Sunday, August 2, 2009

ABU, Demo dan H1N1.....

Musim berdemo datang lagi.
Awal-awal ABU dah ajak aku ikut dia, Tapi macam biasa aku akan menolak.
Sehari sebelum kejadian bersejarah tu kami pun duduk bersembang, bercerita dari hati ke hati. Abu masih cuba mempengaruhi aku menyertainya.
“Sabar jelah Abu. Suatu hari nanti ISA tu akan dibubarkan juga.”kata aku. Abu pun pok pek pok pek memberi alasan dan hujahnya.
Dalam hati aku cuma berfikir, “sibuk je Abu ni. Macamlah tuk nenek, mak bapak dia pernah kena tahan ISA. Mereka mencarut pun tak, takkanlah nak kena tangkap bawah ISA. Dah macam takde benda lain nak diperjuangkan.”Kata aku dalam hati.
Abu terus pok pek pok pek. Aku diam aje. Kemudian aku cakap, memberi beberapa alasan kenapa demo tu bukanlah satu cara yang baik meluahkan rasa tak puas hati.
“Kesian peniaga-peniaga kecil. Bukannya orang lain, kat area tu; kebanyakkan bangsa kita jugak. Hari minggu nilah mereka nak berniaga, nak cari untung. Bila kau berdemo nanti semua kedai tutup. Takde pelanggan nak datang. Jalan raya pun boleh jadi sesak, jam. Menyusahkan orang! Macamlah kau tahu yang demo kau tu boleh buat kerajaan harmakan terus ISA ni. Janganlah selfish sangat Abu oi. Malaysia merdeka takdepun nak berdemo banyak semua. Tunku Abdul Rahman dengan bijaknya slow talk dengan orang sana mintak merdeka. Ada caranya Abu. Tak perlu nak bersesak-sesak tengahari rembang tu, kena baling asap, simbah air semua. Ah kau ni saja je nak famous ni kan Abu?“ Kata aku lagi dan Abu pun tertunduk malu.
“Nak famous tu satu hal Saat. Tapi ini isu human right. Freedom of Speech. ..” Kata Abu pok pek pok pek.
Abu terus membebel ISA ni zalim, tak berperikemanusiaanlah.
Aku diam kan aje. Mugnkin betul katanya tu. Bila orang dah menghayati politik taksub begitulah jadinya.
”Memang ISA tu melanggar hak asasi manusia. Tapi sebusuk-bususk ulat pun ada kegunaannya Abu. Mungkin cara praktilannya tu yang kena ubah sedikit kot. Malaysia ni negara unik. Orang-orangnya sensitif. ISA gunanya bukan untuk satu bangsa je, bangsa lain pun boleh dapat faedah dari ISA ni kalau betul caranya. Kalau Melayu kutuk bangsa lain, obleh juga kita kenakan tindakan ISA pada mereka no hal” kata aku.
“Tak boleh Saat, tak boleh. Ini dah melanggar hak asasi dan human right manusia. ISA harus dihapuskan dari muka bumi ni!” Kata Abu yang marah sangat!
”Bagaimana kalau demo yang kami buat tu berjaya membuatkan kerajaan haramkan terus ISA ni? Adakah kau pula akan berdemo cara yang sama meminta ISA ni diadakan semula?”
“EH aku takde masalah kalau kerajaan nak haramkan ISA ni, Abu. Aku ikutkan aje cara kerajaan nak uruskan negara. Pantang anak Melayu menderhaka kepada raja dan pada pemerintah Abu. Dan kalau aku nak buat demo pun, aku tak pergi ke tempat lain. Aku pergi Kompleks PKNS je”.
”Kompleks PKNS demo apa?”
”Kat Kompleks PKNS je ada studio jamming .Dataran Merdeka mana ada. Buat demo lagu!”kata aku ketawa.
Geram je Abu dengar aku putar belitkan katanya. Kemudian dia cakap;
”Baiklah Saat, kalau kau taknak join. Aku terpaksa menyertai mereka semua. Aku bukan macam kau, aku dilahirkan memang untuk berdemo, Aku dilahirkan untuk hidup dan mati ditengah jalan, sebagai pejuang demokrasi.”
”Kalau begitu, baiklah Abu. Aku doakan kau selamat pergi selamat balik” Kata aku. Kami berjabat dan berpelukan. Abu mengesat matanya tanda kesedihan.
”..lagi satu perkara Saat. Aku nak mintak tolong kau ni sikit. Kalau aku kena tangkap nanti, kau tolong jamin aku ok”
”Baiklah Abu. Tapi mana duitnya?”
”Alah...kau pakailah duit kau dulu. Nanti aku gantilah kalau aku ada duit. Kalau takde....kira burn ah ok”
“Aku pun mana ada duit Abu”
“Alah kau mintaklah student sapa2 yang ada PTPTN. Diaorang kan ke banyak duit! ”
“Baiklah Abu”
Abu pun berangkat ke KL pada hari itu juga. Aku melambainya dari perhentian bas mendoakan dia selamat pergi dan selamat pulang.

