BENDA-BENDA YANG BUAT 'SPOILT' KETIKA MENONTON WAYANG
10) Tak dapat parking –
So at the end the best time nak tengok still early in the morning. Especially kalau nak tengok kat tempat hot macam One Utama or Mid Valley.Kalau tak pun naik motor. Kalau nak lebih senang jalan je kaki.
9)Cari tempat duduk dalam gelap-
Kat pawagam lama masalah ni tak wujud, sebab memang akan ada pekerja wayang yang akan suluh dengan torchlight. Kat Cineplex takde.Mereka expect kita tahu G dulu sebelum H dan F dulu sebelum D. Letih pulak nak mengahafl balik alphabet tu.
8) Duduk sebelah kapel kalau tengok wayang solo –
Ini akan buatkan anda rasa begitu lonely, tambah lagi bila mereka mula menggedik. So bila ini berlaku, fokus kat movie dihadapan, jang duk jeling-jeling kat tepi tengok apa diaorang buat.
7) Orang yang suka syhh orang lain bila aku bersorak–
P Ramlee tahu enjoy diri bila menonton wayang. Dikahabrkan dia akan bersorak (U can imagine him doing that right?) Bila filem tamat, kalau dia suka sangat dengan filem itu. Sekarang ni kalau dia nak bersorak, mempoyokan pelakon akan ada orang yang syhh kita. Mereka ni tak treti nak having fun, its boring. Kau buat bising ok, bersorak bukannya bercakap dalam hp. Ni pangung wayang ok, bukannya mesyuarat agung PIBG.
6) Lambat masuk iklan habis –
Iklan gezet part of package bila menonton movie. Ianya termasuk dalam RM10 yang anda bayar. Its a warm up show. Memang rasa tak sedap kalau masuk je pawagam, iklan dah habis dan cerita pun bermula. Kenalah warm up dulu.
5) Popcorn habis sebelum filem start –
Pernah berlaku pada anda? Biasakan? Tambah lagi kalau makan kuaci (ni zaman 70an dan 80an dulu. dulu mana ada jual popcorn kat Malaysia ni)So lain kali beli extra large ok. Lebih mentega.
4) Blackout-
Cineplex jarang blackout. Pawagam lama biasa. Maklumlah nak tukar rel. Yang seronoknya time ni kalau menjerit takde sape nak marah. Aku pun ikut jugaklah menjerit. Tapi mula2 je, Bila dah selalu biasa blackout, aku diamkan je. Rileks. Konon coollah.
3) Sesat bila nak keluar –
Yang ni pun biasa berlaku. Tambah lagi kat tempat baru. Bila yang depan, yang mula2 keluar sesat jalan, satu pawagam yang ikut dari belakang pun sesat jalan. Tapi yang seronoknya lepas tu semua pakat gelak ramai-ramai bila tersilap pintu, Melayu Cina dan India.. Eceh.1Malaysialah tu. So gay.
2) Rasa nak terkencing time klimaks –
Biasa juga berlaku. Tambah lagi pada orang tua macam aku ni. Tapi bila change 50/50, aku akhirnya biasanya akan memilih untuk ketandas juga. What to do? nikmat beb kencing ni. Takpe, filem boleh tengok lagi. Kesihatan perlu dijaga.
Dan nombor 1 yang paling spoilt bila menonton filem dipawagam adalah.....jeng jeng jeng....
1) Pintu Exit dibuka sebelum filem tamat –
Ni paling potong stim. Tengah klimak, bila kita tatau bila movie akan end, mesti ada mamat Paki yang bukak pintu Exit. Konon dia rajin bekerja dan tak sabar-sabar nak bukak pintu suruh kita audience keluar. Memanglah potong stim bila tau filem akan tamat! Nampak cahaya dari depan tu dah buat kita tau filem akan habis. Tak surprise bodoh!
No comments:
Post a Comment