Showing posts with label Demi Masa. Show all posts
Showing posts with label Demi Masa. Show all posts

Monday, August 17, 2009

Tahniah dan Takziah.

Tahniah
Tahniah kepada Sasterawan Negara ke 10, Dr Anwar Ridhwan.

Aku pernah beberapa kali berjumpa Dr Anwar. Di majlis, bengkel penulisan dan juga ditepi jalan. Orangnya bersih, kemas, sentiasa berpakaian warna putih (kalau tak pakai baju kot) dan kecik-kecik je orangnya.
Beliau orang yang susah nak senyum.

Lepas ni siapa pula yang boleh dinobatkan SN ke 11?

Aku ada cadangan aku sendiri. Oh ye untuk menjawab soalan itu aku ada satu teka teki bodoh .

Kalau atlit lelaki dipanggil Olahragawan, dan atlit perempuan adalah olahragawati.
Kalau penulis lelaki adalah sasterawan Negara, Penulis perempuan?
Jawapannya: Sasterawan Negeri.


Ye aku harap untuk next Sasterawan Negara, Fatimah Busu boleh diangkat. Dr Fatimah Busu. Aku tak boleh berdebat panjang lebar kenapa aku pilih beliau . Mungkin kerana aku rasa sudah tiba masanya penulis wanita dihargai sumbangan mereka. Tapi yang utama adalah kerana aku hormati pilihan dia menolak Sea Write award kerana membantah kegagalan Thailand masalah pergolakan kaum/agama Selatan negara itu. And for that she deserve Sasterawan Negara……or like I suggest, Sasterawan Negeri.

Takziah.
Takziah kepada ustaz Asri, yang terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani.

Alfatihah. Arwah masih lagi muda. 40 tahun.
Kalau Yasmin Ahmad jatuh pengsan di TV3, Ustaz Asri jatuh pengsan di RTM.

Semua bersetuju Ustaz Asri mempunyai suara yang menarik. Bukan sahaja bila dia menyanyi tapi juga bila dia melaungkan azan. Termenung mendengarkan antara suara Thom Yorke , tiupan trumpet Miles Davis dan mendengar laungan azan arwah Ustaz Asri adalah satu perkara yang sama.
Kombinasi dia dan Amy Search untuk menyanyikan kembali lagu Mentari Merah diUfuk Timur adalah antara yang paling ganjil, tetapi berhasil.

Memang menarik untuk melihat sumbangan Rabbani dalam perkembangan

Pada tahun 1990, hanya ada beberapa major pergerakan dialam muzik tempatan. Kru, 4u2c, Nico dengan rap melayu, kemudian muncul pula Siti Nurhaliza. Dan gerakan atau revolusi yang paling besar pada dekad 90an bagi aku ialah kemunculan kumpulan nasyid Pop. Seperti yang ktia tahu bermula dengan raihan, kemudian Rabbani, Brothers dan lain-lain lagi.
Interesting period, kerana bila nasyid muncul ianya membawa satu style baru dalam persembahan dan gaya. Nasyid bukanlah asing dalam muzik tempatan. Pada awal 80an ada banyak kumpulan nasyid yang dibarisi oleh penyanyi wanita seperti Hijrah dan lain-lain lagi (aku lupa namanya tapi M Nasir ada mencipta lagu untuk kumpulan2 ini) . Yang kita boleh lihat di RTM setiap hari Jumaat (shooting di public spaces dengan pemandangan air terjun ) tapi akhirnya kumpulan nasyid wanita itu tenggelam dalam arus perdana . Walaupun ada antaranya yang terus merakamkan ambul but it remains underground.

Kemunculan Raihan dan rabbani mempopularkan muzik nasyid ternayat memberi nafas baru kepada perkembangan muzik tempatan yang ketika itu ketandusan idea baru. Mereka hadir dengan baju yang cantik, gaya yang simple . ya ianya terus menjadi trend; baju Raihan. Kopiah rabbani dan lain-lain lagi. Album Raihan ketika itu dijual sebanyak 100 ribu unit!
Satu rekod yang aku rasa akan terus kekal untuk satu jangka masa yang lama.
Walaupun aku takde album nasyid ni, tapi aku hormat perjuangan mereka. Ya nasyid Pop adalah ‘the happening’ things in the 90s for me…

Kalau Raihan adalah Backstreet Boys dan Rabbani adalah N Sync, Maka perbandingan itu memang wajar kerana dari N Synclah terhasilnya Justin Timberlake which is…..Ustaz Asri himself. an artist that only can depends on himself alone to move on.
But of course, Ustaz Asri is more than that.

Di facebook, ketika memberi komen tentang kematian arwah, aku menulis "Yang baik-baik pergi meninggalkan kita , Yang tinggal kat dunia sekarang hanya orang-orang jahat macam kita ni"

Wallahualam.

Thursday, August 13, 2009

Writers Block of a Blog's Writer # 2

Antara anak, student dan menulis.(dan juga hubungan dengan tuhan)

Antara hobi, tanggungjawab, Amanah, beban dan juga DVD pirates.

Aku kena selalu ingatkan ini. Bila aku lost, bila aku tergapai-gapai dan bila aku cucuk duit kat mesin ATM.
Aku kena focus. Kena ambil setiap kesempatan yang ada. Masa itu emas dan demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Ianya satu struggle yang tak akan tamat.
Sekali aku menyertai Right Brain Society, aku tak boleh pandang belakang. Aku kena terus melukis, menulis dan bergossip.

Sebagai manusia aku masih belajar untuk jadi manusia..
Sebagai penulis aku masih terus meneroka kealam bawah sedar aku sendiri.
Sebagai guru aku masih cuba mendalamni perasaan dan konflik anak2 muda ni. (kenapa mereka ni lembab sangat?)
Sebagai ayah aku baru sahaja merangkak untuk menjadi ayah.
Sebagai orang yang duduk dikota aku masih lagi tercari-cari dimana KLPac (eh jangan gelak ada orang Sentul pun tak tahu mana KLPAC ok)

Aku kena kerja keras. Kejayaan tiada jalan pintasnya. Bukannya seperti highway yang boleh tekan minyak 130 km sejam. Dan juga tak ada tol. dalam dunia yang mencabar ini, if u dont work hard enough, you die. Or be nothing. Siapa nak bayar PTPTN kau?

