Thursday, August 1, 2013

Video Anjing Surreal

Ianya bukan sahaja tentang isu wanita Melayu yang membela anjing. Aku rasa kita semua dah lepas frasa itu- ya, pada waktu dahulu pun ada orang kenamaan pun bela anjing.Anjing boleh dibela dan ajing itu cute. Itu kita tahu ,tapi video Cetz, awek cute yang berambut pendek itu sebenarnya lebih dari itu. Untuk mengetahui kenapa aku rasa video itu snagat provokatif adalah maka dengan lebih baik kita menganalisa videonya frame by frame.



Pada babak pertama dengan iringan lagu raya M Nasir seorang lelaki membawa anjingnya berjalan-jalan ditepi kawasan perumahan. Ianya menunjukkan, refer kepada lagu tersebut yang pagi itu adalah pagi raya. Ketika semua umat Islam sedang pergi ke masjid untuk solat sunat Hari Raya, Cetz awek cute berambut pendek itu, yang kesunyian sibuk membawa anjingnya bersiar-siar.

Babak kedua menampakkan Cetz sedang membersihkan badan anjing kepunyaannya. Kemudian diselang selikan dengan shot dia sedang mengambil air sembahyang.

babak yang paling provokatif adalah babak terakhir bila, Cetz, awek cun berambut pendek itu menyajikan anjing-anjing kesayangannya dengan kuih raya. Kuih raya yang diambil dari mangkuk kaca dletakkan dnegan terbit diatas meja yang sama level dengana anjing-anjing peliharaannya yang terjelir-jelir lidahnya.  Ini semiotic yang sangat nakal. Cetz, awek cun berambut pendek itu mungkin peminat Bunuel ataupun filem-filem Surreal Eropah barat. Siapa yang makan kuih raya dipagi raya? orang Muslim. Dan bila sebaliknya disajikan anjingnya dengan kuih raya adakah pengarah video pendek itu mengandaikan yang orang Muslim ini sama taraf, ataupun anjing itu sendiri. Itu yang aku baca dan itu yang aku nampak .Anjing makan kuih raya? Ataupun itu memang makanan anjing? Walau apapun ianya tetap bersifat prvokatif. Cetz, awek cun berambut pendek sepatutnya tahu tentang sensitiviti ini. tak ada alasan kenapa dia rasa videonya itu tak bersifat provokatif.

Aku tak nampak kenapa video itu tak menyinggung mana-mana Muslim. Ianya bukan sekadar video seorang Muslim dengan anjingnya.




.


1 comment:

Inyavic said...

Earthsurfng: Tricks, Tutorials, Career, Entertainment & More
Earthsurfng is an online community that provides people with unlimited tricks, tutorials, career tips, entertainment, downloads, photos and lots more.
http://www.earthsurfng.com