Thursday, April 16, 2009

Tiada Esok Bagimu (No Tomorrow)


Ada beberapa benda yang buat excited this weeks. Apart from ManU menang atas Porto (ye aku support English team) , apart from book signing di Pesta Buku KL di PWTC on 26th April ini, apart from aku hampir (sekali lagi aku gunakan perkataan hampir) berjaya menamatkan translate Brechts play …ianya adalah kerana Jins Shamsudin movie will be shown at TV this 19 April Sunday 9 pm kat Astro. Tiada Esok Bagimu. Atau dalam bahasa Inggerisnya bertajuk..No Tomorrow (James Bond Brosnan ciplak tajuk filem ini dan namakan filemnya Tomorrow never Dies). The best of all Esok trilogy. For a personal reason, Yeah ini filem melodrama feveret aku. (tak percaya sudah!)

Aku rasa mungkin hampir 10 tahun sejak kali terakhir aku menonton filem ini. dan sekarang aku tak sabar-sabar nak duduk depan TV. Dan sekarang RTM takde tayangan gambar pada malam Jumaat untuk menayangkan filem2 Melayu lama. Harapan aku untuk menonton filem-filem melayu klasik hanyalah pada tayangan gambar pada hari Ahad di TV3. yang ni aku selalu miss jugak sebab aku sibuk berjalan-jalan di Amcorp Mall ketika itu. So bila sekali sekala filem seperti ini ditayangkan di TV, aku tiada pilihan lain kecuali….. (awal-awal aku dah bagitahu Jaja tentang date dan waktunya supaya tak berebut TV dgn dia nanti hehe)

Pada anak-anak yang lahir pada tahun 80an dan 90an. Kalau yang belum menonton filem ini,cubalah tengok Tiada Esok Bagimu ini untuk merasakan gegar gempitanya kehappening Malaysia pada akhir 70an itu.. Kalau tak minat ceritanya takpe,layan set dan interior filemnya pun dah cukup memberahikan. Kalau itu pun, layan spek besar Noor Kumalasari tu dan fikir mana aku nak beli spek macam itu. Kalau itu pun tak membuatkan kamu ghairah, tengok Mahmud June berlakon dihotel sambil memujuk Noor Kumalasari.Atau...layan Yusof Haslam yang melakonkan karakter seorang abang yang baik.
Kalau itupun tak mampu membuatkan kamu seronok, tengok jambang Jins Shamsudin yang ditrim cantik itu.
Kalau itu pun tak mampu menarik perhatian kamu semua, layanlah lagu Salamiah Hassah yang mendayu-dayu ini.
Kalau itu pun tak menarik minat, tak tahulah aku..(pelik juga kalau Melayu tak suka dengan melodrama? Bukanlah seisi hidup melayu itu sendiri penuh dengan unsur-unsur mellow? Hehe aku pernah terdengar seseorang berkata begini)

Aku tak nak analysed film ini. Itu tak penting bagi aku. Filem-filem begini aku harus layan tanpa ada kritikal analisis padanya. Tak adil bagi aku.

Bila manusia perlu merasa untuk berperasaan, dia tidak perlu bertanya untuk apa dan dari mana perasaan itu datang
- somebody

Enough said. Or in another words, malam Ahad ni....gua nak layan nangis ok.

3 comments:

IRA said...

bukan setakat 'tiada esok bagi mu', tapi layan juga semua filem2 yang ada 'esok' dalam tajuknya hehehe

saat omar said...

Jgn lupa this week Bukit Kepung...lagi nangis..

Anonymous said...

Esok untuk siapa