Aku kena kerja keras. Work hard and be nice to people adalah motto kita diakhir zaman ini. (hello H1N1)
Ya aku kena kerja keras………Get Rich or Die Trying kata Ajin. Aku kata Work Hard or die Trying.

Cuma sesekali aku rasa aku perlu mengunjungi kedai2 karaoke itu.
Lama tak test power suara beb.

Monday, August 10, 2009

Writers Block of a Blog's Writer

Kadang2 aku perlu mengingatkan diri aku yang aku sedang sibuk menyiapkan tulisan fiksyen. Aku sepatutnya dalam misi yang serius. Ya kerja menulis ni bukan satu kerja yang main-main. Tak perlu membuang masa menulis benda2 macam ni….

Aku ada semua yang aku perlukan; laptop yang boleh on off bila2 aku suka.
Bangku yang membuatkan aku sakit punggung bila aku duduk tapi masih mampu bertahan untuk 2-3 jam sekali duduk. Meja yang......macam meja. Kipas angin yang berpusing tepat kepada aku setiap kali aku kepanasan. Air panas dan milo atau kopi yang mampu membuatkan aku terus panas. Dan juga CD yang membakar semangat aku.

Cuma ada satu je masalah aku. Masalah yang membelenggu selama ini. Dihadapan aku ada pokok yang dipotong rantingnya. Pokok biasa sahaja sudah cukup untuk memberi inspirasi? Tak cukup. Itu tak cukup, aku perlukan pokok-pokok itu terhoyong hayang bila tiba waktu malam, seperti biasa yang pernah berlaku dahulu. Ini pokok kering kontang tak bernyawa. Itu je dah buat aku spoilt. Penulis dan inspirasinya bukanlah sesuatu yang boleh dipeprkotak-katikkan.

Begini kisahnya...., aku tinggal disemua rumah yang kecil. Kalau Martha Graham melompat kaki kirinya menyentuh hujung sudut bilik ini dan kaki kanananya boleh sampai kedapur.Begitulah kecilnya rumah yang aku duduk ni sekarang.
Namun begitu ada beberapa alasan membuatkan neighbourhood ini yang paling sesuai bagi aku selain daripada sewanya yang berpatutan. Dihadapan ruang tamu ada sebuah tingkap kaca yang besar. Dan ditepinya ada pokok yang rendang. Kadang2 bila angin malam bertiup, daunnya membelai memanggil2 aku. Cantik bayang-bayangnya diatas laman penuh rumput itu. Kadang2 bila aku tak boleh tidur, aku layan pokok tu membelai malam. Kau yang pernah mengalaminya pun tentu tahu betapa indahnya perasaan itu bila ianya berlaku. Romantik ialah rasa keindahan pada alam.

Begitu juga dibilik kecil yang aku gunakan sebagai bilik menulis(melukis). Dari balik tingkap, ditepi jalan raya itu ada sebaris ada pokok yang cantik yang lebat daunnya. Tapi itu dulu,pokok yang rendang itu kini tinggal togel. Macam ayam yang dah dicabut bulunya. Tak ubah macam pokok di Hiroshima kali pertama kena bom dulu (Saje je aku exagerrate kasi nampak over sikit) Sejak kali pertama ianya dipotong gondol sehingalah sekarang, aku tak bersemangat lansung untuk menulis. Aku tak faham kenapa mereka buat begitu.... Sejak bila ranting pokok membahayakan manusia? Berapa banyak kes ranting pokok membunuh orang? Maka dengan itu aku declare, takde orang yang lebih aku benci ketika ini dari orang yang memotong pokok dan ranting pokok. They the worse. Splitters!

Mungkin aku perlu alihkan meja aku ini ketempat lain untuk pemandangan yang lebih cantik, tapi buat masa ini biarkah aku meratapi pokok yang telah dinodai itu. Atau mungkin aku perlu tanam pokok baru dihadapan bilik kecil aku ni Ah! Gampang!



Dan jika soalannya kenapa aku mengambil masa untuk menyiapkan tulisan fiksyen aku itu; jawapannya adalah kerana dihadapan bilik aku pokoknya dah takde kick. Inspirasi aku dah hilang bersama jatuhnya ranting dan daun-daun yang berguguran itu. Ah! Gampang.

Jangan diperkotak-katikkan intiusi seorang penulis dan inspirasinya.
(Gabbo sendiri pernah pindah negeri hanya kerana katanya negeri itu tak memberi inspirasi kepadanya Ah! Apatah lagi sebatang pokok!)

Bagi memujuk hati yang lara aku bayangkan kalau aku ada sebuah bilik dihadapan pantai yang ganas ombaknya. Mungkin aku boleh menulis terus 12 jam tanpa henti!
Tapi aku akui, imaginasi aku tak sampai kemana. Aku bukannya didepan pantai yang bergelora, sebaliknya aku di Bandar Sri Damansara mengadap pokok yang tandus puncaknya.

Kalau aku lambat hantar manuskirp kat diaorang atas alasan pokok , agaknya diaorang boleh terima tak?

