Masa itu ibu, tak pernahnya menipu
12 jam lagi sebelum matahari
tik tik tik jam berdetik
Mother why cant u go to sleep?
Adakah kau merasa katil itu terlalu besar buatmu?
Atau memang kau tak sabar untuk bertemu pagi
Diluar anjing lalu lalang
Ibuku tidur dengan lampu terpasang
Pagi selalunya ada jiran bertandang
DUduk didepan rumah dan giat bersembang
Waktu tengahari kipas mula berbunyi
panasnya sampai kepetang
dirumah yang sempit sekangkang kera itu
Ibu suka menonton tv
Cerita Melayu cerita dokumentari
atau apa sahaja yang ditayangkan diskirn
Banyaknya cerita orang putih
Walaupun ada sarikata
Ibuku tak pandai membaca
Wahai dinding-dinding batu
kau hiburkanlah hati ibu
Wahai dapur-dapur arang
masakkan ibu nasi, walau makannya seorang
Tidur tidurlah mata
Siang ibuku tidur
malamnya dia berjaga
Dirumah sempit sekangkang kera
Dihujung minggu kami akan pulang juga ibu
Menumbuk sambal dan menanak nasi bersama
Dan makanmu kali ini satu keluarga
Shah Alam
Mid 2005
Sajak ni aku tulis beberapa tahun lepas kematian Ayah. Ibu dirumah keseorangan takde kawan. Kebanyakkan malam dia tak boleh tidur. Takut atau kesunyian?
Sekarang ibu ada Naufal untuk jadi teman dirumah. Budak kecil yang kuat minum susu. Walau Naufal nakal, tapi takpe, ibu ada kawan.
Sunday, May 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aduh saat, sedih aku membacanye...
ya kesunyian mmg benda menyedihkan...kita semua akan alami suatu hari nanti
Post a Comment