Sunday, July 26, 2009

The storyteller

Bila aku rasa tiada kejadian yang mampu membuatkan aku terkejut (nothing shocking syndrome) berita Yasmin Ahmad jatuh sakit secara tiba-tiba dan berita kematiannya membuatkan aku tersentak. Dia masih lagi muda.Dia nampak sihat dan riang (dia aktif dalam blognya, membalas komen speanjang masa). Dia masih lagi mempunyai banyak idea yang boleh dipersembahkan kepada umum (dan mengharumkan nama Malaysia pada masa yang sama)


Ajin adalah orang yang paling awal memperkenalkan aku pada Yasmin Ahmad. Sejak zaman iklan Petronas dan juga filem-filem awalnya. Pernah beberapa tahu dahulu, segala topik perbincangan kami hanyalah berlatar belakangkan Yasmin Ahmad. Betapa wanita ini pandai bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan usia, dia petah bersembang dengan makcik-makcik, friendly, sederhana, dan sebagainya.dia juga tak gentar untuk berdebat dengan sesiapa sahaja, tak mengira pangkat dan pengalaman orang itu. Dan bila Ajin kagum seseorang, aku tahu, aku tiada alasan lain untuk menidakkan bakat dan kepimpinan beliau. (Walaupun aku sendiripun sebenarnya, sehingga arwah menghembuskan nafas terakhirnya tak pernah berjumpa dengan Yasmin in person)

Kemudiannya Ajin juga adalah bersungguh-sungguh mencadangkan aku membaca blog Yasmin Ahmad. Jadi The Storyteller adalah blog pertama yang aku buka dan blog pertama yang aku ketagih untuk baca setiap hari.

Di blog Storyteller aku menggunakan nama samaran John Malkovich. Dengan nama samaran ini juga aku tak pernah memberi komen atau pendapat secara serius. Aku hanya goofing around dan lebih banyak menyelit dengan lawak-lawak bodoh. Mungkin sebab itu aku bukanlah pelanggan blognya yang disukai oleh Yasmin.
Mungkin sebab itu bila beberapa tahun kemudiannya, bila terserempak dengan Yasmin dalam blog Tonton Filem, aku tulis “Hey yasmin. I was John Malkovich in your blog. Remember me?” Dia tak pernah reply. Bila aku ingatkan balik kenapa dia bersikap dingin tentang aku, aku rasa aku tahu jawapannya. Ianya mungkin sebab komen aku dari dialog Monty Python’s Life Of Brian- “Call me Loretta” things. Mungkin dia terasa aku tujukan dialog itu untuk dia tapi sebenarnya aku tak bermaksud mempersendakan beliau, Ianya hanyalah rentetan follow up lawak-lawak Monty Pythons dalam komen postnya.

Dari segi artistik, dia adalah antara few pengarah tempatan yang tahu apa yang dia nak dan dia tahu bagaaimana untuk mendapatkannya.
Aku selalu rasa yang pengarah baik seharusnya dia juga mengetengahkan orang-orang yang baik bersamanya. Tiada Scorsese mungkin tiada De Niro atau Joe Pesci, Tiada John Woo tak ada Chow Yuen Fatt , tak ada Tim Burton mungkin tak ada Johnny Depp. Tak ada P Ramlee bakat Aziz Satar, Ahmad Nisfu dan lain-lainnya mungkin tak nampak. Begitu juga dengan Yasmin Ahmad, bersama dengannya dia memperkenalkan pelakon-pelakon baru seperti Sharifah Amani, Adibah Noor dan banyak lagi pelakon muda.

Subjek matter dalam filemnyanya pula mungkin kontroversi pada sesetengah orang. Tapi itu memang tugas seorang artist untuk mengangkat sesuatu yang tidak normal dimata masyarakatnya. Tapi dalam masa ditanggannya dia memperkenalkan genre dan gaya yang jarang-jarang kita lihat bukan sahaja dalam filem tempatann tetapi dari filem luar. Nilai kekeluargaan, nilai kasih sayang sesama insan ditunjukkan dalam keadaan yang melampau(?)- keluarga menari dalam hujan lebat, mak, ayah dan anak duduk diatas tangga sambil mencari kutu, suami tua memandikan isteri dalam keadaan yang separuh telanjang (?) serta macam-macam lagi. Tapi adakah ini bukan sesuatu yang tidak nyata? Bukankah ini exaggerate yang terlampau? Bukankah ini elemen imaginasi pengarah yang melampaui batas kehidupan orang-orang kita? Tidak, menurut Yasmin lagi, apa yang berlaku adalah diambil dari babak sebenar yang berlaku dalam keluarganya. ianya sesuatu yang pernah berlaku. yasmin mahu menunjukkan kita sejauh mana batasan kasih sayang sesama insan itu boleh dipaparkan. Dan bila ianya berkenaan dengan kasih sayang, subjeknya boleh ditunjukkan semelampau yang boleh. kenapa kita harus malu dan berasa rendah diri?