Sunday, July 26, 2009

The storyteller

Bila aku rasa tiada kejadian yang mampu membuatkan aku terkejut (nothing shocking syndrome) berita Yasmin Ahmad jatuh sakit secara tiba-tiba dan berita kematiannya membuatkan aku tersentak. Dia masih lagi muda.Dia nampak sihat dan riang (dia aktif dalam blognya, membalas komen speanjang masa). Dia masih lagi mempunyai banyak idea yang boleh dipersembahkan kepada umum (dan mengharumkan nama Malaysia pada masa yang sama)


Ajin adalah orang yang paling awal memperkenalkan aku pada Yasmin Ahmad. Sejak zaman iklan Petronas dan juga filem-filem awalnya. Pernah beberapa tahu dahulu, segala topik perbincangan kami hanyalah berlatar belakangkan Yasmin Ahmad. Betapa wanita ini pandai bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan usia, dia petah bersembang dengan makcik-makcik, friendly, sederhana, dan sebagainya.dia juga tak gentar untuk berdebat dengan sesiapa sahaja, tak mengira pangkat dan pengalaman orang itu. Dan bila Ajin kagum seseorang, aku tahu, aku tiada alasan lain untuk menidakkan bakat dan kepimpinan beliau. (Walaupun aku sendiripun sebenarnya, sehingga arwah menghembuskan nafas terakhirnya tak pernah berjumpa dengan Yasmin in person)

Kemudiannya Ajin juga adalah bersungguh-sungguh mencadangkan aku membaca blog Yasmin Ahmad. Jadi The Storyteller adalah blog pertama yang aku buka dan blog pertama yang aku ketagih untuk baca setiap hari.

Di blog Storyteller aku menggunakan nama samaran John Malkovich. Dengan nama samaran ini juga aku tak pernah memberi komen atau pendapat secara serius. Aku hanya goofing around dan lebih banyak menyelit dengan lawak-lawak bodoh. Mungkin sebab itu aku bukanlah pelanggan blognya yang disukai oleh Yasmin.
Mungkin sebab itu bila beberapa tahun kemudiannya, bila terserempak dengan Yasmin dalam blog Tonton Filem, aku tulis “Hey yasmin. I was John Malkovich in your blog. Remember me?” Dia tak pernah reply. Bila aku ingatkan balik kenapa dia bersikap dingin tentang aku, aku rasa aku tahu jawapannya. Ianya mungkin sebab komen aku dari dialog Monty Python’s Life Of Brian- “Call me Loretta” things. Mungkin dia terasa aku tujukan dialog itu untuk dia tapi sebenarnya aku tak bermaksud mempersendakan beliau, Ianya hanyalah rentetan follow up lawak-lawak Monty Pythons dalam komen postnya.

Dari segi artistik, dia adalah antara few pengarah tempatan yang tahu apa yang dia nak dan dia tahu bagaaimana untuk mendapatkannya.
Aku selalu rasa yang pengarah baik seharusnya dia juga mengetengahkan orang-orang yang baik bersamanya. Tiada Scorsese mungkin tiada De Niro atau Joe Pesci, Tiada John Woo tak ada Chow Yuen Fatt , tak ada Tim Burton mungkin tak ada Johnny Depp. Tak ada P Ramlee bakat Aziz Satar, Ahmad Nisfu dan lain-lainnya mungkin tak nampak. Begitu juga dengan Yasmin Ahmad, bersama dengannya dia memperkenalkan pelakon-pelakon baru seperti Sharifah Amani, Adibah Noor dan banyak lagi pelakon muda.

Subjek matter dalam filemnyanya pula mungkin kontroversi pada sesetengah orang. Tapi itu memang tugas seorang artist untuk mengangkat sesuatu yang tidak normal dimata masyarakatnya. Tapi dalam masa ditanggannya dia memperkenalkan genre dan gaya yang jarang-jarang kita lihat bukan sahaja dalam filem tempatann tetapi dari filem luar. Nilai kekeluargaan, nilai kasih sayang sesama insan ditunjukkan dalam keadaan yang melampau(?)- keluarga menari dalam hujan lebat, mak, ayah dan anak duduk diatas tangga sambil mencari kutu, suami tua memandikan isteri dalam keadaan yang separuh telanjang (?) serta macam-macam lagi. Tapi adakah ini bukan sesuatu yang tidak nyata? Bukankah ini exaggerate yang terlampau? Bukankah ini elemen imaginasi pengarah yang melampaui batas kehidupan orang-orang kita? Tidak, menurut Yasmin lagi, apa yang berlaku adalah diambil dari babak sebenar yang berlaku dalam keluarganya. ianya sesuatu yang pernah berlaku. yasmin mahu menunjukkan kita sejauh mana batasan kasih sayang sesama insan itu boleh dipaparkan. Dan bila ianya berkenaan dengan kasih sayang, subjeknya boleh ditunjukkan semelampau yang boleh. kenapa kita harus malu dan berasa rendah diri?


Dari segi peribadinya pula, sudah tentulah bukan mudah untuk hidup sebagai Yasmin Ahmad. Siapa yang tak tahu tentang sejarah hidupnya? Tapi siapa pula yang tahu penghinaan dan kutukan yang beliau terima? Siapa yang mengikuti blognya tahu apa yang aku maksudkan. Banyak cacian dari penulis yang tak bernama yang menghina peribadi beliau. Asakan peribadi yang bertubi-tubi seharusnya melukakan hati beliau. If I were her I would give up, but not Yasmin. Dia tak pernah serik dengan cacian dan hinaan, sebaliknya dia terus membuka blognya untuk dibaca umum. beliau terus juga menggunakan blog sebagai medium interkasi dengan peminat filem.(Mungkin kerana sebab itu, tuhan cabut naywanya awal...supaya dia tak terus menderita di hina dan dicaci? Wallahualam)

Yasmin adalah celebrity terawal yang menggunakan internet ie blog untuk berhubung dengan peminatnya secara lansung. Dan sekarang, bila dia tiada lagi, kita akan ada access untuk melihat ‘nota terakhirnya” secara direct kita seperti boleh bayangkan beribu komen yang mendoakan kesihatan beliau yang masih belum diapprove dan tak akan diapprove. Yang akan kita lihat dan dengar adalah post terakhirnya, sebuah lagu berbahasa asing yang sukar untuk kita fahami maksudnya tapi jelas kesedihannya. Buat berpuluh tahun nanti, isnyallah, muzik itulah yang akan kita terima bila kita buka blog beliau.

Sebagai artist, thinker, Shes up there with P Ramlee, Sudirman, M Nasir as Malaysian great artist.

Al fatihah. Semoga rohnya dicucuri Tuhan.

