hari ni hari Rabu. Dan aku masih belum isap okok.
tapi macam biasa ada sahaja perisitiwa yang membuatkan aku gatal tekak untuk merok.
1) Bateri kereta aku kong.... So aku no choice terpaksa pi cucuk duit, keluar RM250 dan beli bateri baru. Time aku dan rakan opis naik kereta dia dan nak pi beli bateri baru dia menghulurkan aku rokoknya. \Aku menolak. "Terima kasih, tak apa" jawab aku dengan penuh sopan , walaupun biasanya aku tak pernah menolak pelawaan rokok free macam tu.
tapi sebenarnya aku tolak rokok dia tu sebab dia hisap Sampoerna!! ....kalau dia hisap Winston ka, Marlboro ka or Dunhill ka sudah tentu aku ambik dan isap tanpa berfikir 2-3 kali. ahak! Apa salahnya. lagipun aku baru je hangus rm250. Aku perlu sesuatu untuk mengubat dukacita ku kerana banyak duit dah terbang .tak salah kan? kalau bukan dgn rok apa lag? (kalau bukan dgn rokok apa lagi?)
well anyway..smoking is bad bad baddddd...
I hate u cigarettes, I HATE UUUUU !!!
1 comment:
wo hooo, isap rokok pun ada prinsip, wahh, respek!!
Post a Comment