Aku ada seorang kawan. Nama dia ABU. Dia ni penyokong kuat PKR. bagi dia semua yang kerjaan buat semua salah. tak ada satu pun yang kerajaan buat yang dia suka.
Dia selalu memujuk aku supaya join PKR ni.
"Oh Saat. Marilah join PKR" kata dia.
"ha ha ha "Aku gelak aje.
"PKR hot sekarang Saat. Semua orang sokong parti pembangkang. mana ada orang sokong kerajaan sekarang. kau sorang je sokong BN"
"kah kah kah"Aku ketawa.
"Saat, sesiapa yang tak sokong PKR dia dikira minor sekarang.Minor!"
kah kah kah" aku gelakkan lagi.
"Percayalah cakap aku Saat..semua artist, seniman, pelukis, penulis, semua sokong PKR sekarang Saat. Sape artist seniman yang masih sokong kerajaan kau bagitau aku?"
Aku pun pikir...aku tak boleh sebut mana-mana nama.
"hah! mana ada Saat.Kau sorang je yang masih sokong kerajaan lagi. tak cool lah macam tu Saat. kalau semua orang tahu kau tak sokong parti pembangkang, takde siapa nak beli novel kau Saat. tak siapa nak beli lukisan kau. ...kau akan disisih nanti oleh semua karyawan tanahair Saat.dan err...takde sapa nak baca blog kau. marilah join PKR dengan aku Saat" kata Abu terus memujuk aku.
"Its oklah Abu. I am what i am. I stand where i stand. kalau takde orang nak beli buku aku, lukisan aku, apa boleh aku buat. Diaorang tu bukannya tuhan..walaupun kau anggap dia macam tuhan"
"Saat oh Saat...itulah ciri-ciri socialiast. Kita kena anggap pemimpin kita macam tuhan"
"Kah kah kah" aku gelak lagi.
"Saat ...perjuangan bangsa tu semua dah lapuk lah Saat. Sekarang ni zaman socialist dah naik balik. tak kira melayu ke India ke Cina ke, Hishamudin Rais ke....semua global sekarang"
"kah kah kah" aku ketawa.
"kau kena rebel saat. Semua artist kena rebel. kena join demonstrasi, kena pakai baju kuning.. Kalau kau tak rebel kau bukan seorang artist Saat. thats where u failed. Dengar ni saat. kalau kau tak rebel, kau bukan artist. dan kalau kau rebel kau mesti sokong parti pembangkang ..PKR"
"yelah aku tak rebel, aku bukan artist"
"Kau tak cool Saat"
"yelah aku tak cool" aku mula merajuk.
"kau tak hype Saat"
"yelah aku tak hype"
"kau ni Saat..kalau orang tahu kau tak join PKR, diaorang akan marah kau nanti"
"Apa nak marah..biasa diaorang kutuk BN baekkkk penuya, takkanlah diaorang tak boleh kena kutuk pulak"
"Kau ada kutuk PKR ke Saat?" tangannya menghunus penumbuk. Marah sangat dia.
"kah kah kah. tak adalah. Aku cakap je. Aku tak kutuk sesiapa pun. tak menyebelah sape pun. Anwar tu hensem apa"
Selepas penat memujuk aku Akhirnya dia cakap...
"Jangan ingat aku akan give up Saat. Aku akan terus pujuk kau untuk join aku join PKR semua.U my friend, i was to lead u into the right way...and theres no right way than this. "
"Thank you Abu. I appreciate your concern. Dont give up on me Abu"
"I wont Saat"
"maybe one day i'll join u dan kita boleh buat berhala yang lebih tinggi lagi" kata aku.
Abu tersengeh.
AKu tak tahu Abu marah ataupun tidak, tetapi bila dia meninggalkan aku dia tak habis-habis membebel, katanya "aku tak give up Saat, aku belum give up lagi....One day u will join us" katanya lagi sambil menggetap bibir. Geram betul dia dengan aku.
* Picture AC/DC new Album BLACK ICE...it rocks!! Go and get it now
11 comments:
enchek abu tu memang seorang yang penuh keazaman ya?
tapi kan, part nak bina berhala lebih tinggi tu yang tak tahan tu...huhuhu klakar
p/s: nak cop jadi tukang pecahkan kelapa boleh?
heh ira...i dah beli caramel tapi belum tengok...
caramel.. ?? mcm sedap je bunyik nyer.. hahahah... tapi buat hari tu lembik:(
haha jaja...caramel tu DVD lah..
abu owh abu. kalo parti tue glam kena masuk ke? gua tgk parti tue macam tempang je. br perintah 3-4 bulan da kecoh. tak payah agungkan pemimpin. kita tgk cara kije. skang semua nye t4h1!
:) so sweet, sweet thinker..
beb, fathul sokong kerajaan... hehehe...
thts y dia collect work kita :P
kah kah Ajin..Seyes ah?
lol.. a good one none the less..
susah kalu jadik conformist nih erk?.. trend obsessed.
sal dedulu PSRM cam xde follower erk?.. not that hype.
lol
PSRM tu ape Seman?
haha amir.. Parti Socialist Rakyat Malaysia..
Post a Comment