Thursday, October 8, 2009

Promo Teater Brecht's Lingkaran Kapur

Tajuk Teater: LINGKARAN KAPUR (adaptasi dari Caucasian Chalk Circle oleh Bertold Brecht)
Tarikh: 16 hingga 18 Oktober 2009. 8.30 malam
Tempat: Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL.
Harga tiket: RM10(free buku program)
Arahan: Prof. Ches J. Skinner , a Canadian gentleman
Adaptasi ke Bahasa Melayu: Aku

Basically, Caucasian Chalk Circle ke Lingkaran Kapur adalah sebuah adapatasi yang direct . Kebanyakannya aku cuma ubah sebijik-sebijik. Ni karya tokoh teater besar. Takut jugak kalau aku nak tambah memandai2, Takut lari subtext.
Atau dalam kata lain, aku bukannya mengadaptasi naskah ini, tapi sebaliknya hanya translate sahaja. (tukar dari Bahasa Orang Putih ke Bahasa Melayu) Mungkin aku tambah dua tiga lawak bodoh dalam skrip veri Bahasa Melayu ini kerana seperti yang sedia maklum penonton Melayu mudah dihiburkan dengan….lawak bodoh dan lawak ringan, so…..

Pada mulanya Prof Hatta (big boss)memberikan aku naksah adaptasi dari Indon yang bertajuk Buluh Runcing…..just kidding2. tajuknya Lingkaran Kapur Putih. Tapi seperti yang semua sedia maklum.buku Indon sebenarnya lebih susah nak dibaca dari tulisan Inggeris. Maka aku pun terpaksa mencari buku Cuacation Chalk Circle versi orang putih ini.
Ada beberapa versi Caucation Chalk Circle ini. Tapi kebanyakannya tak banyak sangat berbeza. Ada yang compact dan ada yang very direct.

Versi asal Caucation Chalk Circle seperti yang kita tahu adalah disadurkan dari sebuah karya klasik China. Ada juga aku mencari naskah original itu untuk membuat perbandingan dengan versi Brecht ini tetapi tak ketemu. Di Amazon takde so consider.......takdelah. Lupakan ajelah.

Aku takde sentimental value dalam adaptasi ini. Contohnya baru2 ini Pengarah telah memasukkan beberapa dialog dan loghat tempatan dalam cerita ini. Dan juga dialog dalam bahasa Tamil. No problem bagi aku.Aku tak anggap ni karya aku. Aku cuma tukang alihbahasa sahaja.

Proses Translate CCC ini tidaklah sesukar Liverpool nak menang liga EPL. Tak sampai sebulan je aku dah siap first draft. Dibaut antara makan, tengok tv, tengok dvd dan menghayun buaian anak.


Pada mulanya tajuk yang aku cadangkan adalah Grusha. Kalau CCC tidak mengangkat Grusha sebagai hero yang unggul (kerana diakhir cerita ianyalah lebih mengagkat Azdak sebagai hero peguam) Aku mahu skrip ini lebih tertumpu kepada watak perempuan pembantu rumah ini. Girls Power.

Aku ada alasan aku sendiri.

Kalau dilihatkan progress Diploma Showcase PA (atau sekarang lebih dikenali dengan nama TEKA) banyak pementasan Diploma Showcasenya berkisarkan tema feminisme seperti Wanita oh Wanita( Dip Showcase pertama batch Kartika Sugirah dan Faizal Oda) Kemudian kita mementaskan Salina, Medea dan banyak lagi. Aku nampak ada kesinambungan disitu. Ada perjuangan wanita yang kuat dalam persembahan ini .Dan aku harap Grusha adalah kesinambungan tema-terma sebegitu.
Tapi tak berjaya mempengaruhi director untuk mengarah kearah situ.
Akhirnya Tajuknya menjadi Lingkaran Kapur.Dan fokus cerita sebenarnya lebih daripada sebuah watak. Ianya sebuah lembah sebuah tanah yang harus dijaga untuk generasi akan datang. Dan juga berkenaan tentang siapa yang paling berbakti pada tanah itu, maka dialah yang berhak menjaganya. (subtext: Persoalan propaganda politik Ketuanan Melayu pun ada jugak disini)

