Thursday, June 4, 2009

"Mereka semua baca buku, encik Saat!"

Rasanya tak salah kalau sekali sekala aku masalah kerja aku disini. Mungkin apa yang aku rasa kau pernah merasainya atau mungkin kau juga ada beberapa idea yang boleh dikongsi bersama. Atau mungkin kau tak setuju dengan beberaap kenyataan aku.


Aku cuba membuat perbandingan dengan Art n design semasa aku menjadi pelajar disana beberapa tahun dahulu dengan situasi yang berlaku di TEKA ketika ini. Aku cuba menacari apa kelebihan pelajar Art n Design dan apa pula kelebihan pelajar TEKA (sebenarnya aku lebih suka menggunakan FSP sahaja) Aku cuba menilai;
1) cara mengajar.
2) kemudahan asasi
3) Pergaulan
4) Kelas dan persekitaran.


dari segi kemudahan pengajaran sudah tentu banyak bezanya. Library Puncak Perdana berapa kerat buku tentang teater? Ruang lingkup berdasarkan studio based, ini memudahkan pelajar untuk berkumpul dan membincangkan idea2 dan teori seni. Bukan sahaja dengan pelajar sekelas tetapi dengan pelajar senior yang sudah tentunya memberi banyak pengalaman.


Pelajar AD juga mudah untuk bekarya. Dan terdapat banyak pertandingan seni Catan untuk mereka menyertai dan berpeluang untuk menang dengan hadiah yang agak lumayan. Mereka juga berkesempatan untuk menyertai mana-mana exhibition seni catan yang selalu dan kerap diadakan baik di galeri swasta mahupun galeri tempatan. sementara pelajar TEKA memerlukan persiapan yang rapi dan memakan masa untuk mementaskan sebuah persembahan. Dan juga sudah tentu duit dan tenaga. Tapi Alhamdulillah, rekod pelajar dan kalaulah kemenangan di pertandingan boleh menjadi ukuran kehebatan pelajar teater TEKA, rekod kemenangan di festival teater Kebangsaan amat memberangsangkan.

Pensyarah di AD pula sudah tentulah lebih berpengalaman, kerana factor umur dan juga mereka adalah pensyarah2 yang belajar dari guru2 generasi kedua dan ketiga perkembangan seni catan tempatan, seperti Sulaiman Esa, Ponirin Amin dan banyak lagi. Tapi itu bukan sahaja faktornya kenapa mereka boleh dekat dengan pelajar dengan lebih baik dan berkesan.. Pertamanya kerana permasalahan mereka dalam lecturing adalah lebih focus dan tertumpu. Sejak dari semester awal lagi pelajar tahu bagaimana final work mereka akan dipersembahkan, jadi pelajar ada bertahun2 untuk develop pengalaman dan pengetahuan mereka. Sementara pelajar-pelajar TEKA tak tahu naskah apa yang akan dipersembahkan mereka nanti atau portfolio apa yang harus mereka lakukan ketika final nanti (Diploma Showcase).
Kalau diikutkan pelajar di TEKA mendapat pensyarah yang lebih mesra pelajar berbanding di TEKA (berdasarkan pengamatan saya sahaja)
Atau adakah mesra pelajar di TEKA itu sebenarnya membuatkan pelajar lebih lalai lagi dalam pelajaran mereka?

Namun begitu pada pendapat saya, TEKA bagus kerana ada percampuran pensyarah dari pelbagai universiti ie 'scholl of thought' yang berbeza. Ada yang dari USM, ada yang UKN, UM UiTM dan juga dari kolej swasta.Ini termasuklah dari pensyarah2 yang menyambung pelajaran di luar negeri. Ini memberikan banyak. Semeentara Art and Design pula kebanyakan pensyarah generasi baru adalah graduate dari UiTM sendiri. Tapi adakah ini bermaksud acuan mereka adalah sama, itu memang sukar untuk dibuktikan.


Namum begitu TEKA ada kelebihannya. Mereka lebih banyak bekerja secara kumpulan. Dapat menyelesaikan masalah. Teamwork TEKA lebih menyerlah.
Sementara pelajar AD lebih individual . (kalau kau tak siapkan work kau itu masalah kau)
Dari bekerja secara kumpulan. Ini kelebihan pelajar TEKA, kerana sejak dari mula mereka dah disesuaikan untuk belajar menerima arahan dan memberi arahan. Samada konsep itu akhirnya dapat diaplikasi dengan baik oleh pelajar, itu bergantung kepada mereka sendiri.

I must admit, skill lecturer dan mengajar takes time to master.Ponirin Amin, pensyarah yang aku kagum juga katanya dia mengambil masa 20 tahun untuk menjadi mahir sepertinya. Dan jika tiada sempadan masa untuk terus belajar dan belajar, begitu juga dengan kaedah dan skill menjadi tenaga pengajar yang baik...its never ending lesson.
And that’s my struggle. But then agaian, is it the job of teacher to make the subject interesting? Maybe that’s only work in school (to make students interested with the subject) but in universities, its not part of the lecturer anymore.

