Sunday, May 3, 2009

ABU komunis menangis tengok filem Bukit Kepung

Seperti yang kita semua tahu, ABU adalah komunis.
Dah hampir 6 bulan dia tinggal dalam hutan dan makan daun tiap-tiap hari.
Kesian Abu, dalam kecoh2 Tomok menang 1 juta, Siti Nurhaliza menang album terbaik di AIM (ada 20 penerbit mana tak menang!) Dia masaih ketinggalan dalam bidang pop.
Keluarga dia pernah memujuk aku supaya memujuk Abu meinggalkan hutan dan kembali kemasyarat majmuk 1 Malaysian. Tapi aku kenal Abu, darah Komunis dah sebati dengan dirinya. Entah-entahkan Abu dan bertukar bentuk menjadi beruk sepenuhnya. Sape tahu?

Suatu hari aku mendapat tahu yang filem Bukit Kepung akan ditayangkan di TV. Ini peluang aku untuk mengenakan Abu, fikir aku nakal.
lalu Aku pergi kehutan mencari Abu.
Betul sangkaan aku, dia tengah memanjat pokok tak ubah seperti mawas.
”Abu, mehlah kerumah aku. Ada cerita best kat Astro aku nak kau tengok sama-sama dengan aku” Jerit aku. Apa yang dia buat kat sini pun aku tak tahu. Krusty habislah Abu tu.
”Jomlah Abu"aku terus memujuk Abu.
Malaslah.”
”Jomlah Abu. Aku akan order makanan sedap untuk kau”
”Makanan apa kau nak order”
“McDonald!”
“McDOnald? Raja segala capitalist? Ok aku turun sekarang. AKu nak set big mc large, plus slurpee sundae chocolate dan apple pie ok”
macam siot je Abu ni.

Abu pun ikut aku kerumah. terkejut dia tengok sekeliling dah berubah; Najib Razak dan jadi Perdana Menteri. Perak dah ada 2 Menteri Besar. 4 team besar English dah masuk semi final Champions League. .....tapi Siti Nurhaliza masih lagi menang album terbaik.....Abu pun terus masuk kerumah aku dan kami pun menonton filem itu.”Cerita apa kau nak tunjuk aku ni Saat?” tanya Abu lagi.
“Tengok jelah, kau mesti nangis punya tengok filem ni Abu”
Filem pun bermula. Bila tertera tulisan Bukit Kepung dalam skrin TV, Abu meyumpah seranah aku.
”Cilako ko Saat. Kau sengaja nak kenakan aku ye? Filem komunis kau nak tunjuk kat aku! Mentang2lah kau tahu yang aku ni Komunis” jerit Abu marah. Aku Cuma ketawa terguling-guling berjaya mengenakan Abu.
”Aku nak kau sama-sama nangis je dengan aku tengok filem ni Abu. Mana tahu kau boleh insaf taknak jadi komunis lagi”
Filem pun bermula. Hampir setengah jam berlalu tak ada pun tanda-tanda yang Abu akan tersentuh melihat Melayu diporak perandakan oleh Komunis. Memang komunis tegar si Abu ni rupanya...
Bila tiba scene budak perempuan menjengukkan mukanya dibawah lubang dan bercakap ”Mak dan adik dah mati” Aku menjadi sebak ya amat! Aku hampir-hampir mengalirkan air mata. Tapi bila aku berpaling mengadap Abu, dia rilek je. Cilake punya Abu.
...filem terus berjalan. Balai Polis telah ditawan. Rumah polis terbakar. Yusuf Haslam tercampak kedepan laman sampi songkok menutup mukanya. Dan banyak lagi Polis Melayu yang maut. Dalam keadaan cemas seperti itu aku pun turut merasa getarnya. Tapi Abu seperti biasa, nampak tenang sahaja.
..kemudian bila filem hampir sampai kepenamatnya, ketika adegan seorang ahli Komunis ditembak mati oleh Jins Shamsudin, aku lihat air mata Abu mula bergenang. Dan denagn tak semena-mena Abu terus menangis. Dia terus menangis macam anak ayam kehilangan ibunya.
”Kenapa kamu menangis Abu?”Tanya aku yang turut sebak Aku mula merapatkan mukaku kebahu Abu. Kufikir akhirnya berjaya juga aku untuk menjadikan Abu. A shoulder to cry on. Mana tahu Abu insaf dan kembali ke ajaran Islam.
“Aku menangis sebab Aril keluar AF!” kata Abu menahan sebak.
“Pasal AF je? Si Aril tu?"
Ha ah" kata Abu menahan sebak didada.
"kalau betulpun kau menangisi pemergian Aril AF tu, tapi kenapa baru sekarang kau menangis Abu?”
”Aku memang dah lama tahan Saat. tapi bila tengok filem ni, ketika tengok Komunis tu kena tembak macam tengah menari shuffle, maka tak tertahan lagilah air mata aku pun terus menangis dengan laju” kata Abu yang terus cuba menggosok matanya.
Cilake punya Abu. Rupanya dia duduk kat hutan berpura-pura jadi Komunis tapi tengok TV 24 jam Rasa macam nak terajang je ABU ni haha....

5 comments:

IRA said...

hahaha.

ni mesti pasal Abu tak cukup credit nak AFUNDI.

carwashku said...

HE! hE!!!
Nyata ABU memang pior punyer komunis...komunis yg memang giler bab AF nih...wuahhhh...tumpang ngangis gak sbb si Aril tu memang berbakat...apa la pengundi nihhh...patut jadi anak murid si ABU tu...!!!

saat omar said...

yes IRA dan carwashku...pelik tau ARIL out AF. Dia jambu ok, suara pun not bad...cukup pakej.

IRA said...

saat, dah ada astro ke?

saat omar said...

Astro dah ada...nape Ira?