1) So far Mohd Saat Omar tak pernah beraya diperantauan...and not attend to be.
2) awal tahun 80an dahulu, orang yang bagi duit raya paling banyak ialah yang bernilai 50 sen. Semua budak-budak berebut nak pergi rumah orang itu. Orang itu ialah Megat Junib bekas menteri kabinet :).
3) Mohd Saat Omar masih berumur awal belasan tahun bila mercun mula diharamkan. So dia pernah lah merasa main mercun kejadah semua ni. One of his feveret smell is carbaid.
4)Pengalaman menonton wayang di hari raya yang paling meriah adalah filem Pernikahan Berdarah (cuba refer post lama). Dan pada tahun keesokannya, 1989, dia cuba mengulang kemeriahan yang sama tetapi panggung Rex ketika itu terus sunyi sepi tanpa penonton. Filem yang ditayangkan adalah Harry Boy :(
5) Mohd Saat Omar prefer lemang dari ketupat. rumah dia tak pernah ada ketupat kecuali kalau orang bagi. Biasanya pagi raya lepas bangun tidur dia terus makan lemang atas meja dulu.
6)kad raya pertama yang bertulis 'Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas' diterima dari sepupunya sendiri. Ketika itu Mohd Saat Omar merasakan pantun itu sungguh kreatif sekali. Dan dia membalas kad raya itu dengan menulis 'pen merah pen biru, u marah i love u'
7) Majalah yang mesti dibeli ketika kecil menjelang raya adalah Gila-Gila.itu hadiah raya paling best buatnya.
8) walaupun hari raya adalah hari paling sesuai untuk bertandang kerumah awek...tapi Mohd Saat Omar tak pernah sempat pi rumah awek. Rumah yang dia bertandang hanyalah rumah balak sahaja.
9) Semakin Mohd Saat Omar tua, semakin kurang jumlah rumah yang dia bertandang. Satu hari dia bercadang taknak pergi rumah sesiapapun. tapi rumah yang wajib dia pergi adalah rumah saudaranya di permatang Pelanduk, kampung Gajah dan rumah mak mentua of courselah that goes without saying lah.
10) walau macamana busy pun Mohd saat Omar, ada satu tempat yang harus dilawatinya setiap kali raya...tempat itu ialah pekan Teluk Intan. dan supermarket yang dia akan naik adalah Supermarket Sungei Perak.
11) Sebab susah nak jumpa kawan-kawan lama, kerana semua dah berkeluarga dan beranak pinak, Mohd Saat Omar hanya meluangkan masanya dirumah pada hari raya dengan menonton DVD. Miss them tho..taknak admit je.
11 comments:
gila-gila raya best pasal tebal sket.boleh baca lama-lama.
ada 1 lagi... pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung (merujuk kepada kad raya) huhuhu...
slamat ari raya.... nak duit raya leh? hahahaha
ty ira...makasih bagi pantung tong tu...nak duit raya kau lasi no bank akaun..annti saya bank in kan :D
Saat,
Baca post ni teringat lak zaman mude remaje dulu. Kalau hantar kad raya atau surat kat kawan-kawan mesti letak pantun tu. Pastu lekatkan syiling 10 sen konon-kononnya duit raya. Kad raya pulak masa takder orang kat kelas sembunyikan bawah meja kawan yang nak di kasi kad raya, konon-kononnya surprise la. hahahahah
Lahai, takkan dok tgk DVD je raya nih? Pi ah balik kg... Me takder kg nak balik... Uwwaaa!!!
lol hanim..raya is the past tense ek? sweet memory..
Anga..siannya...kalau pi Semenanjung ni singgah2 le rumah saya :)
ahhh aku rindu lah nak dapat kad raya betul banyak2, pastu cabut pokok bunga mak aku sebab nak gantung kad tu. kena sebat!
dah cerdik sikit, aku angkut dengan pasu2 dia naik rumah gantung kad...best best
sekarang kad raya sumer digital!
skang ni kad raya cam dh tak brp nak laku jer...sbb org bg e-card, xpun copy paste html code kat tenet ni...
lalala~
selamat hari raya en saat~!
(ini satu cara lain utk ucap slamat hari raya gak - melalui blog)
majalah gila-gila dan majalah ujang tetap wujud hingga hari ni...
megat junib makin lama makin tua macam kita...
Selamat Aidilfitri En. Saat!
betul.
tak pergi kerumah sapa2
kita lihat siapa kawan2 kita yang benar2 ingat kita.\
selamat hari raya en saad
Selamat hari raya semua..thanks for the wish...nak duit raya datang ler rumah :D
Hi, hi!
Ada sedara kat Permatang Pelanduk & Kg. Gajah yer. Sama la..ntah2 kita besedara heheheh
-Suzana-
Post a Comment