Tuesday, January 13, 2009

TERKENANG SEMASA DULU: KERJA PERTAMA


Kerja professional pertama aku ialah di sebuah kilang besi. ianya berlaku selepas aku habis SPM. Kira-kira pada tahun 1993. Actually ianya bukanlah sebuah kilang besi perse tetapi sebuah kilang stainless stell yang membuat barang perkakasan dapur.
Semuanya atas ajakan seorang sahabat bernama Fadhil. And when Fadhil suggest me to do something, i cannot say no to him. So i follow him. dengar gaji sehari 10 hengget aku dah excited giler. Tu dah kira besar ketika itu. "wow! Boleh beli satu kaset satu hari" kata aku dalam hati. (kan ke aku dah kata aku ni naive)
Kilang itu terletak jauh jugak dari rumah. Ayah aku terpaksa belikan aku sebuah motor second hand Honda 50 yang harganya 500 ringgit malaysia untuk aku kerja dikilang itu. God bless him.
Kilang itu sebenarnya hanya dipenuhi dengan pekerja-pekerja bangla yang sombong. Mereka hanya berpegangan tangan sesama sendiri bila berjalan dan bukannya dengan kami. Ketika aku dan Fadhil bekerja disitu, Kami berdua adalah satu-satunya Melayu disitu.(kecuali ada seorang brother yang bekerja sebagai juruteknik disitu, yang pergi kerja naik basikal dan ada seorang awek yang cun tapi montel)
Selain dari itu kilang itu banyak pekerja wanita India yang berpangkat ibu-ibu.
Actually its one of the hard edge place i ever work. Kilang tu takde aircond. Dan ianya beratap zink. Bila tengahari menjelma, panasnya sampai ke tulang sum-sum. Berkirap nak buat kerja beb. Panasnya membahang, kalau ada swimming pool depan mata memang dah alam terjun anjal.
hari pertama aku diletakkan dibawah assistant seorang perempuan India yang aku rasa berumur diantara 40 -50 tahun yang aku gelarkan sebagai Mama Bosan (hanya kerana ketika itu aku fanatik filem Mat Gelap) Mama Bosan seorang wanita yang kelakar, tho she doesnt mean it.
Hari pertama aku diletakkan dibawah kendalian Mama Bosan. Atau dalam kata lain, Mohd Saad Omar adalah assistant Mama Bosan. Kerja aku mudah sahaja dan tidaklah mencabar kreativiti; Aku dikehendaki mengelap periuk yang berlumur dengan minyak sehingga kering dan kemudian menyerahkan kepada Mama Bosan untuk dispray. Itulah kerja aku. Dengan bau minyak yang kuat, rasa nak pengsan juga hari pertama tu. tapi aku tabahkan juga untuk meneruskan kerja kerana. Semnatara Fadhil diletakkan dibahagian lain. Aku bekerja dengan sepenuh perhatian dan kesungguhan sehinggakan tangan aku mula tercalar balar(setrengahnya masih berbekas sehingga kehari ini) . Dalam sehari sahaja aku telah menggunakan lebih dari 5 sarung tangan, satu yang aku rasa luar biasa di kilang itu.
Bila aku balik, aku tunjukkan pada mak aku kesan calar ditangan aku tu. Terkejut gila dia dan aku hanya ketawa.
aku bekerja dengan Mama Bosan seminggu. kemudian berkat kerajinan dan keperihatinan aku, aku dinaikkan pangkat menjadi pembuat periuk (Aku tatau terma yang sesuai ok) Disini aku bekerja sendirian membentuk besi itu menjadi bentuk periuk dapur. kat sini pun aku actually tak perform well. sebabkan aku banyak berangan ketika kerja, produk yg aku hasilkan tak banyak. dan banyak juga yang periuk yang rosak. tapi nasib aku baik kerana aku tak pernah dimarah sekalipun oleh supervisor disitu.
Masa paling teruk bekerja dikilang itu adalah ketika bulan Puasa. kerana mengharapkan sedikit wang pada hari raya nanti maka kami tak ponteng satu hari pun, tetapi kerjanya memang siksa ya amat. ketika bunyi loceng menandakan tamat tempoh bekerja pada pukul 5 petang, aku sudahpun tinggal nyawa-nyawa ikan dan jika aku meneruskan kerja walau sesaat sekalipun pasti aku akan bergelimpangan dihadapan kilang itu kepenatan wakaka. itu antara saat-saat paling penat pernah aku rasa seumur hidup aku.
Lepas result SPM keluar, kami pun berhenti kerja disitu. dan selepas itu tak pernah menjejakkan kaki lagi dikilang panas itu. god bless them all. Apa yang jadi kat situ pun entahlah.
beberapa tahun kemudian, aku bertandang ke rumah Fadhil pada hari raya. sedang sibuk mengunyah kuih, aku terperasaan ada seorang budak yang duduk disebelah aku kudung tangannya kecuali 2 belah jari yang masih tinggal. Dan bila fadhil memberitahu budak itu pernah berkerja dikilang yang sama kami bekerja dahulu 9dia junior kami beberapa tahun) dan tangannya kudung dimakan mesin kilang itu, aku pun mengucap panjang sebagai tanda simpati. Aku boleh bayangkan Mama Bosan, bangla muka ketat dan supervisor sana melompat terkejut bila kejadian itu berlaku.

5 comments:

idmalina mohamad ideris said...

kelakau pun klakau juga..tp byk moral values nya....
cik saad ni seorg yg hard working la....

p/s:slumber and hardworking...

saat omar said...

ye idamalina..kau dah grade nanti pun jgn memilih kerja sangat, memilih suami takpe..ahak

idmalina mohamad ideris said...

hahahha........

Fiona Kab said...

1st job ibarat cinta pertama, susah nak lupa!

carwashku said...

lebih kurang je keja kita...bermandi peluh di bawah panas terik mentari...tapi itukan lebih baik dari berpanas melangok minta duit orang!!!