Tuesday, December 2, 2008

JAJA THE BRAVE AND SIMPLE TWIST OF FATE

Ketika itu aku dah pun tertidur.Jaja sms aku pukul 12 lebih katanya dia dah nak masuk ke labour room…Kalau aku ikutkan hati aku untuk terus tidur maybe aku terlepas peluang menyaksikan peristiwa bersejarah ini. Dalam hati aku Cuma berkata “ Jaja,Its better be real now or U owe me a sleep (lain macam je bunyinya hehe)

Aku pun terhegeh-hegeh ke hospital selayang. Aku pecut kereta 160 km sejam that would make Jerry (a friend of mine who really obsess with speeding) really proud of me.Ketika memandu dalam gelap dan mamai2 aku tertanya2 boleh atau tidak pak guard yang berpakaian seperti tentera itu membenarkan aku masuk ke hospital pagi2 begini. Aku pun mula2 berkira2 jika mereka tak membenarkan aku masuk kehospital aku akan mempraktikkan segala lakonan yang aku pelajari..aku akan meraung diperkarangan hospital, aku akan cakap yang aku dari company repair air cond, aku akan cakap aku doktor. Tapi bila sampai disana dengan mudah sahaja aku dibenarkan masuk kedalam hospital.Aku Cuma cakap “Bini saya nak bersalin”
“Ok masuk” kata pak guard keturunan India itu. God bless yoga!

Bila aku sampai di wab 5B, jaja dah berpeluh2 dan bermuka monyok…actually due dia nak bersalin adalah minggu lepas, tapi sampai kehari ini, tiada tanda2 lansung baby nak keluar. AKu dah give up. Tak berank pun takpe” kata aku seakan merajuk (pada bayi atau pada ibunya?) Semalam sahaja aku hanya duduk disisi Jaja sempat menghabiskan Michael Cunningham’s THE HOUR.
Tapi kali ni aku rasa betul2 Jaja dah nak bersalin.
Aku tidur lagi disisi kerusi panjang itu berbantalkan lengan. Sepanjang itu aku hanya bertemankan MP3 aku. Dan lagu yang aku dengar sejak dari mula tadi memang aku dan tetapkan sejak dari awal tadi. Ianya lagu Sigur Ros bertajuk Svo Hijott dari album TAAK. Lagu ni aku dengar berulang-ulang sehinggalah MP3 aku weak. It’s the best momentum song with high climax. If u want to feel floating, this is the best song I could recommend to u.
Tak lama kemudian nampak Jaja diusung dengan kerusi roda ke dewan bersalin. Aku pun ikut dari belakang. Something big is going to happen kata aku hati aku ….

The first shocking is meeting Noni there. Noni actually is a sekolah menengah friend yg dah 20 tahun aku tak jumpa. Tuhan maha besar, kata hati aku sebaik sahaja melihat Noni melangkah ke labour room itu dan memeriksa perut Jaja. Tuhan maha besar, Noni yang dah lama aku tak berjumpa adalah orang yang akan tolong deliver the baby. Ya ini memang macam drama swasta lebih lagi dari drama korea dan Argentina. Tapi inilah yang berlaku. Tapi kemudian bila aku cuba berbual dengan Noni ;bertanya tentang soalan2 basic kawan sekelas yang dah lama tak berjumpa seperti kat mana dia tinggal sekarang, dah berapa anak dia sekarang, dia tak menjawab sebaliknya berpura-pura tak kenal aku. “Kenal saya ke? Kenal suami saya ke?” Dengan muka yang konon-konon terkejut amat. Mak ai pandainya berlakon!!! .kalau student Diploma Seni Lakon dah boleh jadi primadona ni. Siot je Noni! But im really glad meeting u right here right now, old friend. Its funny destiny game played on me eh? Tapi takpe for me it just a minor magic, Perjalanan hidup Forrest Gump lagi sesuatu yang sukar dijangkakan, bukan? Simple twist of fate.

