Sunday, September 2, 2012

Soalan-Soalan Hari Merdeka

Bila tiba masa Merdeka soalan yang biasa orang tanya adalah "Apa Erti kemerdekaan buat kamu?" disuratkhabar, majalah dan juga di TV. Semua orang Malaysia kena jawab soalan ini. Sekali dalam seumur hidup kita, seseorang akan tanya kita soalan ini.

Aku tak boleh jawab soalan ini. Kenyataannya memang memalukan. Tapi bila kau baca disuratkhabar jawapan yang ditanya amatlah baik sekali.

Kamu harap ianya telah diedit.

2) Bila tiba masa Merdeka soalan yang biasa orang tanya adalah "Apa Erti kemerdekaan buat kamu?"Aku tak boleh jawab soalan ini. Mungkin mak aku akan dapat menjawab dengan lebih baik. Dia pernah dijajah Jepun. Masa kecik dia makan ibu kayu. Dia merasa zaman komunis. Cuma masa Portugis je dia belum hidup lagi.

Adakah seseorang itu kurang patriotiknya jika dia tak dapat menghayati kemerdekaan?

Kadang-kadang aku ras mungkin ada baiknya kita tak merdeka. Mungkin kita lebih berdisplin, lebih rajin kalau dijajah atau tidtadbir oleh British ataupun Jepun.

3) Selain dari itu orang akan tanya "Apa yang paling seronoknya tinggal dinegara kamu? "
Soalan ini pun aku tak dapat jawab. Dan kalau aku jawab pun, jawapannya tak cantik dan intelligent

"Saya suka negara ini sebab ada DVD pirate"
"Saya suka negara ini sebab rakan taulan saya pakcik makcik saya ada disini"

4) "Apa seronoknya tinggal dinegara kamu?" Entah. Saya tak pernah ke SIngapore.

5) Dan kemudian mereka akan bertanya "Apa yang seronoknya tentang bandar kamu?"
Bila soalan itu ditanya semua akan menjawab "Oh sebab makanannya sedap"
" Di Melaka ada sambal asam pedas terbaik"
" Di Kota Bharu ada budu yang paling sedap"
"Di Muar ada Mee Rebus paling yummy"
Semua akan jawap makanan. Seolah-olah orang Malaysia ni hanya suka makan.

Bagaimana dengan orang yang tak suka makan macam aku ni?

.>Walaupun jawapannya makan, tapi sebenarnya makanan pilihan orang Malaysia masih lagi tak makanan majmuk. Orang Melayu (kecuali skinhead ok) tak pergi makan ke restoran Cina. Orang Cina tak pergi makan ke resotran Indian dan orang India tak makan ke restoran Kelantan.

Yang menyatukan orang Malaysia adalah makanan barat sebenarnya.
Mungkin lain kalai bila ditanya apa yang best tentang bandar kita seseorang akan menjawab A&W ataupun Burger King
"Oh makanan yang paling best ada di Teluk Intan ialah KFC. KFC dah ada disini sejak 1988. Kami ada pilihan untuk ayam goreng KFC, Spicy or Original. Tempat lain takde tau"


Tapi soalan Merdeka yang paling annoying adalah datangnya dari orang yang bijak pandai yang tujuannya hanya nak twist persoalan asas. Bila kita berkata tentang Merdeka dia akan bertanya balik "adakah kita sebenarnya telah Merdeka?" ataupun sesuatu macam "Sebenarnya kita masih belum Merdeka lagi" Bijak atau boring?

2 comments:

Aku said...

Sedikit tak bersetuju pasal makanan. Di Kelantan org Melayu pergi ke restoran Cina atau India, provided restoran tu tak menyajikan makanan tak halal la. Org Cina dan India juga pergi ke restoran Melayu yang menyajikan makanan Kelantan. Datang dari Kelantan, saya rasa kami cukup majmuk. In fact, saya rasa Malaysia ini cukup majmuk apabila melibatkan makanan kerana di Gombak dan kawasan sekitarnya juga saya melihat perkara yang sama.

saat omar said...

itu yang buat Kelantan special