watak Grusha pada mulanya aku cadangkan adalah seorang perempuan pembatu rumah beketurunan Indonesia. (ni sebelum kes Ganyang Malaysia, which I think makes the idea very cute) Dengan loghat daerahnya yang ganjil bunyinya sudah tentu menampakkan karakter ini lebih 1Malaysia dan multi charachter seperti yang diingin-inginkan oleh direktor. Pada mulanya semua seakan bersetuju dengan idea itu. Tapi kerana kepayahan mencari perempuan Indon untuk membantu proses mengubah dialog itu untuk menjadi lebih ”Jakartarian” maka idea itu tinggal idea. menonton Ada Apa Dengan Cinta berkali-kali pun tak membantu kepada perkembangan idea itu....so....lupakan jelah. Grusha is typical Malay yang takde facebook.

As German, idea Brecht dalam teater pun macam pasukan bola sepak German juga. Which is very technical. Dan mungkin sebab itu aku rasa German adalah pasukan bolasepak Eropah paling berjaya didunia selepas Italy.Dan sudah tentulah seperti nama-nama besar falsafah dunia yang banyak berasal dari German, sudah tentulah dalam teater mereka ada tokoh ulung mereka sendiri. Bertold Brecht muncul sebagai nama paling besar dalam teater dunia.
Tapi sebenarnya idea Brecht ni bukanlah sukar sangat untuk kita faham. Teorinya adalah apa yang telah dilakukan oleh penggiat2 teater sebelumnya. Untuk faham Brecht adalah untuk faham Shakespeare, idola yang paling dikaguminya. Bukan sahaja melalui tulisan Shakepeare, Brecht kagum Shakespeare sebenarnya sebagai seorang penggiat teater yang dianggap sebagai one man show dalam persembahannya. Dialah stage manager, dialah pengarah dialah pelakon dialah tukang sapu sampah dan segala-galanya Shakespeare. Means dia hormat Shakepare sebagai orang yang menumpukan sepenuh dedikasi sebagai peggiat teater yang total. Means sometimes Brecht could be very old fashioned in his approaches, I think.
Yes Epic Theatre adalah gabungan idea lama dan baru dalam persembahan pentas. Dan ini memungkinkan idea-idea post morden dicuba dan digayakan dalam gaya persembahan Epic Theatre ini atau lebih jelas dengan nama Brechtian.

Well anyway, masa semakin runcing. Semua pelakon sudah tentu dalam keadaan excited dan juga cuak. Gundah gulana dan juga tak sabar-sabar nak perform. Ada yang rasa nak terkencing , ada jugak yang rasa ghairah. Semua ada. Itu yang best tentang teater.....rasa seram sejuk sebab show dah nak dekat.
fauziah Ghous dan Diana Daniele tak pernah rasa macam ni....

So go get em lads! The night is yours!

Bak kata isteri Tom Brulin..."We dont say good luck, we just say break the leg". So break em legs lads!
Wooohoooo..!!

4 comments:

SHAH MOLOKO said...

So you a translator now? Bila lagi nak direct your very own teater? Aku hoping ko come up with something close to Tarantino's Reservior Dogs!

KL, rompak ni dah jadi synomin je rasanya!

Aku nak cakap GOOD LUCK GAK! Best of luck bro!

saat omar said...

nak direct theatre sendiri? Hanya kalau aku ada idea yang betul2 grand...hik.

bononaladyz said...

macam pernah dengar kata2 siti fauziah wife tone tu... huhu

saat omar said...

yes Ain Sexy..I was there when she said that...and now the ctachprase has become a familliar use in TEKA..thanks to her.