Monday, March 23, 2009

:)


“Capitalist sedang nazak!Capitalist sedang nazak! ”
Jerit suara dari luar. Aku keluar dari rumah mencari bunyi kekecohan tersebut.
Ada segerombolan lelaki sedang berkumpul. Tak tahu samada mereka ni komunist atau socialist ataupun pure anarchist.
“Ya rabbi apa yang kecoh-kecoh ni? Anak aku nak tidur ok jangan bising!”
“Kapitalist dah hancur! Capitalist dah gagal. Patut dari dulu kita jadi komunist. Kalau tak takkan jadi recession camni” Jerit mereka lagi.
“Apanya capitalist gagal?”Tanya aku.
“Semua system Capitalit dah gagal Saat. Recession ni semua sebab Capitalist system yang kita dah praktikkan tu. Dan sekarang, kita akan balik ke zero ground level. Kita akan hidup macam zaman Paleolitik saat. Bayangkan Saat! Takde kereta, takde minyak. Takde Mcdonald. Takde wayang. Takde semua. Kita akan pakai cawat 24 jam Saat!"
"Astaghafirullhalazim..betul ke ni semua?"
"Betul Saat. Kita akan panjat pokok dan makan buah-buahan. Kita akan hidup macam orang batu saat!”
"Ish gelinya...."kata aku lagi nak muntah.
Tiba-tiba lampu rumah terpadam. Rumah aku jadi gelap. Sekitar aku, rumah-rumah orang lain pun turut gelap gelita.hanya langit terang benderang dengan cahaya bintang.
“Oh fuck!” semua mula menjerit.
“TNB dah bankrupt!” semua pun mula huru hara.
“Recession!bahana Recession dah mula kelihatan!”
“Kapitalist dah nazak! Capitalist dah nazak!” Jerit semua.
“Tuan tuan dan puan puan, sekalian” kata seorang lelaki berambut hitam dan berbaju hijau naik keatas pangkin dan bercakap kearah semua gerombolan. Ternyata lelaki ini mahu dikenali sebagai ketua gerombolan ini.
“akhirnya capitalist jahanam itu mulai menunjuk taringnya dan ianya kini mencengkam kita. Ini baru permulaan. Nanti semua takde. 7 eleven tutup. One Utama tutup. GSC tutup. Internet takde. nak berblog pun tak boleh. Capitalist dah nazak! Kalau dari dulu lagi kita berpijakkan komunis, kita tak akan mengalami keresahan seperti ini sekarang. Kalau dulu kita Komunis kita dah jadi satu bangsa yang maju sekarang. Tengok China, mereka jadi tuan rumah Olimpik! Tengok Cuba, mereka eksport tebu. Tengok Russia, mereka tulis War and Peace.err....apa lagi negara Komunis?"sibik dia pada lelaki disebelahnya.
"entah saya dah lupa"jawab lelaki itu.
" Kita sebuah Negara raja berpelembagaan, apa yang kita ada? Jadi itu tuan-tuan dan puan-puan sekalian….kita kena kembali kepada sebuah negara republik! Kita kena kembali kepada Komunis. Kita kena kembali kepada Socialist! " Semua bertepuk dan bersorak kuat mendengar lelaki itu berhujah.
“Ayuh semua! Mari kita marching ”
mendengar ceramahnya yang provokatif itu aku pun turut jadi gelabah macam beruk. Baru kini aku rasa penangan recession ni kuat giler. Gerombolan itu terus marching kehadapan.
Aku melompat keluar dari rumah berlari mengikut mereka.
Aku terus berlari dan berlari. Kulihat sekeliling aku semuanya gelap gelita. Terdengar jeritan TNB dah bankrupt! TNB dah bankrupt!
Aku pun jadi semakin cuak. Dibelakang aku melihat Ronald Mc Donald mengejar aku.
“Saat, kenapa kau tak beli McDonald?!!” katanya dengan nada marah.
“Aku boikot McDonald ok. Waiter engkau pun cam siot je. Aku penat beratur tapi tak ikut line dia suruh aku beratur semula.Whattafuck! Lagipun A&w lagi sedap ok!”
Kami terus berlari. Beberapa imej Capitalist termasuk Coca Cola,Nike, Mickey Mouse, Starbuck, Microsoft terus mengejar dari belakang dan cuba mencekik aku.
Aku jadi semakin takut, dan larian aku semakin laju. Suasana sekelilingku semua gelap. MCD, 7 eleven, restoran Mamak 24 jam semuanya kegelapan.
“”Eh jap jap”Aku mulai mendapat idea baru. "stop stop. Everybody stop!" kataku memberhentikan larian aku.Aku mulai merasakan ada sesuatu yang tak kena. Semua pun turut terhenti.
“Hari ni berapa haribulan?” tanyaku.
“28 Mac 2009. Kenapa?”jawab seorang yang berjanggut lebat dan menghisap curut.
“Ohhh patutlah takde api. Bukan sebab Capitalist dah nazak. Hari ni hari Earth Hour! Satu Malaysia kena tutup lampu sejam! Bukan sebab TNB bankrupt!”
“Ohhhh ye tak ye jugak ek"Kata mereka.
"Macam cilake jer semua ” kata gerombolan itu yang mulai berjalan lemah pulang kerumah masing-masing dengan penuh hampa.

4 comments:

Fasyali Fadzly said...

wakakakaka. ingat pasal kapitalis betul-betul punya. hahaha. earth hour rupanya.

sama-sama padam lampu 8.30-9.30mlm 28 Mac ini.

saya dah siap nak mintak kebenaran untuk wat monolog dah ni. hahaha. lawak siot..

IRA said...

huhuhu...

carwashku said...

fuhhh suspen je...tapi tak semua join ...masa tu i kat kelantan...hehehe gi round the world...oghe klate x here pung...wakaf che yeh x tutup pun lampu...dio ghoyak kalo demo tutup lampu gak abihh lo sape nok beli bahge gelap...x leh nak beli...arrr...sabo je lahhh.

hrmk said...

actually this artikel ada banyak benda yang boleh dikupaskan ..

er...sapa punye idea nie eh..kalo idea nie datang dari saudara saat...saye ucapkan syabas kerana menghasilkan satu artikel yang sarat dengan pengetahuan.

kat sinie saya ingin mengupas tentang orang kita yang mengikut template capitalisme dan komunisme.

Kalau dari segi idea cerita ini orang kita melaungkan wajar kita ikut sistem komunis. Diorang pangkah sistem capitalist.

Tetapi...sedarkah kita semua model ekonomi itu datang dari orang laen. Bukankah sebagai negara yang merdeka, kita patut berpendirian sendiri dengan mengamalkan sistem ekonomi sendiri.

Tak perlu ikut orang laen....bila kita percaya dan berdiri atas kaki sendiri. Usahkan ekonomi negarabangsa lain lemau boleh menggugat ganggu kualiti hidup kita...orang planet pluto pun tak bleh nak kata apa....

sekian, buat masa ini