Monday, August 17, 2009

Tahniah dan Takziah.

Tahniah
Tahniah kepada Sasterawan Negara ke 10, Dr Anwar Ridhwan.

Aku pernah beberapa kali berjumpa Dr Anwar. Di majlis, bengkel penulisan dan juga ditepi jalan. Orangnya bersih, kemas, sentiasa berpakaian warna putih (kalau tak pakai baju kot) dan kecik-kecik je orangnya.
Beliau orang yang susah nak senyum.

Lepas ni siapa pula yang boleh dinobatkan SN ke 11?

Aku ada cadangan aku sendiri. Oh ye untuk menjawab soalan itu aku ada satu teka teki bodoh .

Kalau atlit lelaki dipanggil Olahragawan, dan atlit perempuan adalah olahragawati.
Kalau penulis lelaki adalah sasterawan Negara, Penulis perempuan?
Jawapannya: Sasterawan Negeri.


Ye aku harap untuk next Sasterawan Negara, Fatimah Busu boleh diangkat. Dr Fatimah Busu. Aku tak boleh berdebat panjang lebar kenapa aku pilih beliau . Mungkin kerana aku rasa sudah tiba masanya penulis wanita dihargai sumbangan mereka. Tapi yang utama adalah kerana aku hormati pilihan dia menolak Sea Write award kerana membantah kegagalan Thailand masalah pergolakan kaum/agama Selatan negara itu. And for that she deserve Sasterawan Negara……or like I suggest, Sasterawan Negeri.

Takziah.
Takziah kepada ustaz Asri, yang terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani.

Alfatihah. Arwah masih lagi muda. 40 tahun.
Kalau Yasmin Ahmad jatuh pengsan di TV3, Ustaz Asri jatuh pengsan di RTM.

Semua bersetuju Ustaz Asri mempunyai suara yang menarik. Bukan sahaja bila dia menyanyi tapi juga bila dia melaungkan azan. Termenung mendengarkan antara suara Thom Yorke , tiupan trumpet Miles Davis dan mendengar laungan azan arwah Ustaz Asri adalah satu perkara yang sama.
Kombinasi dia dan Amy Search untuk menyanyikan kembali lagu Mentari Merah diUfuk Timur adalah antara yang paling ganjil, tetapi berhasil.

Memang menarik untuk melihat sumbangan Rabbani dalam perkembangan

Pada tahun 1990, hanya ada beberapa major pergerakan dialam muzik tempatan. Kru, 4u2c, Nico dengan rap melayu, kemudian muncul pula Siti Nurhaliza. Dan gerakan atau revolusi yang paling besar pada dekad 90an bagi aku ialah kemunculan kumpulan nasyid Pop. Seperti yang ktia tahu bermula dengan raihan, kemudian Rabbani, Brothers dan lain-lain lagi.
Interesting period, kerana bila nasyid muncul ianya membawa satu style baru dalam persembahan dan gaya. Nasyid bukanlah asing dalam muzik tempatan. Pada awal 80an ada banyak kumpulan nasyid yang dibarisi oleh penyanyi wanita seperti Hijrah dan lain-lain lagi (aku lupa namanya tapi M Nasir ada mencipta lagu untuk kumpulan2 ini) . Yang kita boleh lihat di RTM setiap hari Jumaat (shooting di public spaces dengan pemandangan air terjun ) tapi akhirnya kumpulan nasyid wanita itu tenggelam dalam arus perdana . Walaupun ada antaranya yang terus merakamkan ambul but it remains underground.

Kemunculan Raihan dan rabbani mempopularkan muzik nasyid ternayat memberi nafas baru kepada perkembangan muzik tempatan yang ketika itu ketandusan idea baru. Mereka hadir dengan baju yang cantik, gaya yang simple . ya ianya terus menjadi trend; baju Raihan. Kopiah rabbani dan lain-lain lagi. Album Raihan ketika itu dijual sebanyak 100 ribu unit!
Satu rekod yang aku rasa akan terus kekal untuk satu jangka masa yang lama.
Walaupun aku takde album nasyid ni, tapi aku hormat perjuangan mereka. Ya nasyid Pop adalah ‘the happening’ things in the 90s for me…

Kalau Raihan adalah Backstreet Boys dan Rabbani adalah N Sync, Maka perbandingan itu memang wajar kerana dari N Synclah terhasilnya Justin Timberlake which is…..Ustaz Asri himself. an artist that only can depends on himself alone to move on.
But of course, Ustaz Asri is more than that.

Di facebook, ketika memberi komen tentang kematian arwah, aku menulis "Yang baik-baik pergi meninggalkan kita , Yang tinggal kat dunia sekarang hanya orang-orang jahat macam kita ni"

Wallahualam.

4 comments:

SHAH MOLOKO said...

AL-FATIHAH.....

Fasyali Fadzly said...

sasterawan negeri? hahaha.. lawak-lawak..

pembetulan en saat. album paling laris dijual adalah sebanyak 600 ribu unit iaitu album puji-pujian oleh raihan..

Al-Fatihah

saat omar said...

oh 600 ribu ek? bukan 100 ribu? pergh...ok.

Good luck Tonight Syali.

Anonymous said...

mungkin namanyer al-jawahir kot..