Thursday, September 3, 2009

Aku Bayangkan Aku Jerry Seinfeld...

Hari ni harijadi aku....ye ye terima kasih-terima kasih.
Tapi apa maknanya hari jadi ni?hari jadi? HARI.....JADI. hari aku jadi. Hari lahir =hari aku lahir.
Sebetulnya hari jadi bukanlah ketika manusia dilahirkan.Sepatutnya bukan dikira bila kita keluar dari perut ibu. Hari lahir bukannya dikira bila saat ibu kita meneran, bukan juga ketika doktor menepuk punggung kita bila dia sambut kita dari perut ibu. Hari jadi seharusnya mula diambil kira ketika parents kita bersenggama. heh. Ya, ketika mereka berbulan madu. Atau dalam definisi matematik dan fizik, harijadi kita sepatutnya tolak 9 bulan ketika hari kita keluar dari perut mak kita. jadi takpayah ucap selamat harijadi pada aku hari ni....aku dah mula lama dah dulu.

Ok. Atau kita boleh sahaja ikut macam orang lain juga sambut harijadi mengikut sistem perkiraan manusia2 lain dalam bumi ni. Dalam konteks ini sambutan harijadi bermaksudnya bertahun-tahun dulu pada paksi bumi yang sama ketika ini, kita dilahirkan ke dunia.Tarikhnya saja sama, taapi cuaca, ekonomi, politik juga dan berubah,

.....Dan sebab itu kita kena meraikan hari jadi kita? Tapi kenapa kita mesti pilih hari special ini untuk sambut hari lahir, hari yang kita tak kenal pun? Kita sambut harijadi dengan cake, belon, spray paint, strip dancer (kalau bukan Islam) makan di KFC dan macam-macam lagi. Kenapa mesti begitu? .Itu semua bidaah. Itu bukan caranya kita patut sambut harijadi kita.......

Kalau betul2 nak meraikan hari jadi ni kerana kita nak recall balik hari dan masa kita dilahirkan, maka aku rasa kita kena jemput doktor dan nurse yang sambut kita masa kita beranak dulu. kalau nak jadi lebih baiak sambut harijadi kat hospital kita dilahirkan.

”Hai doktor, masih ingat saya lagi tak? 30 tahun dulu doktor yang sambut saya. masih ingat saya lagi? Saya?”
”Oh kau!masih lagi hidup ya?" Kata doktor tu.
”Dulu kau besar tapak tangan je...sekarang wah! Kau dah besar. Jadi orang kau ye.kau kecik dulu muka lain, sekarang kau dah makin gemuk ya”
”Alhamdulillah. Atas kerjasama doktor jugak dulu saya dapat lahir dalam keadaan baik”
” Mak kau dah pandai push dah?”
“Dah pandai kot rasa-rasanya.”
“OH ingat lagi nursey yang ni? Dia nilah yang potong tali uri kau dulu?”
”OH ye ke? Hai nurse. Maaf saya tak ingat. Dah lama sangat.Air ketuban saya doktor simpan lagi tak?”
”Ada.Tu yang kau minum tu itulah dia”
”Erghk”
Tapi kita tak boleh buat macam tu. Kenapa? Sebab doktor dan nurse sekarang sibuk nak layan H1N1.
"hai doktor. Saya lahir 30 tahun dulu. Doktor yang tolong saya dulu.Doktor masih ingat lagi tak?"
"Haiya lu jangan sibuklah kacau gua, lu ada demam ka? 38 darjah celcius? Lu mau kena quarantine ka?"

Umur =masa. Secara jujur sebenarnya aku tak suka celebrate birthday aku. Ucap selamat hari jadi pun sebenarnya kalau aku tak suka dengar. Kalau keluar dengan aku pada tarikh hari jadi aku, buat tak tau je. Jangan ucap tahniah ke apa ke. Bukannya aku memang loteri atau menang Nobel atau sebagainya.
kes 1: "Eh Saat hari ni harijadi kau ye?"
"A-ah. tapi tu bertahun tahun dulu. Sekarang tak lagi"

Kes 2: ”Eh hari ni bukan harijadi kau ke?”
”Eh bukan”
”Ye hari ni hari jadi kau”
”Bukan. Hari ni Cuma hari lahir aku je” tak boleh mengelak lagi.
”OH Tahniah. dah berapa umur kau sekarang?”
”24”
”Tipu. Tengok IC”
”Tak bawak IC.”
”Kalau IC tak bawak tengok My Kad”
”MY Kad pun takde. My Kid ada”
”Tipu. Bukan umur kau 42 tahun ke ?”
”42? Bukanlah. 42 sepuluh tahun lagi”
”Oh maksudnya kau 32lah tahun ni? Haha kantoi”
Kantoi. Aku tak pandai matematik. Syndrom Right Brain kata orang.

