

1980s




Dulu masa Raya kena pergi rumah Megat Junid (Arwah)

Sebab hanya rumah tu yang bagi 50 sen.

Duit tu dah kira besar bagi bebudak dulu.

2

Dulu sehari sebelum raya kena beli Gila-gila, Batu Api, Gelihati kat kedai India dekat bas stand.
Kalau takde duit nak beli, kami akan lepak lebih lama dirumah yang ada majalah tu.

3
Raya pertama dah pergi Supermarket Sungei Perak main aci nyorok.


4
Masa raya nak pergi pekan Teluk Intan naik bas bukan senang. Seawal pagi bas dah penuh macam sardine. Bas Kg Gajah penuh.


Bas Chikus penuh.


Bas Tapah penuh.


Sudahnya pergi ke Teluk Intan jalan kaki ramai-ramai.

Sekarang mana ada bas yang ke Teluk Intan dah…..


5

Dulu dapat duit raya aku beli kaset Scorpion Savage Amusement dan Poison Open Up and Say Ahh….. Lepas tu layan sorang-sorang dalam bilik.


Rasa rock gila.


6

Tak pernah merasa pergi beraya rumah Awek.
Sebabnya? Sebab aku tak pernah ada awek.

7

Tengok wayang tajuk Pernikahan Berdarah paling best. Raja Ema dan Willy Dozan.1989.


Rasa nak runtuh satu Teluk Intan masa tu.


Semalamnya tengok van Damme’s Bloodsport.


8

The next yearnya pula aku pi Rex nak tengok filem Melayu. Tapi wayang kosong. Kosong gila.

Takde orang nak tengok wayang pada hari raya dah.


Nama filem itu adalah Harry Boy. Produce by Julie Dahlan.


9

Raya paling tak syiok adalah pada 1990. Sebab masa ni Ijan, Lan, Mail, Isham balik kampong. Pukul 3 aku dah mula terbongkang depan TV takde aktiviti.

10

Dulu sebelum ada Jambatan baru, yang menghubungkan antara kg Bahagia dan Teluk Intan adalah Gerotak Besi Lama.

Biasa masa Raya jem akan berlaku dari lorong 1A sampailah ke Lorong Masjid.

Aku, Ijan dan Zeni akan duduk ditepi bus stop dan tengok kereta terhenjut-henjut sampai senja merah menjelma.

Those are some memories that stick in my mind until now.

11
Dulu-dulu biasa pagi raya kami akan ke rumah Tok Hassan dulu. Tok Hassan adalah cikgu mengaji bagi kami semua dan macam ketua kampong jugaklah. Itu rumah wajib.

Masa nak balik kami semua akan beratur depan Tok Hassan dan salam tangannya sambil Tok Hassan bagi nasihat sepatah dua.


Dia sayang kami macam anaknya sendiri


Pastu baru budak2 pi rumah aku makan lemang dan minum air oren.


Port rumah Lan ialah yang paling last sekali. Bila perut dah terbarai, kami akan lepak rumah Lan tengok TV dan ketawa ramai-ramai dengan jenaka ayahnya.


Itu rutin raya 80an. Takde itu tak lengkap macam iklan TV raya tanpa iklan air oren.


Semua tu dah takde lagi dah. Kebanyakan mereka dan meninggal dunia dan aku pun dah pindah jauh dari Kampung Bahagia.

Shit.

3 comments:

SHAH MOLOKO said...

sweet memories last for lifetime! Aku suka part tengok wayang tuh dude- you remember almost everything...haha

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI BERSAMA ARMY BARU YOP!

ryann said...

selamat hari raya. wahh..sambut dgn kehadiran baby.

saat omar said...

Selamat hari raya Moloko dan ryan...:)