Well anyway….Sepanjang jaja diletakkan diatas katil di labour room itu aku hanya duduk disebelahnya. Nampak Jaja takut. “Jangan takut” kata aku pada Jaja “Kalau jaja takut saya lagi takut” kata kau mengambil skrip Yahya Sulong dalam filem apa entah. Nurse come and go. Tiba-tiba sahaja ianya berlaku dengan pantas..seorang nurse datang dan terus merikulkan kaki Jaja dan dengan sepantas kilat bilik yang aman damai itu bertukar menjadi kecoh dan tense. Dengan sekelip mata-itu yang aku rasa, jaja terus meneran baby keluar. Aku pun mula cuak. Apa yang aku nak buat ni? Aku nak pegang perut Jaja ke aku nak pegang perut aku? Aku nak kata push (Satu lagi perkara yang aku belajar dari filem melayu) atau aku nak suruh Jaja mengucap? Akhirnya aku tak buat apa-apa..Cuma melihat nurse itu membuat kerja mereka.
“Ayahnya taknak tengok babynya?” kata nurse itu selepas Jaja terhenti berhempas pulas dari meneran. “Boleh ke?” tanya aku bodoh. Konon2 aku ni naïve dan jujur orangnya. Boleh jawab dia. Lalu aku pun menghulurkan kepala kesisi. Aku nampak ada kepala budak terselit celah alat sulit itu. Diatas kain lapik itu tertumpah darah2 bertompok-tompok.
Oh begitu rupanya ibu melahirkan anak..aku dah tengok banyak filem tapi takde filem yang menunjukkan apa yang telah aku skasikan tadi (Apatah lagi teater)

Lepas itu kami pun terus menyambung usaha untuk mengeluarkan bayi itu. Kesian juga tengok Jaja menahan. Bila terhenti aku mula terasa nak kencing. Aku hendak keluar dari bilik itu tapi segan juga takut nanti nurse tu cakap aku ni penakut. Tapi nampak susah Jaja nak mengeluarkan baby ini aku rasa 3 jam lagi pun tak habis, baik aku pergi ketandas sekarang juga. Tanpa menjelaskan tujuan aku beredar, aku pun keluar dari bilik ituew.

Bila aku pulang semula kebilik itu aku nampak ada seorang bayi terlentang disisi katil. Beberapa orang nurse mengelilingi katil itu. Jam menunjukkan pukul 3.52 pagi.

“Dah habis?” tanya aku. “Ayahnya terlambat. Baby dah keluar pun” kata nurse yang itu tersenyum. Aku melihat Jaja berpeluh-peluh lega. Disisi bayi itu Noni sempat mengerling pada aku. Kalau ada apa-apa perkara baik yang aku telah buat pada dia selama ini, dia tahu yang dia dah balas segala jasa aku dengan hadiah yang paling baik dia boleh bagi. 0-0.

Jaja is brave kata cutie. I agree.

* Hospital Selayang help deliver (?) hampir sebanyak 10 ribu bayi setiap tahun. Amir Naiful is one of them.

14 comments:

Aku said...

Tahniah!!!Bergelar ayah dah sekarang. Semoga menjadi ayah yang baik dan semoga anak itu menjadi anak yang soleh.

razin salleh said...

comel kid saad.
its still a weird feeling seeing u have a baby. tahniah and tanhniah again...

so this is the future.

Anonymous said...

tanniah c.saat!
dh gelar daddy!
baby boi ka baby gurl?

sidra kamar aisa said...

tahniah.

IRA said...

awwwww.... congratulation saat! nanti buat entri bergambar ya...

Anonymous said...

salam en saad...,
Alhamdulillah...
syukur..

hehe masa saya baca entri ni,
terasa macam saya plak yang nak deliver baby.

apapun, congrats!
tahniah...!
you are a daddy noW
yay!!!

Aidil Khalid said...

Wah, tahniah! Dah jadi bapa sekarang. =)

Christina Y. said...

haha... u named ur boy amir. lol. tht's another twist! nice nice... congrates!

Fasyali Fadzly said...

tahniah
dah jadi ayah dah encik saat
masa mula2 kenal dulu bujang lagi
sekarang dah jadi bapak orang dah
cepat betul masa berlalu
(baca seperti drama melayu tipikal)

Syaiful Al-Bahri said...

alhamdulillah
dan tahniah en saad.
smoga rezeki kian bertambah
dengan kehadiran dirinya.
~The baby hve a brave mother and a smart father.

l.i.f.e said...

CONGRATULATIONSSSSS
AND
CELEBRATIONSSSS

Alhamdulillah mereka selamat.
Akhirnya, Amir jugak ko letak eh saat :D

situmas chicken said...

macam tak percaya la...

Ahn Yona said...

Congratulations En. Saad upon the birth of your baby boy!

saat omar said...

ty Hanim...

Ty Ajin..aku pun feels weird jugak lol

Ty Prince nepth..baby boi.

Ty sidra Kamar..

Ty Ira i will...

Ty Jaja kopi

yeah Aidil....

C...ty :D

:D fasyali..hehe

ty Bocah..see u later

Ty SHila...

Situmaz..aku pun macam tak percaya.

Ty Fiona..long itme no see u.

P/S: oi! korang tak teruja ke dengan cerita nurse tu hahaha...