Umur benda yang sensitif. macam babi dan kepala lembu juga. tak boleh dibuat main. dan lumrah manusia semakin tua dia akan jadi semakin sensitif dengan nombor.

Aku pun tak tahu kenapa hari jadi harus dirai. Kenapa? To reminds us how loser we are? Aku dah 30 tapi aku masih belum membuat apa-apa hebat dalam hidup aku. Dan sepatutnya ucapan selamat hari jadi adalah seperti ini

Kes 1: ” ..Selamat Hari Jadi, Saat. Apa yang kau dah buat dengan hidup kau selama ni?”
”ewrrr...aku pernah cuba buat Jumbo Sale TEKA tapi tak jalan. Mungkin sekali dalam hidup aku, aku pernah ada blog”
“OK proceed. Tahniah! Kau boleh bertambah umur mulai sekarang”

Kes 2: “Selamat Hari Jadi Saat. Apa yang kau dah buat dengan hidup kau selama ni?”
“Err….takde apa. Aku pun tak tahu apa tujuan aku dilahirkan ke dunia ni”
“Takde apa? Ok kau stick to that age of yours ok. Cancel party hari jadi. No cake, no stripper no party no celebration!Kalau tahun depan kau ada achievement, aku tambah nombor umur kau ok. kalau tak kau stay 12 tahun!”

Kalau muda, 7 tahun atau 21 tahun, ianya memang fun untuk diraikan hari jadi. Tiup lilin gantung belon dan sebagainya. Begitu juga dengan umur 135 pun seronok untuk buat parti dan jemput reporter. Sudah tentu esoknya akan keluar front page suratkhabar. ‘Lelaki paling Tua menyambut hari lahir yang ke 135’ Tapi kalau mid 30? It’s part of a mid life crisis…
Sape peduli? Masa paling sesuai untuk tahu yang kau tak contribute apa-apa pada perkembangan dunia.
"Saat menyambut hari jadinya yang ke 30" And people will go like....so?

Manusia sepatutnya ada limit untuk sambut birthday. Mungkin setakat umur 22, mungkin 23.
Dan disambung balik kalau kita berjaya lepas umur 75 atau 80. Kalau umur kita tak sampai ketahap itu? takat tu jelah kita sambut birthday kita.

Kadang-kadang aku rasa umur dan masa ini hanyalah ciptaan manusia atas nama komersial.nak jual product, nak jual ringgit nak jual barang.Manusia seharusnya berhak untuk tentukan umur mereka sendiri. Macam manusia ada hak untuk support mana2 team English yang disukanya.
Ianya mungkin bergantung kepada berapa banyak kartun yang manusia tengok. Kalau lebih tengok kartun, umur akan dideduct.
“Oh kau tengok Spongebob 24 jam minggu ni. Tolak 12 bulan dari tarikh umur sebenar...tapi kau tengok Gossip Girls 48 jam so u cannot be 9 years old....kau sepatutnya berumur 19 tahun. Dan sebab kau tengok Oprah dan Golf, rancangan memasak dan gardening, tambah 20 tahun...So jadi umur kau sekarang 55 tahun!”
"Ergk"
"OK kau boleh ambik pencen sekarang"

Aku bagitahu idea aku ni pada seorang kawan, tapi dia tak faham jenaka aku.
Dia tu yang tak kreatif. Hes an idiot.

11 comments:

Judge said...

kalau tgk anime?? deduct berapa lak?? anime bleach.. hahahah

saat omar said...

Bleach takpe..dia violence sikit..so natural age. hehe

syahrulfikri said...

ko tu sebaya esther haha :)
aku nk wish ko smlm lepas tgk movie tp terlupa hihihi...

so long live and prosperous beb :)
(cam star trek)

saat omar said...

Muahaha Esther tu awek Russian terlepas...

Boringlah wish-wish ni...

Vitamin said...

saya suka joke tu.

wakaka.

syahrulfikri said...

aku tak wish ko besday beb, i wish u a good life ahead :)

Sally said...

epi besday Saat..ketuaan mu sudah makin terserlah..:p

MOLOKO said...

HAPPY BEING BORN BRO!

Gi le makan Steamboat malam nie kat Johnny OU, Bwk whole Family...he he he! Fine Dining never bores me..

Fiona Kab said...

Semoga murah rezeki, cik saad. A very happy birthday to you, sir :D

IRA said...

tanda2 umur semakin senja adalah kita tak suka sambut birthday...

tapi saya suka pasal saya 25 tahun selamanya huhuhuhuu

takde upacara potong pulut kuning ke? hehehe

saat omar said...

ty Sally...ye memang ketuaan aku makin terserlah...

ty Shah...Johny OU very nice, tapi bulan Ramadhan ni slelau je full haus.

ty Fiona...god bless u too

Ira..u right. Saya pula 22 tahun selama-lamanya hehe. takde potong pulut kuning..