Wednesday, November 5, 2008

AKU, ABU DAN PARTI HALLOWEEN


"Abu, boleh aku pinjam topeng Anwar Ibrahim kau?"kata aku pada Abu satu hari dihujung tahun 2008.Aku tahu tentang topeng tu bila melihat satu gambar pada pilihanraya Permatang pauh yang lepas.
"Alhamdulillah Syabas Saat kau dah nak join PKR akhirnya" Dia tersenyum.
"Aku bukan nak join PKR lah Abu"
"habis tu kau nak topeng tu buat apa?" wajah Abu terus berubah.
"Aku nak pergi parti"
"Pergi parti pakai topeng Anwar Ibrahim? parti ke demonstrasi ni? Kau cakap betul-betul"
Aku nak pakai topeng tu untuk parti Halloween! tentu tak ada seorang pun pikir nak buat macam tu. tentu cool "
"Kurang hajar kau Saat!" Abu terus meletup. Aku terkejut bila melihat dia marah. Aku ingat idea aku itu akan disambut baik oleh Abu.
"pakai baju banduan sikit, pastu pakai topeng tu baru cool. orang tak pernah pikir ok haha"
"Pundek kau Saat!" jawab Abu sambil mengggengam penumbuk. Marah betul dia pada aku.Dia cakap nanti dia nak panggil semua geng Anwar nak belasah aku. Aku tak sangka dia marah sangat sampai macam tu sekali. Aku ingat dia suka dengan idea aku tu.entahlah...

tapi esoknya dia datang kepada aku sambil melenggang kangkung.
"Saat, aku suka idea kau. kalau kita kagum dengan pemimpin kita, kita akan pakai topeng dia setiap hari..baik time halloween, hungry ghost festival, or hari socialist sedunia. terima kasih Saat..kau telah tunjukkan aku jalan yg benar untuk menyatakan taat setia aku pada pemimpin agung aku" katanya sambil menyarungkan topeng itu kemukanya. Memang nampak real topeng tu bila dia pakai.
Aku menepuk-nepuk bahu Abu.
"Saat, boleh aku join parti halloween tu?"
"Boleh Abu. terima kasih kerana menyokong kami"
Aku dan Abu berjabat tangan.
"Saat, kalau macam tu kau terpaksa pakai topeng orang lain. Sebab aku ada satu je topeng Anwar. kau pakai topeng Pak Lah boleh tak?"
"Pak Lah mana ada topeng Abu. penyokong Pak lah tak fanatik macam penyokong Anwar ni (engkau le!) heheh. Penyokong Obama pun tak pakai topeng dia!"
"ye tak ye jugak Saat. lagipun pelik gak kalau pi parti halloween satu pakai topeng Pak Lah satu pakai topeng Anwar."
"betul tu Abu"
"Aku cadangkan kita kena pakai 2 topeng Anwar juga"
"Good idea Abu. tapi mana nak cari topeng Anwar yang lagi satu tu?"
Abu berfikir sebentar. Kemudian dia mendapat idea.
"MAri ikut aku Saat. AKu tau apa nak buat "
"Kita nak pi kemana ni Abu?"Aku terus mengikut Abu pulang kerumahnya. Aku bertambah risau bila Abu terus sahaja kerumahnya dan mendapatkan gergaji.
" Saat......Kita akan ke batu cave!"

Kami pun pergi ke Batu cave dihadapan patung 12 meter Anwar Ibrahim itueww.Apa yang Abu cuba lakukan aku pun tak tahu.
"Kau panjat tu pastu gergaji muka Anwar tu. Muka dia kau buat topeng untuk pakai kat parti halloween tu ok " kata Abu tersenyum.
"tapi yang ni besar sangatlah aku nak pakai Abu."
"tak apa. Ni halloween. lagipun lagi besar lagi elok" kata Abu selamba.
Genius juga Abu ni fikir aku dalam hati.
Aku pun panjatlah patung Anwar itu. Tinggi juga rupanya nak panjat. terpaksa aku pakai tangga yang paling tinggi. Takut juga aku nak menggergaji plywood itu, manalah tahu nanti ada penyokong anwar yang ingatkan aku nak sabotaj patung dia. Tapi takpe, Abu penyokong fanatik Anwar. Abu boleh backing aku kalau aku kena pukul dengan mana-mana hardcore fan the great leader ni.
Aku pun memotong topeng Anwar itu dengan gergaji karat itu. Apa Abu buat kat bawah aku tak tahu. aku tak nampak dia. yang aku nampak Abu macam tertonggeng-tonggeng. dihadapan patung tu. Aku biarkan Abu buat apa yang dia nak buat, aku kena siapkan kerja aku dalam masa yang panatas sebelum pihak berkuasa menahan aku.

Sebelum kerja aku selesai , apa yang paling aku takuti pun berlaku. Kereta Polis pun tiba-tiba menghampiri kawasan itu.. Aku gabra nak mampus. Aku cuba nak lari dengan melompat kebawah tetapi seluruh kawasan itu telah pun dikepung polis. Damn!
Polis itu terus menangkap aku dan menggari aku kebelakang.kalau polis ni penyokong Anwar habislah aku kena pukul sebab merosakkan harta benda intelek PKR, fikir ku...tetapi tidak, rupanya aku ditahan kerana......

"Encik ditahan kerana menyembah berhala!"

"menyembah berhala?" Aku terkejut beruk. Beruk pun tak terkejut macam aku " Saya cuma nak potong kepala dia nak buat topeng halloween! " jelas aku.
mati-mati polis tu tuduh aku menyembah berhala dan aku pula cuba nafikan itu semua. kemudian dia tunjuk Abu tengah tertonggeng dihadapan patung itu semacam tengah sujud.
"Abu!!" aku menjerit! tak percaya dengan apa yang aku lihat.
Abu ketawa macam kerang busuk.
"Kenapa kau sembah berhala tu Abu!" Aku mula menangis melihat nasib yang menimpa Abu.
"he he he" Abu tersengih " Apa boleh buat Saat. gua dah fanatik!"
Aku dan Abu terus digari dan dibawa masuk kedalam kereta polis. kami akan dituduh dibawah tuduhan kerana menyembah patung berhala...sedangkan itu bukannya berhala dan yang pentingnya bukan aku yang menyembah patung ituew. parti halloween entah kemana, topeng Anwar entah kemana.

Cilake punya Abu.

9 comments:

razin salleh said...

huhuhuh hahahaha kang ade yg kena pancung dgn fanatik PKR ni kang... twisted, but good stuff tho beb....

saat omar said...

Apa nak takut Ajin..kawan-kawan je baca blog ni haha.

Sweety Cutielady said...

Fiction?

saat omar said...

fiksyen lah Cutie..takkan betul2 hihi..:)

rage said...

a good one bro. damn ironic none the less.. a piece of thought.. why not make it a permanent political blog? i luv the way ya think.. :p. sick and tired of the same old things on the others blog.. daily chores.. atleast lu diff.. haha.

kenkadang wa pikir.. ada ka org pegi treat or trick umah anwar erk? mungkin ada ah kot.. tapi dia perform just trick. period!..lol

saat omar said...

politik blog? haha...no lah rage. i have no opinion whatsoever on politic..

kamal sabran said...

kah kah kah
A+
6 bintang
:)

Fasyali Fadzly said...

hahaha... lucu2.

Zumar Mariah said...

hahaha..

menarik.
lucu.
;)