Thursday, June 4, 2009

"Mereka semua baca buku, encik Saat!"

Rasanya tak salah kalau sekali sekala aku masalah kerja aku disini. Mungkin apa yang aku rasa kau pernah merasainya atau mungkin kau juga ada beberapa idea yang boleh dikongsi bersama. Atau mungkin kau tak setuju dengan beberaap kenyataan aku.


Aku cuba membuat perbandingan dengan Art n design semasa aku menjadi pelajar disana beberapa tahun dahulu dengan situasi yang berlaku di TEKA ketika ini. Aku cuba menacari apa kelebihan pelajar Art n Design dan apa pula kelebihan pelajar TEKA (sebenarnya aku lebih suka menggunakan FSP sahaja) Aku cuba menilai;
1) cara mengajar.
2) kemudahan asasi
3) Pergaulan
4) Kelas dan persekitaran.


dari segi kemudahan pengajaran sudah tentu banyak bezanya. Library Puncak Perdana berapa kerat buku tentang teater? Ruang lingkup berdasarkan studio based, ini memudahkan pelajar untuk berkumpul dan membincangkan idea2 dan teori seni. Bukan sahaja dengan pelajar sekelas tetapi dengan pelajar senior yang sudah tentunya memberi banyak pengalaman.


Pelajar AD juga mudah untuk bekarya. Dan terdapat banyak pertandingan seni Catan untuk mereka menyertai dan berpeluang untuk menang dengan hadiah yang agak lumayan. Mereka juga berkesempatan untuk menyertai mana-mana exhibition seni catan yang selalu dan kerap diadakan baik di galeri swasta mahupun galeri tempatan. sementara pelajar TEKA memerlukan persiapan yang rapi dan memakan masa untuk mementaskan sebuah persembahan. Dan juga sudah tentu duit dan tenaga. Tapi Alhamdulillah, rekod pelajar dan kalaulah kemenangan di pertandingan boleh menjadi ukuran kehebatan pelajar teater TEKA, rekod kemenangan di festival teater Kebangsaan amat memberangsangkan.

Pensyarah di AD pula sudah tentulah lebih berpengalaman, kerana factor umur dan juga mereka adalah pensyarah2 yang belajar dari guru2 generasi kedua dan ketiga perkembangan seni catan tempatan, seperti Sulaiman Esa, Ponirin Amin dan banyak lagi. Tapi itu bukan sahaja faktornya kenapa mereka boleh dekat dengan pelajar dengan lebih baik dan berkesan.. Pertamanya kerana permasalahan mereka dalam lecturing adalah lebih focus dan tertumpu. Sejak dari semester awal lagi pelajar tahu bagaimana final work mereka akan dipersembahkan, jadi pelajar ada bertahun2 untuk develop pengalaman dan pengetahuan mereka. Sementara pelajar-pelajar TEKA tak tahu naskah apa yang akan dipersembahkan mereka nanti atau portfolio apa yang harus mereka lakukan ketika final nanti (Diploma Showcase).
Kalau diikutkan pelajar di TEKA mendapat pensyarah yang lebih mesra pelajar berbanding di TEKA (berdasarkan pengamatan saya sahaja)
Atau adakah mesra pelajar di TEKA itu sebenarnya membuatkan pelajar lebih lalai lagi dalam pelajaran mereka?

Namun begitu pada pendapat saya, TEKA bagus kerana ada percampuran pensyarah dari pelbagai universiti ie 'scholl of thought' yang berbeza. Ada yang dari USM, ada yang UKN, UM UiTM dan juga dari kolej swasta.Ini termasuklah dari pensyarah2 yang menyambung pelajaran di luar negeri. Ini memberikan banyak. Semeentara Art and Design pula kebanyakan pensyarah generasi baru adalah graduate dari UiTM sendiri. Tapi adakah ini bermaksud acuan mereka adalah sama, itu memang sukar untuk dibuktikan.


Namum begitu TEKA ada kelebihannya. Mereka lebih banyak bekerja secara kumpulan. Dapat menyelesaikan masalah. Teamwork TEKA lebih menyerlah.
Sementara pelajar AD lebih individual . (kalau kau tak siapkan work kau itu masalah kau)
Dari bekerja secara kumpulan. Ini kelebihan pelajar TEKA, kerana sejak dari mula mereka dah disesuaikan untuk belajar menerima arahan dan memberi arahan. Samada konsep itu akhirnya dapat diaplikasi dengan baik oleh pelajar, itu bergantung kepada mereka sendiri.

I must admit, skill lecturer dan mengajar takes time to master.Ponirin Amin, pensyarah yang aku kagum juga katanya dia mengambil masa 20 tahun untuk menjadi mahir sepertinya. Dan jika tiada sempadan masa untuk terus belajar dan belajar, begitu juga dengan kaedah dan skill menjadi tenaga pengajar yang baik...its never ending lesson.
And that’s my struggle. But then agaian, is it the job of teacher to make the subject interesting? Maybe that’s only work in school (to make students interested with the subject) but in universities, its not part of the lecturer anymore.

In Art n design or fine art specifically its easy cause the work mudah to present. For example, for a new students, part one student akan ditunjukkan dengan karya2 terbaik pelajar senior supaya mereka boleh menilai sendiri tahap pencapaian mereka. But in theatre? Have we show them the best works of past students? No. Maybe once a while we show Dip Showcase to them, but basically its not enough.
Dan harapkan mereka untuk menonton teater? Maybe once a semester. Itupun bila diwajibkan.Kalau tidak….They have no idea what form of theatre actually.
While art students they can go to the library and pick a job and just spend hours there looking at international works and be inspire by it.
And in thetre, hard to do that. Tambahan di perpustakaan tiada koleksi DVD persemebahan yang boleh ditonton. Jadi tidak hairanlah kalau ada student teater yang sehingga ke semester 6 yang tidak pernah menonton teater. Ini tak pernah berlaku tapi tak mustahil untuk berlaku.

