Friday, March 16, 2012


Kata Dain Said, masa bergerak secara vertikal, dan bukannya horizontal.

Sehari sebelum Bunohan ditayangkan secara umum di Malaysia, Lionel Messi "The Flea" menjaringkan 5 gol dalam perlawanan menentang Champions league. Bayern Laverkursen kena 7-2 dengan Barcelona. Dunia gempar. Messi adalah orang pertama yang menjaringkan 5 gol dalam Champions League. Sebagai sindiran kepada Maradona mungkin, gol Messi telah memberi definisi baru pada hand of god katanya. Messi yang sudahpun mememenangi 3 Ballon D'Or. dia melakukan itu ketika dia masih dibwah 25 tahun!

Seseorang mula bertanya; adakah Lionel Messi pemain bola sepak terbaik dunia pernah lihat?

Keesokan harinya selepas Messi memecah rekod, Bunohan ditayangkan dipwagam-pawagam tempatan. Berpuluh-puluh blog dan status FB memuji Bunohan. Tanah Melayu jadi gempar. Antara yang memuji-muji Bunohan itu termasuklah aku sendiri. Ini event yang jarang-jarang penonton Melayu lihat. Semua memuji Bunohan termasuk tulisan blog dari blogger yang telah dijemput untuk menonton preview filem ini seminggu sebelumnya (maka lahirlah tajuk-tajuk seperti "Tuhan, terima kasih untuk Bunohan' lol) Tanah Melayu kini ada hero baru.

Mungkin soalan yang sama diutarakan pada Messi ditujukan pada filem Bunohan;adakah ini filem paling baik Malaysia pernah keluarkan?



Memang ironik dengan kenyataannya bahawa Dain Said bahawa Godard adalah influence Dain Said nya, (filem pertama yang membuatkan dia berfikir adalah filem arahan Godard) kerana bertentangan dengan kenyataan terkenal Godard bahawa dalam filem perlu ada gadis cantik dan senapang, Bunohan hampir tiada gadis cantik.
Seperti kata Nur Afifi Taib, ini filem menunjulkan maskuliti.
Kalau benar begitu, apa seronoknya filem Bunohan ini?
tak ada perempuan tak ada cinta. tak ada cinta tak ada sex. Maka boringlah Bunohan ini. Benar gitu? Jadi apa Bunohan ini? Lord of The Ring atau Planes, Trains and Automobiles?

Segala tentang Bunohan adalah tentang lelaki dan kelakiannya. dirumah Pok Wey tak ada perempuan, dirumah Cina Burung pun takde perempuan. Cina Burung so lonely dia hanya bermain dengan burung sahaja.
Di kedai kopi yang jadi waiter pun lelaki.
Di Kelantan takde perempuan ke? Bukanlah Kelantan terkenal dengan perempuan yang cantik-cantik, mana mereka?
Faizal Hussein pun berurut dengan lelaki.
Bunga Lalang pun bertomoi dengan lelaki dan bukannya dengan perempuan.
Mungkin ada adegan sex melalui bunyi moaning pada sebuah rumah diwaktu malam ketika Ilham hampir menjengah. Ah hanya dari bunyi tapi figuranya mana?


Antara 4 watak yang sudah berumahtangga hanyalah Bakar seorang. Itu sebab hidupnya terurus; kemejanya cantik, janggutnya digunting halus.
sementara Idham dan Bunga Lalang hidup tak tentu arah dan selebet.



Namun begitu Dain Said tidaklah terlalu kejam dengan membiarkan kita penonton menghayati Bunohan tanpa kelibat perempuan. Mek Yah dimunculkan akhir filem. Dan dengan style yang ya amat bergaya dia keluar dari paya dan melutut dihadapan rumah Pok Eng. Once a catwalk will always be a catwalk. there a good sigh of a great girls for your pleasure. Enough? kalau tak cukup lagi mungkin Dain said patut biarkan Mek Yah jadi serigali jadian instead of Buaya jadian.



Bunohan tak best sebab takde perempuan;is this a joke ? Unfortunately it is.

jadi Bunohan ini apa? Bunohan akhirnya adalah sebuah filem besar. Mungkin benar tulis Tonton Filem. Tuhan, terima kasih untuk Bunohan.

Ya tuhan, terima kasih untuk Bunohan. Terima kasih juga untuk Lionel Messi.


