Friday, October 23, 2009

Inglorious Bastard

Ketika ini kita patut tahu yang element pop reference dalam karya Quentin Tarantino bukan sahaja disembur melalui dialognya, tetapi ianya semakin jelas dengan babak-babak yang boleh dibaca secara terselindung dalam filem-filem post Pulp Fictionnya. Dalam Reservoir Dogs ada influence Hong Kong movies, Kubric’s The Killing, lain-lain filem B grade movie dan termasuklah Home Improvement!. Begitu juga dengan Pulp Fiction, Jackie Brown, Kill Bill dan filem terbarunya Inglorious Bastard. Kini pop reference dalam karya tidak lagi tertumpu pada Madonna and teori Like a Virginnya, mahu juga bukan lagi Royale with Cheese and Big Kahuna Burger, pop reference dalam filem2 QT kini tersembunyi dalam babak-babak filem kegemarannya yang menghantui Tarantino.

Dalam art itu bukanlah satu peniruan. Kita ada nama lain dalam art untuk itu. Ianya digelar sebagai pop art.

Seperti kata Picasso juga, Good artist copy, Great artist steal. Well.....

Dalam IB (bukan Istana Budaya ya) , terdapat cubaan yang mudah untuk menggabungkan teknik western movie (cowboys) dan juga war movies (like Peckinpah’s Cross of Iron who he really adore ). Babak pertama sahaja dengan mudah kita boleh rujuk dengan babak awal dalam The Good, The Bad and The Ugly dimana watak mangsa menyuruh anaknya masuk kedalam rumah kerana penjahat dilihat dari jauh sedang menghampiri rumahnya.
Babak anaknya mengambil air dari kincir air juga tak ubah dengan mesin kincir dalam filem ketiga dalam Dollar trilogi itu.
Begitu juga dengan babak akhir. Dimana ianya hampir sama dengan babak ending The Goods, The Bads....dimana The Goods( Eastwood/ Brad Piit) berjaya melarikan diri ) The Bads mati (Van Cleef/ Hitler mati) dan The Ugly (Eli Wallach/ Lando ditipu)
Selain dari itu muzik yang digunakan memang jelas influence dari western Spaghetti, seolah-olah ada cantuman period antara dua zaman ini bila muzik itu dimainkan.
some of the music will reminds u to Kill Bill part one. Influence muzik retro 70an masih lagi kuat dalam filem2 QT. Dan tidak keterlaluan sekiranya QT terus membuat filem dimasa hadapan dia akan terus stick dengan muzik in that time period.

Inglorius Bastard adalah mungkin cubaan QT untuk "menakluk Eropah” . Ini sukar untuk dinafikan kerana melalui Reservoir Dogs , Pulp Fiction dan Jackie Brown dia lebih kepada American. Kill Bills pula adalah usaha (ataupun love letter) QT pada Asia dan filem-filem kungfu dan Samurai.
Jika ini diambil kira,Maka Inglorius Bastard ini adalah a tribute QT untuk World War 2 dan bangsa Eropah. Ini jelas dengan pengucapan 3 bahasa besar Eropah seperti France, Italy dan juga Inggeris.

Memang banyak subtext, semiotic ataupun metafora dalam Inglorious Gampang ini….rajin-rajinlah kita fikir mesej yang tersembunyinya bila kita menontonnya. Samada ianya terhasil dari kebetulan sahaja ataupun memang atas dasar sedar. Yang paling nyata dan mudah bagi aku adalah imej terawal dalam filem itu bila Maxim berjaya lari dari bawah kolong rumah dari tembakan askar2 German pemburu Yahudi , ianya dengan mudah dapat diungkaikan sebagai….

1) Seorang Yahudi yang berjaya menyelamatkan diri dari holocaust(pembunuhan German) kini menjadi tuan punya pawagam(as entertainer, businessman or just plain creative film director) yang berjaya di France/Eropah/ Centre of the World (baca; Spielberg, Lucas, Larry Daid and Seinfeld, The whole Dreamworks team, pengusaha terawal Hollywood dan mungkin juga Dustin Hoffman, Richard Dreyfurst, Adam Sandler ataupun Borat!)

Ini tak masuk lain dengan imej filem yang dibakar dalam pawagam.
(The death of cinema in the hands of Jews? Tapi kerana tak mahu terbabit dalam proses itu mereka menggunakan orang lain untuk melaksanakan tugasnya? A Negro perhaps?)

‘Baca’lah lagi Inglorius Bastard ini kalau larat….aku cuma nak layan pikir kenapa Brad Pitt dikatakan hot. (baca Hidup Johnny Depp!! Hidup Johnny Depp!!)

Next post: Why Brad Pitt is the most overrated actor in Hollywood ever!

Boleh?

5 comments:

azri abu hassan said...

nice review. pendapat aku sama seperti anda.

SHAH MOLOKO said...

QT is a master of COOL speech! Although lately he seems to lost a bit of it, but he is still a prolific movie writer!

The Samuel L Jackson Bible speech is timeless!

Brad Pitt! Naah an arrogant looking prick! Depp is a weirdo yet COOL!

saat omar said...

:) Azri...sure u like Inglorious Basteds eh?

Moloko...Glad u think Brad Pitt is prick haha...i think the worst thing about QT film yet is he cast actors that i dont fond with...that gives me like "Why u cast these people?"...Actors George Clooney and Brad Pitt...thats vert tasteless to me hehe..

Anonymous said...

You could easily be making money online in the undercover world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat forums[/URL], Don’t feel silly if you have no clue about blackhat marketing. Blackhat marketing uses little-known or little-understood ways to generate an income online.

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk bonus casino[/url] brake the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]casinolasvegass.com[/url] autonomous no set aside bonus at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]baywatchcasino
[/url].