Tapi bagaimana pun kita cuba menghuraikan kelebihan dan kekurangannya, akhirnya ianya berbalik semula kepada para pelajar itu sendiri. Half of student acting (lebih dari setengah kukira)sebenarnya tidak berminat lansung dengan kursus yang mereka pilih.

Bermula dengan interview. Berapa kerat pelajar yang betul2 berminat untuk masuk ke Teater Program, Acting program even Skrin sendiri pun.
Tak banyak. Ive been interview students for 7 years dan masih tak ada peningkatan pengambilan pelajar sejak dari dahulu.
It odds for me cause teater diajar disekolah menengah.Maka sekurang-kurangnya mereka tahu sedikit sebanyak tentang itu. Dan jika itupun tak cukup, jika pelajar berminat , mereka sudah pastilah membuat research mereka sendiri.
Memang ada pelajar yang menyerlah selepas 3 tahun belajar teater walaupun pada mula-mulanya mereka tak tahu lansung tentang cabang seni ini ataupu; tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Dan bila pelajar tak berminat dengan kursus yang mereka pohon, mereka Cuma gradute hanya utnuk cukup syarat sahaja. Cita2 fakulti atau negara untuk melahirkan satu lagi P Ramlee, Mustapha Noor, Syed Alwi, Nordin Hassan, Faridah Merican dan lain-lain nama besar dalam teater masih lagi tinggal cita-cita.

Fakulti mencuba berbagai cara untuk menarik perhatian pelajar. Tindakan yang paling drastik adalah menukar nama fakulti dari fakulti Persembahan kepada Fakulti.Teknolgi Kreatif dan Artistik. Tapi masih gagal menarik pelajar yang baik kesini.

AM i saying our students not excellent enough ? Sounds like it but hey I cant proof that cause the latest gradution of Theatre Program, half of student Acting dapat CGPA 3 pointer above. Hows that? SO dimana buktinya pelajar kita (aku) tak bagus? Then I’ll bring another question to ponder……

Are the 3 pointer CGPA students really deserve the marks?

An acting students yang tak kenal siapa Marlon Brando is like fine art student yang tak kenal Picasso. Ataupun pemain bola yang tak kenal siapa maradona. But the fact is memang banyak pelajar pelakon masih tak kenal siapa itu marlon Brando .I know some of them didn’t know I ask them once. Kalau Ahmad yatim tak mennjadi tenaga pengajar di TEKA sudah tentu ada diantara mereka yang tak kenal siapa dia.

They not interested with their subject, they not inspire to be an actress, and most of all they don’t read books..but in the end they graduate with more than 3 pointer.
Dan bila mereka melanjutkan pelajran ke fakulti lain, melihat pelajar yang rajin membaca bagaikan satu kejutan budaya kepada mereka.
So I ask them,hows the new school?
“Susahlah encik Saat”
Susah macamana?”
“Mereka menjawab “Semua student sana lainlah cik Saat”
Lain macam mana pulak?”Tanya aku pun pelik.
Mereka semua baca buku, cik Saat!”

Huh?macamana kamu boleh score markah yang cantik kalau kamu sebenarnya tak berminat untuk membaca buku sebelum ini?

Tuesday, May 5, 2009

PWTC Pesta Buku Antarabangsa KL: Mohd Nazri beli buku aku.


Jem sepanjang PWTC sampai kesekolah Perempuan yang berdekatan.

Bukan sahaja kereta diparking kiri dan kanan jalan tetapi bas besar tersekat-sekat dalam kesesakan lalu lintas dihadapan. Nasib baik gua pergi naik motor. Kalau gua pi naik kereta dah lama gua sakit jiwa stuck dalam traffic jam wa cakap lu. Aku park motor aku dicelah-celah motor yang lain, tak jauh dari pakcik yang jual aiskrim tu. Kalau sebab tak ramai budak2 sekolah berkumpul mengelilingi pakcik kaiskrim tu, mahu juga aku singah ke gerai bergeraknya itu dan menghabiskan 2-3 ringgit aku untuk sesuap aiskrim . tapi nak control macho dan control hensem, aku tak berhenti digerai situ sebaliknya terus berjalan dengan laju walaupun aku tak lambat walaupun aku tahu, ice cram dan buku makes a good combination.
Show (show lah sangat) aku bermula pukul 3 dan sekarang baru pukul 2.05 minit. Yes kita kena punctual. Walaupun kita ni bodoh. Lembab takpe. Tapi kena tepat janji. . kena datang awal. Janji mula pukul 3 kita kena terpancul pukul 2!

Dengan baju batik jawa aku melenggang. Beberapa kanak-kanak duduk ditepi jalan sambil memegang plastic majalah Ujang. Ada beberapa signboard “use main door”. Tapi mana satu main door aku pun tak pasti. Setelah beberapa kali kehulu kehilir berpusing sampai ke Chow Kit aku akhirnya jumpa pintu masuk ke PWTC.

Ye orang memang ramai pada hari Ahad pesta Buku KL 2009. Berlanggar bahu jantan betina tua muda , orang yang ada dit nak beli buku dan orang yang hanya nak tunjuk muka (macam aku). Bukan sahaja orang muda, pakcik-pakcik yang sebaya P Ramlee pun ada tolong memeriahkan suasana. Kenapa mereka semua ada disini aku pun tak tahu, bukankah rakyat Malaysia hanya membaca 3 mukasurat sahaja setahun? takkan mereka ni semua nak beli buku? fikirku lagi. Mereka ada ke duit nak beli buku? takkan mereka ni semua tahu baca buku, fikir aku lagi.Atau mereka semua datang kesini nak tengok aku dalam sessi bersama penulis anjuran DBP itu?Lagi tak masuk akal. Akhirnya aku mengambil keputusan yang mereka ini datang ke PWTC memang kerana mereka sukakan buku.
Dicelah sudut, ditepi dinding yang tersorok ada seorang ibu yang menyalin pampers anaknya.
Dibeberapa sudut yang lain pula anak-anak kecil berkejar-kejaran.

