Sunday, December 15, 2013

Ah Pek tukang jahit

di kampung aku dulu tinggal seorang ah Pek si tukang jahit. dia tinggal disebuah rumah kecil,menyewa dari tanah Wak Darmo. Ianya sebuah urmah yang kecil yang lebih hampir sebuah bilik dari sebuah rumah. Tak ada tandas dibilik itu. Setiap kali ah pek nak mandi atau buang besar, dia akan kebilik belakang yang hanya ditutup dengan guni beras pada dawai kawat besi yang memisahkan rumah Ah Pek itu dengan kedai runcit tempat anak-anak muda selalu lepak.

kami budak-budak nakal selalu mengendap ah pek mandi atau buang air besar.

Dia tinggal berseorangan dalam rumah (bilik kecil itu). Dan tak kemana-mana hampir sepanjang usia tuanya. Disitulah dia bekerja dan disitulah dia tidur,makan dan buang air. Kami tak tahu dia ada isteri atau tak, samada dia ada keluarga atau tak.Pada waktu malam yang kedengaran hanyalah lagu-lagu Cina dari siaran radio Cina dari radio buruk Ah Pek.

Dihujung hayatnya Ah Pek pernah kena pukul dengan dua orang Melayu. Yang pertama adalah dengan lelaki bernama Baharom dan yang kedua adalah dengan lelaki kurang siuman. Dengan Baharum Ah Pek kena pukul sebab salah jahit seluarnya. berdarah kepala Ah Pek dan jadi kes polis. Baharum adalah tukang kedai gunting rambut dikedai berhampiran. Baharum terkenal dengan palboynya dan beristeri dua. Baharum mahir bermain karom. Depan kedai gunting rambut Baharum ada meja karom yang menjadi tumpuan muda-mudi kampung itu. Kadang-kadang Baharum main karom sampai dia sanggup suruh orang yang nak gunting rambut tunggu sehinggalah dia selesai main. Bapak aku cukup tak ngam dengan Baharum ni. Dan seperti tukang gunting rambut yang lain, Baharum menjaga penampilannya, rambutnya dan juga janggutnya yang selalu di trim rapi.

selepas tragedi Ah Pek kena pukul, penduduk kampung mula lebih prihatin pada Ah Pek. Kami melancarkan gerakan besar-besaran mencari saudara mara Ah Pek. Satu hari datang beberapa pemuda Cina memujuk Ah Pek untuk meninggalkan kampung Melayu itu dan duduk bersama mereka. Tapi Ah Pek refuse, mati-mati dia taknak tinggalkan kampung tempat dia mencari rezeki.

Ada satu harti aku melihat Ah Pek meninggalkan bilik kecilnya dan berjalan-jalan sekitar kampung macam banduan yang baru menghidu bau kebebasan. Dia nampak gembira dan tegur semua orang.

Aku masih ingat lagi hari ibu bagitahu aku tentang kematian Ah Pek. Ketika itu aku baru balik dari sekolah asrama. Masa ibu cakap tu, aku tenah bukua peti ais sejuk mencari air sejuk.
"Ah Pek dah meninggal," kata ibu. Aku hanya mengangguk.

Kadang-kadang aku teringkatkan Ah Pek dan susah payah hidupnya. Masih lagi satu perkara absurd bagi aku bagaimana seorang reclusive menjalani kehidupannya.




.