Thursday, April 1, 2010

Facebook


Seorang budak Melayu dan 2 budak Afrika tengah berdebat siapa paling cool dengan kawan paling ramai dalam Facebook.
.
Saat Omar hanya duduk diam memerhatikan mereka itu dari jauh sahaja.
.
”Aku paling banyak kawan kat facebook” kata budak Afrika.
”Berapa Friendlist kau ada?”tanya budak Melayu tu.
” 879 orang !” kata Budak Afrika itu.
Budak Melayu itu terus mentertawakan dia. Sudah tentu ianya menjadi bahan ketawa budak Melayu itu.
”Kalau macam tu aku lagi hebat dari kau. Aku ada lebih ramai kawan kat facebook dari kau” kata Budak Melayu tu.
”berapa kawan kau ada?”
”Aku ada seribu dua ratus lima puluh kawan” kata Budak Melayu berlagak.
kemudian budak Afrika yang lagi seorang mula ketawa besar.
”Kalau macam tu aku lagi banyak kawan dari kamu berdua. Aku ada 4 ribu kawan di facebook ha ha ha . Tu tak campur di myspace dan friendster lagi tu“
kemudian datang seorang lelaki kearah mereka sehingga dua budak Afrika dan seorang budak Melayu itu tergamam.
Lelaki itu berbadan besar dengan rambut putih. Misainya juga turut berwarna putih.
Lelaki itu tidak berkata apa. Dia hanya memerhatikan budak-budak itu.
Tiba-tiba dia tergelak besar. Dan ketawanya makin kuat bila mereka terus tercengang melihatnya. Dia ketawa sambil tangannya menuding pada budak bertiga itu.
Kemudian lelaki itu terus beredar.
”Siapa tu?” tanya budak Afrika itu.
”Thats our prime minister” jawab budak Melayu tu selamba.




* Al fatihah Din Beramboi. U my fav comic dj back in Time Highway radio years ago.

4 comments:

Anonymous said...

dia ketawa utk???

SHAH MOLOKO said...

Semalam i just wrote something bout 'Din Beramboi' on my blog- about something to do with people that you admire in life....He passed away peacefully.. I was in Kuching when I heard the news..a brader told me..Al-Fatihah..

razin salleh said...

aku takdela minat sgt arwah din beramboi, tp memandang ramai yg respek (even jack kata dia mmg kelakar gila and humble) dan menangis berkali-kali mengenangkan pemergian arwah, aku rasa sangat kagum dan aku percaya arwah mmg hebat!..

saat omar said...

dia ketawa sebab friendlist dia paling banyak antara 3 tu....

Al fatihah Moloko....

oh Ajin..how can u not apreciate a Gombak comedian?