Tahun ni paling slow dalam menulis.
Kenapa? Mudah sahaja....Takde motivasi.
Dulu ada dateline. Siapa yang tetapkan dateline? Peraturan pertandingan. Adakah hanya menulis untuk pertandingan? Ya, penulis yang baru nak mencuba nasib seperti aku ini, mana tempat lagi nak hantar karya kalau bukan dari pertandingan2 menulis seperti itu.
Tapi pada 2009 tak ada pertandingan besar yang ada diluar sana, maka ‘kegagahan’ aku untuk bersengkang mata dan mengadap mesin taip (computer sebenarnya) dah hilang.
. Bila diri sendiri jadi boss,bila sendiri yang tetapkan dateline...inilah jadinya.
Azizi Haji Abdullah kata tak salah kalau menulis untuk pertandingan. Itu satu motivasi. Ya kenapa tidak?
Aku Pernah bersembang dengan salah seorang Pensyarah Teater di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik tentang skrip pentas Melayu. Aku tanya kenapa bila pertandingan teater kebangsaan mesti ada skrip tahun 70 dan 80an? Adakah penulis zaman itu lebih bagus daripada penulis zaman sekarang?
Jawapnnya mudah sahaja. Dia setuju yang period itu memang period baru terbuka kepada gaya baru seperti absurd dan muzikal.jadi banyak karya2 segar berkenaan genre-genre seperti itu mula keluar dan diterokai.
Dan yang kedua,yang paling utama adalah skrip-skrip tahun itu banyak dibukukan dan mudah didapati diperpustakaan seluruh negara, baik perpustakaan daerah, negeri mahupun sekolah-sekolah. Ini kerana banyak skrip tahun 70an dan 80an adalah lahir dari pertandingan menulis yang dianjurkan oleh DBP.
Dekad 90an dan 2000 ini banyak juga penulis2 baru yang baik. Tak perlu sebut nama.tapi kebanyakkan tak diterbitkan atas alasan.....takde publisher. Bila skrip pentas ini tak diterbitkan dalam buku bagaimana budak sekolah di Seri Perak teluk Intan atau budak sekolah di Johor Bharu nak baca karya2 Namron, Mark Teh, Syahrulfikri dan lain-lain lagi?
Buku skrip pentas di Malaysia ini jika diterbitkan ianya bergantung sepenuhnya kepada atas usaha dan kerja Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini fakta. Di luar, negara maju terutama US atau England, buku2 skrip masih diterbitkan atas nama komersil dan harganya dijual seperti harga novel dan masih laris dijual. Penulis skrip pentas masih boleh cari makan dan bergantung sepenuhnya pada penulisan pentas. Disini koleksi buku2 pentas hanya boleh jual kalau ianya menang pertandingan penulisan.
Jadi kesimpulannya dengan kata mudah, kalau nak perbanyakkan skrip pentas, kena ada banyak pertandingan penulisan skrip.
Bukan sahaja skrip pentas, tetapi novel yang klasik juga banyak dilahirkan dari skima pertandingan ini. Salina, Sandera, Seorang Tua di kaki Gunung, Iman dan banyak lagi. Ini termasuklah skrip2 pentas seperti Alang Rentak Seribu, mayat, Syyy...dan Allahuakbar banyak lagi.jadi kenapa tidak dijadikan pertandingan menulis atau sayembara penulis ini sebagai acara tahunan. Kalau seni catan ada Bakat Muda Sezaman, bidang penulisan juga perlu ada pertandingan menulis tahunan. Hanya dengan cara ini kita dapat menggalakkan penulisan tempatan yang baik dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam bidang penulisan kreatif.
So this is the idea. Apa salahnya kerajaan spend RM 1 billion untuk pertandingan sastera tempatan. Untuk menjana kegiatan dalam mengeluarkan karya-karya terbaik sastera
Setahun hanya perlu diperuntukkan sebanyak RM100,000.00 untuk hadiah2 pertandingan menulis ini
(RM40 ribu untuk hadiah novel pertama,
RM 30 ribu hadiah novel tempat kedua
RM 20 ribu hadiah novel tempat ketiga
dan,
RM 10 ribu untuk hadiah skrip pentas. Itu dah cukup)
Mungkin jumlah itu tidaklah banyak dan boleh dipandang sebelah mata bagi penulis karya pop yang mendapat royalti berpuluh ribu untuk satu bukunya, tetapi bagi para pelajar yang struggle to meet ends meet contohnya (dan juga aku) jumlah itu amat banyak.Cukup untuk makan selama setahun!
Kalau 1 billion kerajaan spend untuk hadiah penulisan sastera, dalam masa seribu tahun (1000 tahun) insyallah negara ini akan ada karya-karya sastera yang baik. Dan juga nama-nama penulis baru akan muncul serta hasil tulisan mereka bleh dibaca dan dikaji oleh generasi-generasi bawah.
Lu tau RM1 Billion tu boleh tahan berapa lama kalau pakai RM100 ribu je sebulan? 1000 tahun ok! RM1 billion akan dapat menjana karya tempatan yang baik selama seribu tahun? Gila tak gilalah lamanya!
Ini projek yang lebih jauh dari wawasan 2020!
RM 1 billion cukup untuk seribu tahun.
RM 1 Billion satu jumlah yang besar? Berapa kerajaan spend untuk bayar bonus penjawatan awam? Tahun depan tak payah bagilah bonus…bukannya diaorang mengundi pun heh…
Kau mahu revolusi? Aku bagi kau satu revolusi….
Wednesday, October 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
You are The Thinker equal to Mr. Manhattan of The Watchmen!
Thom Yorke nak released 2nd solo album katanya?
Post a Comment