Thursday, May 29, 2008

PROJECT A 2


Aku akan sentiasa ingat Jackie Chan's Projek A 2 .

Itu antara moment paling penting dalam sejarah aku menonton filem, kerana ;

1) aku pergi sendirian sebagai kemuncak hidup aku yang ketika itu mula enjoy the pleasure of being lonely boy.

2) first time aku menonton filem kantonis dan kemudiannya menjadi habit

Aku dulu sekolah Horley Methodist. Sekolah tengah pekan. Dari hujung bangunan itu aku boleh melihat panggung Capitol. Aku boleh melihat setiap minggu poster besar dipawagam itu (yang dilukis dengan tangan ) bertukar ganti.

tapi bukan itu yg menarik perhatian aku, yang membuatkan aku teruja menonton filem itu adalah Aman. ya budak yang aku pernah ceritakan sebelum ini.

Aman sebelum ini sibuk menceritakan betapa hebatnya filem Project A. filem yang ditontonnya beberapa tahun lepas. jadi dia mencadangkan aku menonton project A part 2. Aman ketika itu bekerja menjaga kedai bapanya, kedai Masrit yang hanya beberapa langkah didepan rumah aku.

maka pada hari yg ditunggu aku pun mengayuhlah basikal ke panggung Capitol hari Ahad kot rasanya. yang bestnya ketika itu aku memakai baju batik (kah kah kah..budak kampung nak pi tgk wyg kenalah dress up sikit kaennn?)

maka sampailah aku ke teluk intan pagi tu untuk menonton wyg pagi. Aku cuma ada satu masalah je sekarang.....nak beli tiket. How? masalah aku adalah;

1) apa yang perlu aku sebut dikaunter..adakah aku kena sebut tempat duduk yg aku nak?
atau apa?

Masalah ni simple je tapi entah kenapa jadi problem yg sangat besar bagi aku. Jadi aku tercongok depan kaunter tu buat sekian lama. orang ramai yang bertiket dah mula masuk kepanggung dah.Aku pula masih berlagak konon-konon tgh tunggu kawan(sambil sesekali melihat jam) dan satu yg aku perasan, dalam ramai-ramai itu cuma aku seorang je Melayu :(

Kadang2 bila aku rasa give up, nak sahaja aku balik terus. tapi aku cekalkan hati. Aku dah dress up hebat hari itu dan aku dah beriya menunggang basikal sejauh ini takkan aku nak berputus asa begitu sahaja.

lalu aku memberanikan diri pergi kekaunter itu (dengan hati yg berdebar) aku dah lupa apa aku cakap tapi rasanya aku hanya menghulurkan duit ke makcik Cina tu. Dia pun bagi tiket dan aku pun masuk kedalam panggung yang mula riuh rendah dengan sorak dan sorai. damn, i miss half way of the story hanya kerana aku tatau nak cakap apa kat kaunter munjual tiket tu.
Aku dpt tempat paling tepi sekali. Tapi cukup untuk melihat muka heronya dengan besar dan gagah.

Oh yes aku masih ingat lagi scene ketika itu. Seorang penjahat gemuk yang kurang hajar tengah meludah waran yang diberi oleh Jackie Chan dengan sirihnya. Ini antara scene dalam wayang yang tak harus aku lupakan seumur hidupku. dan ianya antara yang paling best.
Kemudian mereka pun bergasaklah dengan aksi koboi masing-masing.Ni juga filem jackie Chan yg pertama bukan kungfu yang aku tonton (the fighting its not like in Drunken Monster, and so on).
kesimpulannya ia satu pengalaman yg hebat. Filem itu pun hebat. its a grand scale of movies. Its funny, its violence. Its good, its crazy and its mind blowing. Aku tunggu sampai habis menonton babak-babak yang tak jadi di akhir tayangan.
Kejayaan menonton filem itu ternyata memberi kekuatan kepada aku untuk terus menonton wayang as soloist. Selepas itu aku mula enjoy menonton wayang. almost every week aku menonton wayang tak kira filem cina or Hollywood or Melayu. Mostly filem Hong Kong. kadang-kadang dua kali seminggu dan kadang-kadang 3 kali.Masa itu tiket pun murah. Hanya RM1.50. Campur 20 sen untuk parking basikal aku dah boleh menonton wayang. mak aku bagi 50 sen satu hari untuk makan kat kantin dan semuanya aku simpan (terpaksa berlapar) dan dalam 3 hari aku dah boleh tgk wayang :)
Ketika itu aku masih dalam darjah 6 dan berumur 12 tahun.
Aku mula mendapat keseronokan menonton wayang.My own escapism. Famili pun tak pernah membantah atau bertanya kemana aku pergi bila setiap petang aku keluar dari rumah dan berkayuh basikal. I consider that pawagam is my second home now. dan of course aku ada banyak kisah-kisah menarik yg aku boleh kongsi.nantilah aku cerita....or in another way, to be continue. :)


5 comments:

kamal sabran said...

aku nak belajor main tiup gading gajah dengan ko bro

saat omar said...

ha ha...actually its tanduk kerbau ok bukan gading gajah...tiup dia cam saxophone gak...tapi kdg2 aku tiup keluar, kadang2 tak keluar bunyi.

Ayu Hasman said...

erm..saat...time citer project a2 tu kuar...wa da lahir ke?

Sweety Cutielady said...

ehhh Saat.. beraninya nengok wayang sesorg.. jadi addicted to wayang eh.. nasib rumah dekat ngan PAWAGAM.. hmm da ke cerita "DRUNKEN MONSTER"? I penah nengok crite Jackie Chan tak salah Drunken Monkey.. hmmm..

saat omar said...

umah jauh Cutie..tapi sekolah dekat...kena naik beskal sejam gak ah...mane de drunken monkey daa..its drunken master..
ayu..Project A part 2 tahun 1988...sure kau dah lahir kot