Wednesday, November 18, 2009


Benda yang paling aku suka bila balik kekampung adalah bertemu dengan orang-orang tua; Sebab mereka kenal nama aku!
Bukannya dengan :”Eh ni Amir kan?” atau “Ni anak si Umor kan?” ataupun “Eh Amir? La dah besor kamu ni ghopenyer” tetapi sebaliknya dengan menegur aku menjerit confident “Amir!”
Seolah-olah tak berjumpa 1 minggu, padahal dah 20 tahun lebih tak jumpa!
Ada beberapa famous kes macam tu. Mereka tegur aku macam mereka kenal sangat aku, sedangkan kali terakhir jumpa aku masa aku belajar merangkak 30 tahun dahulu.
Seolah-olah aku dekat sangat dengan mereka. Seolah-olah mereka memang ikut perkembangan aku.......
Masa...... seolah-olah tak berganjak disini.
.
Mungkin sebab aku nakal sangat masa kecil, atau mungkin sebab aku satu-satunya budak dikampung ketika itu. Atau mungkin juga kerana aku pernah mencuri buah jambu mereka ... yang pentingnya mereka tahu nama aku!
Bila mengingatkan itu , aku malu sendiri; Mereka kenal siapa aku, tapi aku tak tahu nama mereka. Rasa berdosa juga kadang-kadang bila memikirkannya.


Tapi disebalik perasaan bersalah itu, aku sebenarnya glad juga kerana nama aku masih mekar dibibir mereka.
.
Kampung ini, tanah ini masih bau yang sama.
Sungainya juga masih bau yang sama, airnya yang mengalir lesu
Liuk lentuk lalangnya juga masih alunan yang sama.

Mungkin memang betul, konsep masa disini tak ada ertinya. Bumi berputar, tapi masa terhenti.

Pada mereka, penduduk kampung Permatang Pelanduk ini aku tujukan novel ini yang manuskripnya masih aku gagahi setiap malam.
Samapai bulan 5 tahun depan pun aku rasa tak akan siap lagi.
.
Aku menulis sehari 2 mukasurat.
.
James Joyce tentu cemburu dengan aku.

2 comments:

MOLOKO said...

Aku nantikan Novel Saat Omar ni penuh suspen!

If dah released sign kat dalam then I'll be the 1st to buy it from you! Bro! Aku nak bgtau, tin toy dr afrika tu xde kat Johannesburg! Next trip aku belikan. Boomerang dr Aus ade le, ko nak?

saat omar said...

Boomerang takpe...Must be expensive.tq very much Shah....