Monday, April 14, 2008

PERKHAWINAN DAN KEMATIAN


1

perkhawinan itu berlansung ditengah malam

Dan pengkebumian itu pada tengahari

Simati ditanam berseorangan

Dan pengantin baru bersemayam berdua-duaan

Antara katil yang empuk dan tanah gersang

Antara pelamin yang empuk dan kala jengking hitam


berita perkhawinan dan satu kematian

Khabarkan pada semua orang

maka berduyun-duyunlah manusia bertandang

Ada raja sehari dan ada yang telah mati

Ada yang datang berpayung

Ada yang dihantar berusung

Perkhawinan itu satu pertemuan

kematian itu satu perjanjian


mari saudara mari saudari

mari kita ramaikan

Satu perkhawinan dan satu kematian

Jangan takut saudara jangan segan

Siapa yang datang dibagi makan


2

kematian dan perkhawinan itu ketentuan ilahi

bernafasnya sebuh kampung ditangan sebuah kenduri


lelaki dengan bersongkok putih

Sesetengahnya merokok dan bersilang kaki

perempuan didapur dan telekung berwarna warni

yang muda terhenjut-henjut mengangkat hidang

Dan bila doa dibaca, semua menadah tangan

Sambil melihat yang kecil bermain kejar-kejaran


Disini kita berhimpun

Jiran tetangga dan sanak saudara

Kita kenal semua namanya dan anak siapa

Kalau tak mampu menolong memasak

yang uzur boleh datang terus bersembang

Tunggu lepas Zohor, lepas Asar lepas ISyak

Kita tunggu tok imam datang

baru kita semua duduk diruang tamu dan bersila

mengadap hidangan seperti satu keluarga


Mohd Saat Omar

2004

1 comment:

CT Cutie said...

aku comment... ni lah aku nak comment.
aku comment... ntah apa yg aku nak commentkan.
aku comment... ko suruh aku comment kan?
aku comment... dah lah ntah apa aku comment ni.. wakakakaaa