Sunday, May 17, 2009

ABU dan Jualan Gudang


Lately ada banyak warehouse sale dimana-mana. Jualan murah. Everything must go katanya. baik buku perabut, tilam, barang elektrik, komputer dan macam-macam lagi.

Abu paling beriya ajak aku setiap kali dia terdengar ada warehouse sale.
“Jom Saat, Ahad ni ada jualan gudang kat PJ” kata dia menelefon aku.
Jualan gudang? Jual apa? Baju? Buku? Perabut? Eletronik?” Tanya aku balik.
”Entahlah saat. Aku baca ada Jualan Gudang je. Tak kisahlah jual apa, janji warehouse sale. Inilah rahmat dari recession!”katanya lagi menjerit kuat. “Sikit lagi Ipod, Apples, BMW, Mercedes pun akan dijual secara gudang. Gila tak gila ah! Penangan kapitalist!”
Betul gak cakap Abu. Selsema babi tak selsema babi, Masa nilah nak shopping gila babi. Adakah ini rahmat dari recession?

Kami kesana naik motor. Dan sepanjang itu Abu membebel pada aku tentang teori ekonomi. Impak capitalist pada dunia ketiga. Aku antara dengar tak dengar sebab desiran angin kuat ketelinga.

Bila sampai dihadapan kilang itu, tempat itu hanya dipenuhi dengan mat indon keluar masuk. Ianya kelihatan lebih macam konsert Dewa 19 dari konsert Black Dog Bone.
“hah ko tengok ni Saat. Orang Indon ni lagi pandai berbelanja dari orang kita. Mereka tahu menghargai nilai wang mereka dengan hanya berbelanja di tempat-tempat yang ada sale, terutama di tempat jualan Gudang seperti ni. Kau pernah nampak Mat Indon ni shopping di One Utama? Mid Valley? Mane deeeee” kata Abu bangga.
Bila masuk kedalam, ruang hanya sunyi sepi tak nampak macam jualan Warehouse seperti biasa. Takada muzik yang membingit telinga, yang ada hanya kedengaran alunan muzik dangdut yang samar-samar.
”Eh mana pergi orang ni Saat? Takkan sunyi je. Biasa sesak kalau ada warehouse sale ni”
Dihadapan kami terbentang berpuluh-puluh meja tetapi ianya bukanlah jualan gudang barang eletrik, jual baju, jual buku ...tapi yang terbentang diatas meja itu katun-katun rokok.
Aku mula naik angin.
"Ek eleh Abu. Memanglah jualan Gudang....tapi Gudang Garam!Bukan warehouse sale! Ishk Abu ni” kata aku pandang Abu kecik je sebelah mata.
”hahaha Sorrylah Saat. Aku tak baca habis iklan tu semalam. Sorry”
”hah! Apa lagi Belilah rokok Gudang Garam tu sekotak”
” Sorrylah Saat wa hisap Marlboro je. tak hisap rokok kretek ni...” kata Abu macam kerek sikit.

Abu oh Abu......

4 comments:

IRA said...

hahaha... abu cepat teruja ni.tu pasal tak abis baca iklan

idmalina mohamad ideris said...

siot je abu ni...hahaha.....cik saad buat apa2 cuti2 malaysia ni?

saat omar said...

IRA...Abu ni tak reti membaca huk huk.

Idmalina...cuti2 Malaysia aku kerja2. next sem aku nak batch kau handle Sukan SAF....camne? berani?

idmalina mohamad ideris said...

hahahha...huh...!mencabar tuh...okey je...mnyahut cabaran dengan beraninya...hahah....