Sunday, December 13, 2009

Hari ni 2nd year anniversary aku khawin.
Aku pun sebenarnya lupa. Wife yang bagitahu.
Aku ingat dah lepas.ada 2 tarikh je aku ingat.
1) 1 Januari
2) tarikh harijadi aku sendiri....tarikh yang lain aku tak ingat.

memang pompuan takkan lupa benda2 macam ni....laki....laki yang macam aku je yg selalu lupa kot.

Kalau Forrest Gump percaya pada magik. Apatah lagi aku.
perkhawinan aku adalah satu magik.
Antara takde duit lansung, takde pompuan lansung, tatau apa lansung.....aku belasah je. Aku ikut je apa yang mak aku cakap. Dia suruh aku buat macam ni aku buat macam ni. Hantaran semua aku tak tau. Apa dulang jadah semua mana aku tau. Walaupun aku tengok filem Badul Pertunangan dan Pagar-Pagar Cinta, takde pulak aku study protokal pasal perkhawinan ni dari filem-filem tu.
Persoalan2 macam...ada ke duit nak bagi anak orang makan? ada ke duit nak bagi anak makan ? bila dah ada anak nanti?
mana rumah nak sewa? Ada ke duit nak bayar sewa rumah.....
Benda2 macam tu realiti. tapi insyallah, kalau ada jodoh adalah rezeki.
Ini antara nasihat dari very unlikely people. tapi mmg bagus nasihat itu. antara nasihat yang simple dan klise tapi paling bagus pernah aku dengar...

ya dulu aku mmg takut nak kawin.
Dulu aku rasa i'll be dying alone in bed. Dan aku pun dah bersedia dengan itu.
Tapi akhirnya ...aku sell out dan kawin juga.

Dah 2 tahun. Hows? so far so good.
Dewasa ni banyak sangat orang kawin cerai. Ni bukan orang putih. Ni orang melayu kita juga. Camne tu? kawan aku yg dulu kapel bagai nak rak time study pun break juga akhirnya. Ada 2 tiga kes, very scary. memang mengejutkan.

Orang yang bercerai ni ada 2 jenis
1) orang yang banyak duit.
2) Orang yang hensem/cantik.

We neither that.
Kami takde duit nak kawin banyak2. Dan kami pun makin tua bukannya cun pun. Jadi penting untuk terus kawin dan kawin.


So far kami ok. tak peprnah bergaduh. tak pernah shout at each other.
Apa rahsianya? Mudah je.
Everybody doing each others way.
yes married is a unit. Like a football team. tapi ada masanya everyboyd wants to have time on their own.
Kadang2 aku nak pi tgk wayang seorang, layan kepala sendiri. Wife bagi.
kadang2 dia nak lepak dengan kawan2 dia...pergilah no problem.
kena ada give and take.
kadang2 aku lapar rasa nak makan maggi goreng, aku keluar rumah pi makan macam orang bujang balik. No problem.

Wife dan aku adalah first batch budak2 yg ada TV kat rumah. Dan sampai sekarang kami susah nak berenggang dengan TV.
kadang2 itu priority kami dari buat benda2 rumah macam kemas rumah, seterika baju dan lain-lain lagi. Apa nak buat? kami Generasi Gen X. Separuh dari hidup kami penuh dengan hiburan.
Buat jelah apa yang kami suka.

S Samsudin ada juga petuanya. Katanya kalau bergaduh dengan wifenya, dia akan keluar rumah sekejap. Kasi cool. Kasi reda. Kemudian balik kerumah semula. Itupun good petua jugak.

kadang2 aku nak jugak tanya wife aku camne dia rate aku as husband.....macam watak Schmidt dalam About Schmidt bila dia duduk diatas kereta besarnya itu. tapi aku tak beranilah nak buat camtu. Tahu yang aku ni tak perfect.

So far aku ok kot. Aku bukannya lelaki yang romantik. Itu yang nyata. Walaupun aku suka The Smiths dan juga Garcia Lorca. Tak reti aku nak jadi Antonio Banderas.Ataupun Tiger Woods.

Orang cakap perkhawinan akan mengubah pemuda menjadi lelaki. Itu akui. mungkin bukan dari segi pemikiran, tapi sekurang-kurangnya dari segi fizikal; Ya aku semakin boroi sekarang.

Aku nak tulis banyak lagi. tapi tak boleh. Aku sedih Liverpool kalah lagi.

4 comments:

IRA said...

semakin sering dengar nasihat "niat je nak kahwin, mesti ada rezeki"...



hehehe

IRA said...

oh lupa, hepi eniberseri!

saat omar said...

ty Ira....just do it Ira.

MOLOKO said...

Tak pe terlupa date Anniversary tuh...

My advised ko kena menyanyi macam Glen Hansard Macam dalam filem ONCED tu untuk Orang Rumah!

HAPPY ANNIVERSARY BRO!