Thursday, May 7, 2009

A Hot Vacation.

I need a vacation. A hot vacation. aku perlukan satu percutian yang panas.

Aku ucma mahu keluar buat seketika..lari dari kehiudpan mundane. lari dari the same routine, perjalanan ke opis yang sama, lari dari motor yang sama, mahu lari dari asap lori dijalan raya, lari dari mesin yang sama, lari dari cermin yang sama, lari dari bilik opis yang sama, komputer yang sama, blog yang sama dan facebook yang sama.

Aku teringin untuk layan bungee jump. biar aku terapung diudara beberapa ketika dan jatuh menjunam, tapi ada tali yang merentap kaki aku.
aku mahu menyelam didasar laut di Pulau maldieves dan digigit oleh ikan-ikan asing.
Aku mahu bersiar-siar di kota paris dengan skuter yang laju dan aku memakai spek hitam dan tanpa helmet.
Aku mahu berpanas di padang pasir menaiki unta yang kehausan sampai terjelir lidah kami berdua.
I need a hot vacation.

2009 setakat ini ubkanlah tahun produktif aku. Aku menjadi semakin malas bila dikelilingi oleh orang-orang yang sama malas. Aku masih belum memulakan apa-apa tulsian novel. Aku masih belum merangka teater. Aku masih belum menulis satu sajak pun pada tahun ini. tapi aku sempat dalam masa 24 jam menyiapkan sebuah cerita pendek yang bertajuk Kami Bukan Anjing. Kisah tentang seorang FRU yang cuba untuk berhenti dari kerjanya kerana tak tahan melayan para demonstrator. Aku hantar ke Mingguan Malaysia tapi tak diterbitkan. apatah lagi kalau aku hantarke Harakah atau Suara Keadilan lol.

Aku tak produktif. tak ada salah siapa kecuali diri aku sendiri. Aku perlu disebat beratus kali dengan tali yang bersalut dengan paku yang tajam supaya aku kembali untuk bekerja macam anjing* ( diambil dari lagu Beatles..its been a hard days night, and i ve been working like a dog...remember?)

tiada apa yang mengembirakan aku kecuali dapat menulis sebuah lagi novel yang beratus-ratus muka surat.

Di Perak, lelaki-lelaki yang memakai baju Sgt Pepper Lonely Heart's Club Band itu bergasak lagi, merebut kuasa, sepatutunya itu yang menarik perhatian aku tapi aku lebih senang memikirkan bagaimana peluang Chelsea ke perlawanan akhir Champs League dirobek oleh Barcelona kerana referee itu tidak mahu memberikan Chelsea penalti.

Aku nampaknya memerlukan satu rehat yang panjang....dan begitu juga dengan engkau sebenarnya .

8 comments:

Aidil Khalid said...

Abg Saat,

Novel yang menang sayembara tempoh hari, tidak diterbitkan DBP ke? Kalau DBP lambat, tak mahu hantar ke penerbit lain? Sayang, kalau naskhah menang sayembara pun tak mahu diterbitkan.

carwashku said...

Salam.
Hai nape bunyi cam org frust je...mana pergi semua ilham? Tapi kekadang ada waktu kita akan terperangkap dalam jerebu waktu...jgn risau ia pasti berlalu...apa ye novel2 yg abg samad tulis?? teringin gak nak baca.

carwashku said...

woooppps....silap la tertaip abg samad la pulak...jgn mare arr...

carwashku said...

woooppps....silap la tertaip abg samad la pulak...jgn mare arr...

saat omar said...

Aidil, dah diterbitkan novel tu...camne exam hari tu? semua ok? kau berapa semester lagi nak grade?

carwashku...haha bukan frust.tulis tu cuma untuk peringatkan diri sendiri supaya lebih produktif.

~!D@~@NG@~ said...

Kan best kalau dapat pakej percutian percuma (all expenses paid)... *Berangan mode*

Aidil Khalid said...

Oh, laaa... dah terbit rupanya. Saya yang tertinggal kereta api. Hehe. Kena dapatkan nanti ni. =)

saat omar said...

Popo...pakej percutian percuma yg best kalau dpt trip satu dunia kan?

Aidil...ada satu pages missing..babak yang penting pulak tu...kalau baca tak faham tu bukan salah saya hehe