Pagi berikutnya, aku dapat sms dari Abu “Saat, aku telah dijangkiti dengan virus H1N1. Aku kesana sebenarnya nak sebarkan penyakit ini pada semua orang. Kalau aku kena demam ni, semua orang lain pun patut kena. Aku akan bersin pada setiap manusia yang aku jumpa, baik anti ISA, pro ISA dan juga sesiapa sahaja kah kah kah. Matilah kau “ tulis Abu. Huh?! Aku terkejut! Betulkah sms yang aku baca ini? Abu ingin membalas dendam pada semua sebab dia dapat selsema babi? Babi betullah Abu ni. Bila aku bertanya kesahihan cerita ini, Abu tak membalas sms aku. Aku mula risau. Bagaiamana dengan beribu-ribu anak muda Melayu yang akan berdemonstrasi nanti? Bagaimana pula dengan pihak polis dan FRU yang bertugas hari itu? Bagaimana dengan Mat Sabu, Lim Kit Siang , Nasution, dan Hishamudin Rais? Mereka itu hero-hero Malaya. Kalau mereka kena demam H1N1, siapa yang nak jaga Malaysia ni lagi? Siapa yang akan jadi pembangkang?Siapa yang akan menegakkan keadilan? Macamana orang Malaysia nak tahu Socialist dan Komunis tu lebih baik dari Kapitalist kalau orang-orang ni takde lagi? Aku mula mengucap panjang. Tiba-tiba ada satu kekuatan baru dalam diri aku untuk memperjuangkan nasib mereka. Aku rasa aku perlu selamatkan mereka. Bakar lilin tak bakar lilin, aku kena perjuangkan nasib semua dari dendam dan nafsu serakah si Abu ni.

