Friday, January 11, 2013

Roti

Teater Arsyad Ayub ini mungkin pemenatasan paling murni pernah diadakan oleh mana-mana fakulti di UITM. Sepatutnya lama dulu dah fakulti ini (atau mana-mana fakulti ) buat sesuatu sebagai penghormatan pada ITM's great man ini

Aku bangga jadi sebahagian produksi ini walaupun tugas aku kecil je; buat pameran dan jual tiket. Aku juga bangga dengan pahit maung dan susah payah rakan sekerja yang lain bertungkus lumus dalam menjayakan teater ini. Kalau boleh aku nak menjawat tanggungjawab yang tinggi lagi dalam pementasan ini; tetapi keupayaan dan kebijaksaan aku terbatas sebenarnya.

Aku tak sempat bersama dengan Arsyab Ayub masa aku masuk jadi student. Tapi bila aku masuk ke institusi ini namanya mekar dalam sebutan otai-otai. Ditakuti, digeruni dan juga dihormati sekali gus.

Siapakah Arsyad Ayub?

Dia terkenal sebagai,antaranya yang buat decision untuyk bagi makan roti pada waktu tengahari untuk pelajar-pelajar yang tinggal di asrama ketika itu. Mungkin sebab itu pelajar-pelajar ITM ditahun 70an dulu hebat dan power. Selain dari cikgu-cikgu Indian, Cina dan Orang Putih yang mengajar ITM ketika itu. 

Ada yang mengkelaskan teater ini sebagai.teater propaganda-aku tak setuju dengan terma itu. bagi aku ini teater tokoh. Dan walaupun ada teater tokoh yang menyerupai teater propaganda (kerana bezanya adalah senipis kulit bawang) tapi Teater Arsyad Ayub ini adalah Teater Tokoh.

Teater Propaganda adalah teater yang menyerap idea; baik politikal ataupun pahaman yang membuatkan penonton percaya kepada sesuatu idealogi watak ataupun penceritaan itu. Triumph of Will filem yang diterbitkan oleh Hitler adalah contoh filem agung propaganda itu semua kita tahu. ya.

Tapi Teater Arsyad Ayub ini menceritakan pahit maung seorang anak kampung untuk berjaya menjadi pentadbir sebuah universiti penting dinegara ini. Ya ada watak Ibrahim Ali dalam teater ini...tapi hehehe itu tak membuatkannya sebagai sebuah alat propaganda.