Dari segi peribadinya pula, sudah tentulah bukan mudah untuk hidup sebagai Yasmin Ahmad. Siapa yang tak tahu tentang sejarah hidupnya? Tapi siapa pula yang tahu penghinaan dan kutukan yang beliau terima? Siapa yang mengikuti blognya tahu apa yang aku maksudkan. Banyak cacian dari penulis yang tak bernama yang menghina peribadi beliau. Asakan peribadi yang bertubi-tubi seharusnya melukakan hati beliau. If I were her I would give up, but not Yasmin. Dia tak pernah serik dengan cacian dan hinaan, sebaliknya dia terus membuka blognya untuk dibaca umum. beliau terus juga menggunakan blog sebagai medium interkasi dengan peminat filem.(Mungkin kerana sebab itu, tuhan cabut naywanya awal...supaya dia tak terus menderita di hina dan dicaci? Wallahualam)

Yasmin adalah celebrity terawal yang menggunakan internet ie blog untuk berhubung dengan peminatnya secara lansung. Dan sekarang, bila dia tiada lagi, kita akan ada access untuk melihat ‘nota terakhirnya” secara direct kita seperti boleh bayangkan beribu komen yang mendoakan kesihatan beliau yang masih belum diapprove dan tak akan diapprove. Yang akan kita lihat dan dengar adalah post terakhirnya, sebuah lagu berbahasa asing yang sukar untuk kita fahami maksudnya tapi jelas kesedihannya. Buat berpuluh tahun nanti, isnyallah, muzik itulah yang akan kita terima bila kita buka blog beliau.

Sebagai artist, thinker, Shes up there with P Ramlee, Sudirman, M Nasir as Malaysian great artist.

Al fatihah. Semoga rohnya dicucuri Tuhan.

13 comments:

fadz said...

al fatihah.. still miss her...
:...(

Ahn Yona said...

God bless her soul too..tapi..yang hujung skali tu...M.Nasir? huh?

saat omar said...

yeap fadz..aku yg tak rapat pun terasa..apatah lagi yg rapat macam kau.


Fiona...up there here means belong to a great people...doesnt mean its a list of dead people...

kamal sabran said...

alfatihah.tuhan lebih sayangkan dia.

saat: kata nak buat cover buku..ape cerita?

saat omar said...

Kamal...projek tu lambat lagi. nanti aku bagi deskripsi dan contoh camne yg aku nak. Ok?
cakap je berapa ribu aku bayar ok.

Idmalina Mohamad Ideris said...

kadang2 bila fikir balik id mcm x caye dia dah tak de..yg paling terasa bila musim perayaan dan pastinya kita menunggu masterpeace iklan dari yasmin...bila dgr lagu ore piya dr filem Talentime,nangis sorang2 mengenangkan allahyarham...
semoga yasmin ditempatkan di kalangan orang2 yg dirahmatiNya.
al fatihah....

razin salleh said...

she still remind me for her petronas's kasut gombak tv commercial, the one that really inspired me.. her first tv commercial... al-fatihah to her soul...

dude, jom buat marathon all her movies nak?

kekure said...

Ajin dan Saat
Aku ada plan nak buat camtu gak..ada venue ke?

saat omar said...

ohhhhh..commercial kasut Gombak tu dia jugak yg buat ke? ...

ok gak tu marathon filem Yasmin...Im on. Venue mana? ada plan? Tengok umah Ajin pun ok gak ape...

razin salleh said...

aha kasut gombak was her first fully written tvc, sblom tuh mostly all by Ali Mohamamed. yasmin was ali's protege, the last mohican for the industry...

hmm... umah aku bule jek, tp takde la bule muat ramai2...

SHAH MOLOKO said...

Her life ended abruptly, macam padestrian kat KL tiba2 hilang! Al- fatihah. A great loss...

Anonymous said...

Salam kalo korang sayang dengan Yasmin Ahmad..bacalah Fatihah..tp suatu ketika dulu sy pernah mendengar seorang Ustaz berkata. Jika artis tu penyanyi dan meninggal dan kemudiannya lagu-lagunya di ulang nyanyi maka lagi tersiksa la arwah dalam kubur sbbnya itu adalah hiburan dunia semata-mata. Yang paling kasihan adalah P. Ramlee..ceritanya asyik di ulang tayang. Bayangkan bagaimana siksanya dia.sekadar berkongsi pengetahuan.Apa yang kita buat didunia adalah bekal kita diakhirat... Aminnn.

kekure said...

Umah Ajin?Menarik gak tuh
Dia tak penah pelawa pun ke umahnya hahaha
Ok set satu date baik punya