Sunday, March 22, 2009

kematian seorang kawan

Seorang kawan meninggal dunia, Aku kenalnya sebagai Alang. Hes 32 tahun dah masih belum berumah tangga.
Sabtu petang dapat panggilan telefon dari kakaknya. Katanya Alang tak sedarkan diri dan dia sekarang berada di Hospital Ipoh. Kemudian aku keliru samada dia bagitahu yang Alang sudah meninggal dunia ataupun tidak sedarkan diri? Aku tak pasti yang mana satu. Tapi kami mengambil keputusan untuk pulang ketapah pada waktu itu juga.
Sepanjang perjalanan aku dan emak sibuk mempersoalkan punca sebenar dia dimasukkan ke hospital. Apa penyakitnya yang sebenar? . Alang tak pernah menghebahkan tentang sakitnya. Its all too sudden. Apa punca sebenar dia tak sedarkan diri?

Sampai di Tapah pukul 9 malam baru dapat lagi satu telefon its official hes death.
Setiba dirumhanya orang sudah mula ramai berkumpul. aku dudul bersila dengan jemaah lain . tak lama Kemudian van hospital datang membawa mayat. Dan mayatnya terus dibawa masuk kedalam rumah.
Aku memberanikan diri duduk disisi mayat. Its official hes death now. I look at his mom. Dia seorang wanit yang tabah. I know its hard for her to tell the same story agaian and again the same question agaian and again of how anak lelakinya itu meninggal dunia. Dia nampak tenang.
It’s a tragedy. Dalam masa tidak kurang 5 bulan, kedua-dua anak lelakinya yang ada pergi meninggalkan dia. Anak lelaki yang tua, 30an meninggal pada 4 januari akibat sakit dada. Dan pada bayangkan bagaimana perasaan ibunya. Kedua-dua anak lelakinya, harapan keluarga pergi dalam masa yang dekat. Ketika aku duduk mengadap mayat itu, aku takde kuasa lansung untuk mengangkat muka memandang wajah ibunya.
Alang mati akibat brain cancer. Satu penyakit yang disimpannya dari penegtahuan ibunya dan juga orang lain. Kata mereka hanya arwah abangnya sahaja penyakitnya itu tahu kerana mereka memang rapat berdua. Dan pada pagi Jumaat itulah ketika baru balik dari kerja (alang kerja tol PLUS) , selepas bersarapan pagi dan membaca suratkhabar) ketumbuhan diotaknya mulai pecah. Selepas dibawa ke hospital Tapah dia dihantar ke Hospital Ipoh. Ketika ini semuanya sudah terlambat bagi dia. Dia meninggal pada hari Sabtu 5.30 petang.
Aku mulai kenal Alang pada hari2 menganggurku. Iaitu ketika aku bari sahaja tamat grade. Alang biasa duduk dihadapan rumah aku ketika petang untuk menghisap rokok dan bersembang2 dengan arwah ayah aku. Selain bertukar2 cd, Kami bersembang tentang filem2 baru dan juga tentang budaya pop.
Sejak aku mendapat kerja di Shah Alam, 7 tahun lagi aku mulai jarang berhubung dengan arwah. SMS terakhir yang aku dapat darinya ilaha bila dia melihat gambar perkhawinan aku keluar disuratkhabar dan dia menyatakan minatnya untuk bermain kamera LOMO.
Dia seperti yang dikatakan oleh ayah saudara, dia seorang yang lurus. Dia memang kuat menghisap rokok. mak cakap dia kuat makan tapi badannya kurus.
Dia satu-satunya kawan yang aku kenal di Tapah Road.
Kematian Alang membuatkan aku berfikir, apa yang membuatkan manusia gembira dalam kehidupan ini? Ianya terlalu awal buatnya. Ianya terlalu pantas. Life is short . Dia masih muda-32 tahun dan masih belum berumah tangga. Untuk menyedapkah hati kita mengutarakan kata-kata ini; Tuhan lebih sayangkan dia.
If his death doesn’t inspire me to be a grateful man, a good man..i don’t know what else.
Kematiannya satu tragedi dan seharusnya ia menginsafkan aku.

3 comments:

Vitamin said...

al-Fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat dari-Nya

Maya said...

Al-Fatihah.

kamal said...

al fatihah untuk alang!