Orang Malaysia malas membaca? Betul ke? Tapi tak mungkin statistic itu dipersoalkan kebenarannya hanya kerana ada ramai pengunjung di KL book fair ini. tapi kalau mereka kesini bukan untuk buku habis tu untuk apa? Mungkin perlu diperbetulkan statistic itu. Make it 4 pages a year…...

Tak susah mencari Gerai DBP walaupun penat bersesak-sesak aku jumpa juga tempat yang ingin dituju. Aku memberanikan diri menyelinap kecelah-celah rak buku itu. tengok buku-buku aku. Aku tersenyum sendirian macam tak percaya tengok nama aku atas kulit buku itu. Kalau aku kaya memang aku beli 10 buku aku tu dan bagi percuma kepada yang lalu lalang. But im Not Mother Theresa and Im not Bill Gates. Kau nak beli buku ni kau pakailah duit kau sendiri, fikir aku lagi.
Tepat pukul 3, Mohd Nasruddin Dasuki dan Mohd Shahidan, moderator sudahpun duduk dibangku itu. Mohd nasruddin ni memang cool orangnya. Semua Solana dijawab tenang olehnya dengan kakinya yang bersilang. Kalau tak silap aku kali terakhir aku jumpa dia, rambut dan misainya masih hitam lebat tapi sekarang dah mula beruban. Tapi apa-apa pun Mohd Nasrudin Dasuki dan Mohd Shahidan memang cool.
Dia Tanya aku jawab. Dia Tanya aku jawab.Soalan2nya seperti yang telah aku jangkakan tapi ada masa-masanya aku jawap merepek jugak. Dengan tangan yang berbelit beli tak ubah macam Bruce Lee dalam The Big Boss.
Dia Tanya macamana mula timbul minat menulis….aku kata ketika masa aku kecil ayah aku bagi diari untuk aku tulis. Dari situ mula minat menulis timbul.
Dia Tanya siapa penulis yang inspire aku..aku jawab Nora, Shahnon Ahmad dan Albert Camus( Tanya aku 100 tahun pun aku beri jawapan yang sama) ermasuklah majalah Gila-Gila dan Variasari…
Dia tanya halangan aku ketika menulis....aku jawab aku takde PC sendiri.
dia tanya nasihat kepada penulis baru....aku kata akulah penulis baru. Dan aku tak boleh basihat diri sendiri.
Akhirnya aku berterus terang, kata ku buku ini bukanlah buku yang aku nak tulis. Aku tulis ni sebab nak masuk pertandingan je. Aku juga katakan yang aku tak puas hati dengan penulisan buku ini dan kalau diberi masa lagi aku boleh menghasilkan sesuatu yang lebih baik lagiku.I'll be back, kataku . ya sempat aku promo filem baru Terminator kat situ.

Sessi itu berlansung sejam lebih. Berbuih buih mulut aku menjawab soalan-soalan En Mohd Shahidan itu. Tekak aku terasa haus. Dan memang meletihkan. My 15 minutes of fame? make it 16 minutes. (tho nobody really notice and pay attention to words we said hehe)

Dalam beribu-ribu manusia yang ada kat PWTC ketika itu, hanya ada seorang budak kecil yang beli buku Rahsia Malam Merdeka. Actually ayahnya yang belikan untuk dia dan kemudian diserahkan kepada aku untuk tandatangan. Nama dia Mohd Nazri…. Dia mungkin kurang dari 11 tahun.Aku tak tahu nak sign apa, aku Cuma tulis “Mohd Nazri……belajar rajin rajin” ….ye itu je yang aku tulis. Aku tahu bunyinya macam fake sangat tapi ko ingat aku biasa sangat ke sign2 benda macam ni?!

Selesai sahaja sessi soal jawab, bila aku melompat je keluar dari bangku itu, aku terserempak dengan sahabat lama , Din namanya. A nice young man yang memang minat dengan idea-idea revolusi dan pemberontakan. dia memang banyak libatkan diri dalam kerja-kerja NGO dan kebajikan ini. Aku kenal Din dah lebih 10 tahun. Pernah dengar rumours dia ni nak dimasukkan ke ISA. Tapi aku rasa dia terselamat.
“KAu tulis buku apa ni? Askar? Revolusi?” tanyanya bila dia tengok cover buku aku. Aku Cuma tersengih. Aku tak tahu nak jawab apa.
“Aku bawak RM50 je. Aku tak tahu nak beli buku kau ke buku Hishamudin Rais ni” katanya bergurau. Dan aku pun hanya ketawa. Ya itu memang kelakar.
“pergilah kegerai sebelah. Hishamudin rais ada buat book signing. Dekat tu je. pergilah” katanya.
“Hishamudin Rais? Where?” kata aku excited!
“kat sebelah gerai ni je”
Wow! Hishamudin Rais is here? That’s my all time favourite artist. I watch all his movie. Hes my fav indie director. Yeah, of course Im going to meet him, buy his book and get his signature. he is my fav film direcotr, my fav politic analysis and my fav men in dress” kata aku menguntum senyum.
Bila dia beredar, aku pun terus keluar dari PWTC.
Ketika aku bersesak sesak keluar dari bangunan itu, melihat semua manusia yang ada, satu pertanyaan terlintas difikiran aku... Satu persoalan yang ingin aku tujukan kepada seseorang adalah sesuatu yang berbunyi begini. “This is Kuala Lumpur Festival Book” tapi kenapa Melayu je ramai? Mana bangsa lain?
Kenapa? Tapi inilah yang berlaku biasanya di pesta Buku KL sejak dulu. Melayu je datang.
Yes In Malaysia we have set a standard. Kalau dijangka Melayu akan hadir.penuh pada satu2 acara, bangsa lain mesti tak akan datang. Dan kalau bangsa lain punya program melayu mesti tak turun and its not Alam Tam’s concert were talking about. Dimana visi One Malaysian yang kita nak capai itu? Buut then again bila difikirkan, memang ada gap berlaku antara mansyarakat majmuk di Malaysia ini. dan kita tak boleh buat apa untuk hilangkan masalah ini. We comfortable with what we are. Dan…we are all comfortable with that situation. Well itu tak penting, yang penting boyfriend Elizabeth Wong adalah lelaki Melayu. Dan yang lagi penting sekarang adalah….. Mohd Nazri dalam keadaan sihat dan sejahtera.( I should remember the name all people who bought my books haha ..)
.
Dalam aku melenggang nak balik, aku hanya mengidam satu: makan aiskrim pakcik motor itu. Tapi bila aku sampai disana, dia sudahpun tak ada. Aku doakan bisness dia masyuk hari ni. Ice cream dan buku memang satu kombinasi yang baik.
Pastinya dia akan datang lagi ke PWTC untuk festival Buku pada tahun hadapan dan menjual ais krimnya. .Aku mendongak keatas langit, hari nak hujan. Aku letakkan helmet diatas kepala dan aku rempit selaju-lajunya untuk pulang.