2

Menurut Dain said, ketika dalam prosespembentukan watak untuk filem ini dia hanya yakin dengan watak Ilham. Jadi mungkin kita boleh anggap disini dalam Bunohan, Ilham itu adalah pengarah sendiri. Dia yang berkelana dari Tumpat ke England dan kemudian pulang semula ke Kelantan. Namun begitu Dain said menolak idea pulang kekampung semula sebagai satu idea romantis. In a way dia menola sebarang elemen-elemen melodrama dan unsure-unsur berkaitan dalam Bunohan ini. Ini kenyataan yang tak kerana pengaruh utama dain said adalah pengarah-pengarah New Wave German seperti wim Wenders, Herzog, Fassbinder dan lain-lain lagi. Kapal sebagai kediaman Jing itu memang bnyak pengaruh dari filem Herzog bersama Kinski,Fitzcarraldo

Ketika Ilham mula sampai di Bunohan,dia meniti dilopak air dalam perjalananya ke kapal Jing. Ilham macam terpaung atas air. Macam Jesus Christ. Beberapa hari kemudian diatas air juga dia mati. Kali ini Ilham seakan terapung diatas air cetek. Di Bunohan Ilham menumpang kapal atas darat, satu lagi kisah yang sinonim dalam cerita Bible tentang nabi Noh dan kapal yang diusahakannya untuk membawa umatnya lari dari banjir besar-yang datang Cuma binatang-binatang.

Ilham, kata Dain Said lagi sejak awal lagi dia memang mahukan Faizal Hussein membawa watak itu. Watak Ilham typical pembunuh upahan dari filem-filem Hollywood B Movie Ilham tak banyak bercakap dan sangat professional-membunuh tanpa perasaan. “Aku malah tak layan budak-budak. Mu tahu perangai aku” kata lham pada Deng. Instead memegang pistol.dia memegang lawi ayam-pisau yang dikatakan un-Kelantan kata pengkritik,thus membuatkan Bunohan tak tepat dari segi antroploginya,menurutnya.

Yang menarik pada Ilham sebenarnya adalagh gaya berjalannya. Dan ini sebenarnya bukan mudah. Bahu yang santai dan gerak geri yang bersedia. Dan ini sebenarnya nampak mudah tetapi sebenarnyahanya pengalaman berlakon yang lama sahaja mampu membuatkan seseorang itu mahir bergerak seperti Ilham bergerak.’budak-budak’ tak boleh buat apa yang Faizal Hussein buat.

Ilham tak tukar baju sepanjang di Bunohan. Tanda dia mahu terus hidup dengan kesan darah dan pembunuhan yang telah dia lakukan. Dan bila dia mati ditikam oleh Deng, air surut tempat dia rebah mungkin dapat membasuh dosa-dosa Ilham yang lama.

Babak Ilham paling kawe suka adalah ketika dia dirumah yang tinggal tiang dan tangga-ketika dia cuba menaiki tangga dan cuba masuk kedalam tapi rumahnya tak berpintu dan tiada lagi ber dinding. Sungguh surreal babak itu. Dan banyak juga mainan semiotiknya-tentang keadaan diri Ilham sendiri, hubungannya dengan ayah, ibu dan adik-adiknya ,tentang keruntuhan keluarga dan macam-macam lagi.

Babak perempuan mengerang dibalik rumah waktu malam adalah babak paling famous dan cute. Sebagai seorang professional loner dan killer Ilham tidak skodeng macam Harvei Keitel dalam The Piano. Sebaliknya kegersangan Ilham itu disalurkan pada membunuh dan juga mungkin membongkar kubur.

Bakar adalah tipikal pemuda Kelantan yang opposite dari Ilham;kemas, berjanggut, bercermin mata dan guru. Nada suara Bakar adalah yang paling aku suka dalam filem ini. Lontaran dialek Kelantan yang paling Berjaya adalah dari watak Bakar ini. Dan sebagai mastermind pada jenayah dalam file mini, dia memang cool dengan nada suara yang sebegitu. Bakar seorang anak yang baik. Dia berhenti menjadi guru kerana ingin menolong bapanya dan juga meniaga. Seperti juga Ilham, Bakar juga kurang berminat dengan kanak-kanak. Dia pakai Proton kalau tak silap. Dia juga suka lepak dikedai kopi dan berbual dengan Jolok untuk menyusun strategi bagi menjalankan perniagaannya. Bakar percaya jika tanah miliknya dijual pada orang dan dibina hotel, ianya mampu menolong kewangan keluarga mereka. Tidak seperti Ilham dan Bunga Lalang yang meninggalkan bapanya disaat tuanyaa, Bakar menjalankan tugasnya sebagai anak dengan menjaga orang tuanya dan selalu menghidangkan air panas. “Bukan jenis Bakakr ni yang mintak duit dari orang “kata Jolok. Bakar seoranng yang pemalu sebenarnya.

