Gembiranya ABU hari ni kerana akhirnya dia akan bertemu dengan hero pujaan hatinya.
Dengan kembalinya Chin Peng ke Malaysia, Abu telah menjemput heronya itu untuk hadir dikampungnya bagi meraikan kepulangannya. Untuk itu dia bercadang mengadakan kenduri doa Selamat secara besar besaran. Untuk menjayakan kenduri itu Abu sanggup tumbang lembu 10 ekor, kambing 40 ekor dan ayam 2 ekor.
tapi Abu tahu, kalau dia mewarwarkan kedatangan Chin Peng bekas komunis itu, pasti akan ada penduduk kampung yang membantah. terutama kerana beberapa minggu kebelakangan ini filem Bukit Kepung ditayangkan semula di kampung itu melalui channel Astro.
Jadi Abu mengubah strateginya. bagi mengaburi mata penduduk kampung, dia mencanangkan yang Anwar Ibrahim, bekas pemimpin UMNO akan turun melawat kampung itu. Maka berduyun-duyunlah penduduk kampung berganding tenaga membantu mempersiapkan diri untuk majlis tersebut.
Abu ketawa gelihati kerana berjaya menipu orang kampung haha.
Maka pada hari yang ditunggu, maka berkumpullah semua penduduk kampung. Kompang, bunga manggar dan silat telah sedia menunggu disimpang jalan. Reporter seluruh pelusuk dunia hadir melaporkan kejadian bersejarah itu. Bunga api yang merak menyala juga sudah disapkan untuk pesta pada malamnya. Tepat pada masa yang dijanjikan, muncullah sebuah kereta Limo besar berwarna hitam. Penduduk kampung mula bersorak. Tapi bila yang keluar daqri kereta itu hanyalah seorang lelaki bernagsa Cina dan tua, semua penduduk mula keliru.
"Ini bukan Anwar Ibrahim. A. I. hensem, bukan macam ni" kata penduduk kampung.
Maka semua pun bersurai dengan hampa kerana pemimpin yang ditunggu bukanlah seperti yang disangka.
Hanya Abu seorang yang ketawa besar.
Dia terus mempelawa Chin Peng untuk menjamu selera makanan yang disediakan. Chin Peng mengucapkan syabas kepada Abu kerana dia memang tidak menyangka kepulangannya akan disambut mesra oleh lelaki bernama Abu.
Abu dan Chin Peng terus bersembang macam kawan lama. Chin Peng yang peramah membuatkan mereka semakin cepat mesra. AChin Peng mudah membuatkan Abu ketawa dengan lawak-lawak komunisnya, lawak yang disimpan sejak 1950an sehinggalah keruntuhan Russia.
“Bila Chin Peng bertanya tentang perkembangan politik di tanahaair, Abu mengajak Chin Peng untuk turut serta dalam Mogok laparnya.
“Molok Lapar? Haiya Lu gilalah. Wa turun balik sini Malaysia pun sebab wa .mau makan manyak manyak woo..Watpau mau molok lapar? Kita berperang komunis duduk dalam hutan bertahun-tahun pun supaya lu orang boleh makan sedap-sedap wpp.Watpa wa mau ikut lu Mogok Lapar? Lu gila lah ” kata Chin Peng terus beredar.
Abu mulai resah. Strateginya nampak tak menjadi. Dia tahu kalau dia berjaya meyakinkan dunia yang Chin Peng mahu turut serta dalam Mogok lapar, sudah tentu dia akan menarik perhatian semua.
Tiada jalan lain, Abu kena paksa Chin Peng ikut serta dengannya.
Hanya ada satu jalan sahaja fikir Abu untuk menghalang Chin Peng pergi ; ABU harus berbaring diatas jalan menghalang kereta Chin Peng.
Chin Peng terus meluru kekeretanya. Tanpa berfikir panjang, Abu dengan kain pelikatnya terus merebahkan dirinya dengan berbaring diatas jalan bagi. bagi Abu hanya itulah cara yang paling realist, yang paling murni yang paling bijak dan yang paling radikal untuk menghalang Chin Peng dari pergi. Ya, Abu memang fanatik.
“Haiya lu gila ah. Itu sultan punya kereta lu tahan dengan lu punya baring bolehlah dia tak langgar sama lu. Itu Sultan sayang sama lu! Wa bukan macam dia. Wa tak takut woo woo mau langgar sama lu”kata Chin Peng dari balik cermin keretanya.
Tanpa berfikir panjang Chin Peng terus memacu keretnya lajudan menggilis badan Abu yang masih terbaring dihadapan jalan. Abu menjerit kesakitan tetapi Alhamdulillah Abu tak mati, dia cuma tercirit keluor taik hijo. Orang kampung bergegas cuba menyelamatkan Abu.
Strategi Abu untuk membawa Chin Peng pulang dan mengajaknya menyertai Mogok Lapar tidak berjaya kerana tarikan makanan yang sedap-sedap di Malaysia ini.
Orang kampung yang bersimpati dengan Abu walaupun Abu telah menipu mereka, telah cuba menelefon klinik yang tedekat. Sementara Abu dikejarkan kerumah sakit kerana perutnya perlu dijahit, Chin Peng pula terus pergi dengan kereta Limonya meredah kegelapan malam dan tak kembali lagi.
Abu oh Abu……..
Tuesday, May 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
say no to @#$%^%& chin peng!
A.B.u = Aku budak Umno atau..??
atau...
Post a Comment