Dalam perjalanan pulang aku berdoa Mohd Nazri akan menjadi budak baik dan rajin belajar. :)

Terima kasih DBP.

Sunday, March 22, 2009

kematian seorang kawan

Seorang kawan meninggal dunia, Aku kenalnya sebagai Alang. Hes 32 tahun dah masih belum berumah tangga.
Sabtu petang dapat panggilan telefon dari kakaknya. Katanya Alang tak sedarkan diri dan dia sekarang berada di Hospital Ipoh. Kemudian aku keliru samada dia bagitahu yang Alang sudah meninggal dunia ataupun tidak sedarkan diri? Aku tak pasti yang mana satu. Tapi kami mengambil keputusan untuk pulang ketapah pada waktu itu juga.
Sepanjang perjalanan aku dan emak sibuk mempersoalkan punca sebenar dia dimasukkan ke hospital. Apa penyakitnya yang sebenar? . Alang tak pernah menghebahkan tentang sakitnya. Its all too sudden. Apa punca sebenar dia tak sedarkan diri?

Sampai di Tapah pukul 9 malam baru dapat lagi satu telefon its official hes death.
Setiba dirumhanya orang sudah mula ramai berkumpul. aku dudul bersila dengan jemaah lain . tak lama Kemudian van hospital datang membawa mayat. Dan mayatnya terus dibawa masuk kedalam rumah.
Aku memberanikan diri duduk disisi mayat. Its official hes death now. I look at his mom. Dia seorang wanit yang tabah. I know its hard for her to tell the same story agaian and again the same question agaian and again of how anak lelakinya itu meninggal dunia. Dia nampak tenang.
It’s a tragedy. Dalam masa tidak kurang 5 bulan, kedua-dua anak lelakinya yang ada pergi meninggalkan dia. Anak lelaki yang tua, 30an meninggal pada 4 januari akibat sakit dada. Dan pada bayangkan bagaimana perasaan ibunya. Kedua-dua anak lelakinya, harapan keluarga pergi dalam masa yang dekat. Ketika aku duduk mengadap mayat itu, aku takde kuasa lansung untuk mengangkat muka memandang wajah ibunya.
Alang mati akibat brain cancer. Satu penyakit yang disimpannya dari penegtahuan ibunya dan juga orang lain. Kata mereka hanya arwah abangnya sahaja penyakitnya itu tahu kerana mereka memang rapat berdua. Dan pada pagi Jumaat itulah ketika baru balik dari kerja (alang kerja tol PLUS) , selepas bersarapan pagi dan membaca suratkhabar) ketumbuhan diotaknya mulai pecah. Selepas dibawa ke hospital Tapah dia dihantar ke Hospital Ipoh. Ketika ini semuanya sudah terlambat bagi dia. Dia meninggal pada hari Sabtu 5.30 petang.
Aku mulai kenal Alang pada hari2 menganggurku. Iaitu ketika aku bari sahaja tamat grade. Alang biasa duduk dihadapan rumah aku ketika petang untuk menghisap rokok dan bersembang2 dengan arwah ayah aku. Selain bertukar2 cd, Kami bersembang tentang filem2 baru dan juga tentang budaya pop.
Sejak aku mendapat kerja di Shah Alam, 7 tahun lagi aku mulai jarang berhubung dengan arwah. SMS terakhir yang aku dapat darinya ilaha bila dia melihat gambar perkhawinan aku keluar disuratkhabar dan dia menyatakan minatnya untuk bermain kamera LOMO.
Dia seperti yang dikatakan oleh ayah saudara, dia seorang yang lurus. Dia memang kuat menghisap rokok. mak cakap dia kuat makan tapi badannya kurus.
Dia satu-satunya kawan yang aku kenal di Tapah Road.
Kematian Alang membuatkan aku berfikir, apa yang membuatkan manusia gembira dalam kehidupan ini? Ianya terlalu awal buatnya. Ianya terlalu pantas. Life is short . Dia masih muda-32 tahun dan masih belum berumah tangga. Untuk menyedapkah hati kita mengutarakan kata-kata ini; Tuhan lebih sayangkan dia.
If his death doesn’t inspire me to be a grateful man, a good man..i don’t know what else.
Kematiannya satu tragedi dan seharusnya ia menginsafkan aku.

Tuesday, December 2, 2008

JAJA THE BRAVE AND SIMPLE TWIST OF FATE

Ketika itu aku dah pun tertidur.Jaja sms aku pukul 12 lebih katanya dia dah nak masuk ke labour room…Kalau aku ikutkan hati aku untuk terus tidur maybe aku terlepas peluang menyaksikan peristiwa bersejarah ini. Dalam hati aku Cuma berkata “ Jaja,Its better be real now or U owe me a sleep (lain macam je bunyinya hehe)

Aku pun terhegeh-hegeh ke hospital selayang. Aku pecut kereta 160 km sejam that would make Jerry (a friend of mine who really obsess with speeding) really proud of me.Ketika memandu dalam gelap dan mamai2 aku tertanya2 boleh atau tidak pak guard yang berpakaian seperti tentera itu membenarkan aku masuk ke hospital pagi2 begini. Aku pun mula2 berkira2 jika mereka tak membenarkan aku masuk kehospital aku akan mempraktikkan segala lakonan yang aku pelajari..aku akan meraung diperkarangan hospital, aku akan cakap yang aku dari company repair air cond, aku akan cakap aku doktor. Tapi bila sampai disana dengan mudah sahaja aku dibenarkan masuk kedalam hospital.Aku Cuma cakap “Bini saya nak bersalin”
“Ok masuk” kata pak guard keturunan India itu. God bless yoga!