In Art n design or fine art specifically its easy cause the work mudah to present. For example, for a new students, part one student akan ditunjukkan dengan karya2 terbaik pelajar senior supaya mereka boleh menilai sendiri tahap pencapaian mereka. But in theatre? Have we show them the best works of past students? No. Maybe once a while we show Dip Showcase to them, but basically its not enough.
Dan harapkan mereka untuk menonton teater? Maybe once a semester. Itupun bila diwajibkan.Kalau tidak….They have no idea what form of theatre actually.
While art students they can go to the library and pick a job and just spend hours there looking at international works and be inspire by it.
And in thetre, hard to do that. Tambahan di perpustakaan tiada koleksi DVD persemebahan yang boleh ditonton. Jadi tidak hairanlah kalau ada student teater yang sehingga ke semester 6 yang tidak pernah menonton teater. Ini tak pernah berlaku tapi tak mustahil untuk berlaku.

Tapi bagaimana pun kita cuba menghuraikan kelebihan dan kekurangannya, akhirnya ianya berbalik semula kepada para pelajar itu sendiri. Half of student acting (lebih dari setengah kukira)sebenarnya tidak berminat lansung dengan kursus yang mereka pilih.

Bermula dengan interview. Berapa kerat pelajar yang betul2 berminat untuk masuk ke Teater Program, Acting program even Skrin sendiri pun.
Tak banyak. Ive been interview students for 7 years dan masih tak ada peningkatan pengambilan pelajar sejak dari dahulu.
It odds for me cause teater diajar disekolah menengah.Maka sekurang-kurangnya mereka tahu sedikit sebanyak tentang itu. Dan jika itupun tak cukup, jika pelajar berminat , mereka sudah pastilah membuat research mereka sendiri.
Memang ada pelajar yang menyerlah selepas 3 tahun belajar teater walaupun pada mula-mulanya mereka tak tahu lansung tentang cabang seni ini ataupu; tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Dan bila pelajar tak berminat dengan kursus yang mereka pohon, mereka Cuma gradute hanya utnuk cukup syarat sahaja. Cita2 fakulti atau negara untuk melahirkan satu lagi P Ramlee, Mustapha Noor, Syed Alwi, Nordin Hassan, Faridah Merican dan lain-lain nama besar dalam teater masih lagi tinggal cita-cita.

Fakulti mencuba berbagai cara untuk menarik perhatian pelajar. Tindakan yang paling drastik adalah menukar nama fakulti dari fakulti Persembahan kepada Fakulti.Teknolgi Kreatif dan Artistik. Tapi masih gagal menarik pelajar yang baik kesini.

AM i saying our students not excellent enough ? Sounds like it but hey I cant proof that cause the latest gradution of Theatre Program, half of student Acting dapat CGPA 3 pointer above. Hows that? SO dimana buktinya pelajar kita (aku) tak bagus? Then I’ll bring another question to ponder……

Are the 3 pointer CGPA students really deserve the marks?

An acting students yang tak kenal siapa Marlon Brando is like fine art student yang tak kenal Picasso. Ataupun pemain bola yang tak kenal siapa maradona. But the fact is memang banyak pelajar pelakon masih tak kenal siapa itu marlon Brando .I know some of them didn’t know I ask them once. Kalau Ahmad yatim tak mennjadi tenaga pengajar di TEKA sudah tentu ada diantara mereka yang tak kenal siapa dia.

They not interested with their subject, they not inspire to be an actress, and most of all they don’t read books..but in the end they graduate with more than 3 pointer.
Dan bila mereka melanjutkan pelajran ke fakulti lain, melihat pelajar yang rajin membaca bagaikan satu kejutan budaya kepada mereka.
So I ask them,hows the new school?
“Susahlah encik Saat”
Susah macamana?”
“Mereka menjawab “Semua student sana lainlah cik Saat”
Lain macam mana pulak?”Tanya aku pun pelik.
Mereka semua baca buku, cik Saat!”

Huh?macamana kamu boleh score markah yang cantik kalau kamu sebenarnya tak berminat untuk membaca buku sebelum ini?

5 comments:

Ahn Yona said...

Post kali ini memang EYE-OPENER utk saya cik saat...bukan terasa, tapi saya memang akui kenyataan itu.
Satu je la, fakulti lain bace buku cik saat? Ini tak leh jadi nih, saya nak gak. Mane saya bleh dapat buku cik saat? Takkan kat DBP je, MPH ade tak cik saat?
kitorg nak sneak preview skrip terjemahan CCC cik saat hari tu bleh, cik saat? kejap jer, boleh la...

situmas chicken said...

saya yg merasa perubahan itu.

saat omar said...

haha Fiona..bukan baca buku aku! baca buku ok..any books i dont mean baca buku aku..haha aiyo!
nampak tak koma tu?

dauz..kena get ready untuk thesis...

Ahn Yona said...

alamak cik saat..my bad, my bad! mata saya buat SILAP MATA..tu la pasal tak nampak KOMA tu hehehe...tp serius arr..EYE OPENER...

Aidil Khalid said...

Haha, nak dapat gred yang bagus hanya perlu baca buku teks sahaja. Err, silap, kalau taknak baca buku teks pun sebenarnya tak mengapa. Boleh baca nota-nota turun temurun dari para senior. ;-)

On the other hand, pelajar yang banyak membaca (bahan bacaan di luar skop pengajian) tak semestinya akan jadi pelajar yang cemerlang dalam pengajian kalau dia tak baca nota pelajaran. Hehe.

Fiona Kab, Buku Encik Mohd Saat Omar boleh dibeli di kooperasi DBP. =)