Aku pun terus berlari keluar rumah. Dalam hati aku nekad nak selamatkan pejuang-pejuang demokrasi itu dari H1N1. nasib Malaysia baru kini berada dalam tangan aku. Yeah!
Aku terus berlari masuk ke Dataran Merdeka. Bila aku haus aku singgah kejap dikedai minum. Tapi semua kedai telah tutup. ”Makcik, air tembikai satu !” Tanya aku pada makcik yang jual air tepi jalan tu. Tapi makcik itu sudahpun mula menutup kedainya ”Makcik tak boleh jual air nak. Ada demonstrasi hari ni. Makcik kena tutup awal. Kalau makcik tak tutup kedia, habis semua barang makcik pecah, berkecai nak ”
”Tapi saya haus makcik. Kat mana saya nak minum ni? Makcik cakap je berapa ringgit saya boleh beli air makcik”
”Kalau kau nak air makcik, cakap kat kawan-kawan kau tu jangan berdemo kat tengah-tengah bandar ni. Orang nak meniaga susah!”
”Mereka bukan kawan saya makcik, sumpah saya tak kenal mereka” Jawab aku ,tapi makcik tu terus belah.
Aku pun pergi ke 7 Eleven. Sudah tentu kedai 24 jam itu tak tutup ketika ini. Tapi bila aku sampai disana, kedai itu sudahpun penuh sesak dengan orang. Ada juga yang kulihat mengambil kesempatan dengan mencuri air minuman yang ada. Bila aku nak masuk je kedalam kedai itu, dibelakang ada beberapa polis yang datang dengan cota masing-masing. Semua yang dalam kedia berkenaan mula lari lintang pukang. Termasuklah aku.
Aku pun terus berlari keluar. Aku bersesak-sesak dengan lelaki-lelaki yang lain. Disetiap jalan yang aku lalui aku cuba menjengah Abu. Tapi tak kelihatan. Kemudian bila smapai ditepi lorong Masjid India, aku nampak kelibat yang aku cari sejak pagi tadi.
Itu pun Abu! Dia dikelilingi oleh para demonstrasi dan juga pihak polis.
Abu berdiri ditengah-tengah dibulatan besar. Semua seolah-olah takut untuk menghampiri Abu.. Ketika itu dia sedang menyelak bajunya yang bertulis besar. AKU ADA H1N1 KAH KAH KAH. ”Jangan dekat aku! Nanti aku bersin karang” Kata Abu ketawa terkekek-kekek sambil mengejek polis itu.
“ABU!!!! JANGAN BERSIN!!!!! Kesian ahli parti pembangkang, mereka semua ada kat sini!!! “ Jerit Aku. Dan Abu berpaling, baru dia perasan kehadiran aku.
”Oi Saat? Haha akhirnya aku berjaya juga membawa kau bersama-sama untuk berdemonstrasi ni ye Saat! Kah kah kah” Jawab Abu yang tak habis-habis membetulkan hidungnya. Rasanya dia nak memaksa dirinya untuk bersin. Siot je Abu ni. Nampaknya dia benar-benar nak orang lain jangkit demam tu darinya.
”Abu! Kalau kau bersin sekarang, kau akan ditangkap bawah ISA!!! Ini isu keselamatan Negara, Abu!” Jerit aku lagi.
”Masuk ISA? Wow! Itu yang aku nak tu! Kah kah kah Lepas ni aku mesti akan jadi hero. Orang kampung mesti akan hormat kat aku sampai bila-bila. Kah kah kah. Ya ya aku mesti bersin untuk masuk ISA! Saat, jangan lupa ambik gambar aku bila aku ber-.....” Kata-kata Abu itu tak sampai habis kerana tiba-tiba sahaja air laju dipancutkan kemukanya oleh polis berhampiran. Sepantas kilat Abu terpelanting keudara . Bila dia jatuh kebawah, pintu lori telah terbuka luas untuknya. Dia masuk betul-betul kedalam lori polis yang sedia ada. Sebaik sahaja Abu masuk, polis ditepi pun terus menutup pintu lorinya. Sekelip mata sahaja Abu telah berjaya ditangkap polis.
Lori itu terus bergerak meninggalkan tempat itu.Aku terus mengejar Abu yang hanya mampu melihat keluar dibalik tingkap besi itu.
”Saat!”
”Abu!” jerit aku cuba mengapai tangan Abu tapi tak sampai.
”Saat, kau letakkan gambar aku ni kat setiap pokok pisang, pokok kelapa, surah dan kedai runcit kat kapung kita ya. Aku nak semua orang hormat aku sebab aku kena tangkap ISA. Orang pertama dari kampung kita yang masuk ISA”
”Baiklah Abu. Semoga satu hari ada nama jalan diambil dari nama kau Abu. ” kata aku.
Bila lori itu terus memecut laju, aku tak lagi boleh berlari mengiringnya. Abu hanya sempat melambai pada aku sambil tersenyum.

Hajat Abu aku tunaikan. Aku tampal semua gambarnya disetiap pelusuk kampung kami. Tapi bukan gambar dia masuk kedalam lori sebaliknya gambar dia menayangkan T Shirt H1N1nya kepada polis dan para demonstrasi.
Bila Abu pulang kekampung lepas aku jaminnya, Abu jadi terkenal. Tapi bukan terkenal sebagai hero yang masuk ISA, sebaliknya sebagai orang dikampung kami yang pertama sekala ada H1N1. Sejak itu juga, takde siapa beranai berjumpa dengan Abu. Dia dikuaranti dirumahnya sendiri dan dilarang bercampur gaul dengan penduduk kampung lain.

Abu yang berharap menjadi hero, sebaliknya penduduk-penduduk kampung aku mengangkat aku pula sebagai hero mereka kerana berjaya menyelamatkan nyawa pemimpin-pemimpin Parti Pembangkang. Malam itu seisi kampung bakar lilin untuk kesejahteraan aku. Abu hanya melihat semua itu dengan sebak dibalik tirai tingkap rumahnya....

Abu oh Abu. Kesian Abu...menang sorak, kampung tergadai.....

7 comments:

Fasyali Fadzly said...

wakakakaka. lawak siot.. kena buat satu antologi ni. abu the series.. wakaka

Fasyali Fadzly said...

wakakakaka. lawak siot.. kena buat satu antologi ni. abu the series.. wakaka

saat omar said...

...Actually bahaya cerita Abu ni. Dia ni menongkah arus...bukanlah berdasarkan popular choice ketika ini.
Baca sebagai hanya sebagai hiburan semata-mata...

Anonymous said...

Aku Bukan Umno (ABU)
haha.. hanya spekulasi jerk..

mulut longkang said...

Aku Budak Umno laa...

Fasyali Fadzly said...

ABU is just Abu. melayu tipikal. sama dengan namanya yang begitu tipikal. rasanya..

SHAH MOLOKO said...

ABU;- Aku Budak Universiti! Hell of a story & insanely funny too! moe bro...