Bila aku sampai di wab 5B, jaja dah berpeluh2 dan bermuka monyok…actually due dia nak bersalin adalah minggu lepas, tapi sampai kehari ini, tiada tanda2 lansung baby nak keluar. AKu dah give up. Tak berank pun takpe” kata aku seakan merajuk (pada bayi atau pada ibunya?) Semalam sahaja aku hanya duduk disisi Jaja sempat menghabiskan Michael Cunningham’s THE HOUR.
Tapi kali ni aku rasa betul2 Jaja dah nak bersalin.
Aku tidur lagi disisi kerusi panjang itu berbantalkan lengan. Sepanjang itu aku hanya bertemankan MP3 aku. Dan lagu yang aku dengar sejak dari mula tadi memang aku dan tetapkan sejak dari awal tadi. Ianya lagu Sigur Ros bertajuk Svo Hijott dari album TAAK. Lagu ni aku dengar berulang-ulang sehinggalah MP3 aku weak. It’s the best momentum song with high climax. If u want to feel floating, this is the best song I could recommend to u.
Tak lama kemudian nampak Jaja diusung dengan kerusi roda ke dewan bersalin. Aku pun ikut dari belakang. Something big is going to happen kata aku hati aku ….

The first shocking is meeting Noni there. Noni actually is a sekolah menengah friend yg dah 20 tahun aku tak jumpa. Tuhan maha besar, kata hati aku sebaik sahaja melihat Noni melangkah ke labour room itu dan memeriksa perut Jaja. Tuhan maha besar, Noni yang dah lama aku tak berjumpa adalah orang yang akan tolong deliver the baby. Ya ini memang macam drama swasta lebih lagi dari drama korea dan Argentina. Tapi inilah yang berlaku. Tapi kemudian bila aku cuba berbual dengan Noni ;bertanya tentang soalan2 basic kawan sekelas yang dah lama tak berjumpa seperti kat mana dia tinggal sekarang, dah berapa anak dia sekarang, dia tak menjawab sebaliknya berpura-pura tak kenal aku. “Kenal saya ke? Kenal suami saya ke?” Dengan muka yang konon-konon terkejut amat. Mak ai pandainya berlakon!!! .kalau student Diploma Seni Lakon dah boleh jadi primadona ni. Siot je Noni! But im really glad meeting u right here right now, old friend. Its funny destiny game played on me eh? Tapi takpe for me it just a minor magic, Perjalanan hidup Forrest Gump lagi sesuatu yang sukar dijangkakan, bukan? Simple twist of fate.

Well anyway….Sepanjang jaja diletakkan diatas katil di labour room itu aku hanya duduk disebelahnya. Nampak Jaja takut. “Jangan takut” kata aku pada Jaja “Kalau jaja takut saya lagi takut” kata kau mengambil skrip Yahya Sulong dalam filem apa entah. Nurse come and go. Tiba-tiba sahaja ianya berlaku dengan pantas..seorang nurse datang dan terus merikulkan kaki Jaja dan dengan sepantas kilat bilik yang aman damai itu bertukar menjadi kecoh dan tense. Dengan sekelip mata-itu yang aku rasa, jaja terus meneran baby keluar. Aku pun mula cuak. Apa yang aku nak buat ni? Aku nak pegang perut Jaja ke aku nak pegang perut aku? Aku nak kata push (Satu lagi perkara yang aku belajar dari filem melayu) atau aku nak suruh Jaja mengucap? Akhirnya aku tak buat apa-apa..Cuma melihat nurse itu membuat kerja mereka.
“Ayahnya taknak tengok babynya?” kata nurse itu selepas Jaja terhenti berhempas pulas dari meneran. “Boleh ke?” tanya aku bodoh. Konon2 aku ni naïve dan jujur orangnya. Boleh jawab dia. Lalu aku pun menghulurkan kepala kesisi. Aku nampak ada kepala budak terselit celah alat sulit itu. Diatas kain lapik itu tertumpah darah2 bertompok-tompok.
Oh begitu rupanya ibu melahirkan anak..aku dah tengok banyak filem tapi takde filem yang menunjukkan apa yang telah aku skasikan tadi (Apatah lagi teater)

Lepas itu kami pun terus menyambung usaha untuk mengeluarkan bayi itu. Kesian juga tengok Jaja menahan. Bila terhenti aku mula terasa nak kencing. Aku hendak keluar dari bilik itu tapi segan juga takut nanti nurse tu cakap aku ni penakut. Tapi nampak susah Jaja nak mengeluarkan baby ini aku rasa 3 jam lagi pun tak habis, baik aku pergi ketandas sekarang juga. Tanpa menjelaskan tujuan aku beredar, aku pun keluar dari bilik ituew.

Bila aku pulang semula kebilik itu aku nampak ada seorang bayi terlentang disisi katil. Beberapa orang nurse mengelilingi katil itu. Jam menunjukkan pukul 3.52 pagi.

“Dah habis?” tanya aku. “Ayahnya terlambat. Baby dah keluar pun” kata nurse yang itu tersenyum. Aku melihat Jaja berpeluh-peluh lega. Disisi bayi itu Noni sempat mengerling pada aku. Kalau ada apa-apa perkara baik yang aku telah buat pada dia selama ini, dia tahu yang dia dah balas segala jasa aku dengan hadiah yang paling baik dia boleh bagi. 0-0.

Jaja is brave kata cutie. I agree.

* Hospital Selayang help deliver (?) hampir sebanyak 10 ribu bayi setiap tahun. Amir Naiful is one of them.