Thursday, June 11, 2009

Too Err Is Human, Capitol Teluk Intan (1988)


"U Melayu ka Cina?" tanya lelaki berumur 40an itu dengan rambut kemas disikat itu.

Ini mungkin kali pertama orang keliru bangsa aku. Tapi aku rasa sweet jugak sebab ada orang confuse aku Melayu ke Cina.

Aku pun berterus terang "Melayu" jawap aku. Walaupun pada awalnya aku berasa cuak dia tanya sampai macam tu sekali. Apa salah aku? aku silap parking basikal atau apa?

"Ok masuk-masuk" katanya mengibas-ngibas tangan menyuruh aku masuk kedalam panggung wayang yang terbuka itu bila dilihatnya line clear.

Aku pun duduk macam raja dihadapan layar perak itu macam VIP.

Ianya berlaku pada penghujung tahun 80an, mungkin 1988. Ianya berlaku di Capitol Teluk Intan. Dan tayangan filem pada waktu itu adalah filem Hong Kong To Err Is Human, lakonan Samo Hung. funny story, not bad. Ada scene baling-baling durian.

Sedang syiok aku seronok menonton di pertengahan filem, tiba-tiba aku sedar ada tangan menepuk bahu aku. Bila aku berpaling, lelaki Cina tersebut seakan tengah mengendap dari belakang tempat duduk. Dia menghulur tangan mintak aku seringgit- sebab bagi aku masuk tengok wayang free. Ketika itu barulah aku faham kenapa dia bagi aku masuk free. Selama ini mungkin dia memang sudah perasan kelibat aku yang selalu menonton wayang disitu setiap petang. Ok aku pun ambik duit seringgit dari kocek aku dan bagi dia. Seringgit apalah sangat. Dari tiket wayang RM1.50.

Lepas itu aku terus sambung tengok filem itu dan ketawa bersama penonton-penonton bangsa Cina yang lain. Hari tu aku balik senang hati kerana aku dah tahu sedikit rahsia Capitol,Teluk Intan.

Tapi aku tak jadikan tengok free itu sebagai habit (baik jugak aku ni sebenarnya) kerana selepas itu, walaupun aku nampak lelaki yang sama menjaga tiket, tapi aku tak mengambil peluang itu dengan berkomplot dengannya. Selepas itu dan hari2 yang berikutnya aku terus menonton wayang dengan beratur dikaunter seperti biasa, bayar duit tiket seperti biasa dan hulurkan kepada penjaga wayang itu untuk dikerat tiketnya.

Beberapa bulan kemudian, aku tak lagi melihat lelaki Cina itu lagi. Mungkin dia kantoi dan dipecat dari kerjanya. God bless him.

Tapi bila diingatkan balik. Tentu 'mewah' kalau aku dapat menjalinkan persahabatan dengan lelaki Cina itu. Nak tengok wayang je just masuk dalam panggung macam wayang tu bapak aku yang punya. macam menang grand untuk tengok wayang free selama setahun cathay Cineleisure. Dulu aku menolaknya mungkin kerana tiket murah. jadi aku tak kisah.Tapi sekarang.....siapa tahu.Well, Peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup kata orang-orang tua. Kalau kita lepaskan ianya tak akan berlaku sekali lagi.

Dan begitu juga dengan tiket wayang yang berharga RM1.50.

4 comments:

aloy_paradoks said...

gua Kg bahagia..... lu mana?

saat omar said...

lu kg bahagia? seyes? wa dulu Lrg Hassan...ekasu mano? lorong masjid? lorg menteri? Lorong 4B?
kenal Alyasak? haha

aloy_paradoks said...

tak kenal.. mula mula duk lorang selamat,, pastu lorong 8b...
Pak Dollah Abd kenal la,, lorang masjid... lu sekolah mana tuan?

saat omar said...

Lorong selamat? alahai sebelah je Lorong aku tu...kenal keluarga Arwah Cikgu As?..anak dia nama Boy, Popeye...kenal?

Saya dulu sekolah Horley Methodist dan seri Perak(1989-1991)...sedara Aloy sekolah mana dulu?