Bunga Lalang adalah watak paling lemah walaupun kerjanya adalah yang paling keras. Namun begitu walaupun lemah, ianya sangat sesuai dengan tahapnya sebagai adik paling bongsu.Sekarang Bunga Lalang tapi dia adalah anak luar nikah-kini dia tahu bagaimana rasanya Mike Tyson ketika dia tahu dia anak bastard dahulu. Dalam bertutur loghat Kelantan,watak ini juga yang paling lemah penguasaan dialeknya. Bila mendengar Bunga Lalang bercakap, seolah-olah aku tak sabar untuk babak melibatkan Bakar dan Jolok.

Namron dan Saufi Jikan ok . Cumam takde Farid Ayam je, kalau ada Farid Ayam baru complete generasi emas pelakon Aswara dalam filem ini.

Pok Eng adalah tipikal Kelantan yang bermain wayang kulit. Ketika tuanya Pok Eng hanya spend masa tuanya bersendirian dirumah sambil mewarnakan wayang kulitnya untuk persembahan ‘terakhir’nya. Seperti Ilham, Pok Eng boleh merasakan masanya untuk hidup didunia ini tak lama.Pok Eng tak bergaul dengan orang luar atau melepak dikedai kopi macam Jolo, Bakar dan lain-lain. Dia hanya duduk dirumahnya sahaja sambil memeram rindu pada anaknya Bunga Lalang dan juga isterinya yang telah jadi buaya dipaya.Jing kata dulu Pok Eng ni buaya, means playboy. Ini sesuatu yang kita bole percayai kerana anak-anaknya juga quiet good looking (Faizal Hussein, Zaharil). Jadi bila Pok Eng hensem, maka logic jugalah dia berkhawin dengan Tengku Azura yang tinggi lampai dan cantik itu. Sebagai seorang Melayu Pok Eng memang tegas dengan soal-soal jualan tanah pelbagai. Namum begitu ketika Jolok untuk jadi orang tengah, Pok Eng menolak tawaran Jolok dengan baik tanpa marah-marah dan mengamuk-tak macam kebiasaan filem/drama Melayu dalam situasi yang sama. Selain dari iuuu Pok Eng adalah manusia biasa yang waktu mudanya banyak melakukan kesalahan, terutama dari cara dia membesarkan anak-anaknya, terutama anak tirinya. Sebagai seorang pemain wayang kulit, Pok Eng adalah superstar dan mengabaikan anak-anak memang adalah lumrah kehidupan seorang superstar.

Jolok adalah pelakon pilihan saya dalam Bunohan ini. Dia gangster kampong yang bijak dan tujuannya Cuma satu;jadi orang tengah. Selain dari Bakar kita tak tahu Jolok bekerja dengan siapa. Tapi dari gerak gay badannya kita tahu yang Jolok dah bertahun-tahun jadi orang tengah capitalist mengambil kesempatan pada orang kampong.Ketenangan Jolok memang memukau. Selepas dia dicekik lehernya oleh Sofi Jikan, Jolok masih lagi cool-dia dah biasa kena belasah dengan orang kampong agaknya. Tapi dalam diam Jolok mencari buah pelir kambing untuk membalas dendam…Jolok menjadi orang tengah bukanlah untuk hidup mewah, sebaliknya dia jadi orang tengah kerana itu sifatnya. Dia, menurut Bakar, “Suka menolong orang. Dah banyak yang orang Jolok tolong”. Dan aku percaya itu, kerana dari cara berpakaiannya Jolok bukanlah lelaki mewah. Dia memang ikhlas mahu membantu orang kampong. Lakonan bersahaja dan loghat yang power dari Jolok sedikit sebanyak membuatkan pelakon lain nampak kerdil.

Tengku Azura? Aku rasa Dain Said pilih dia hanya sebab nak torture awek catwalk ni untuk berendam dalam paya (macam Hitchcock torture pelakon2 blondenya)

Babak awal dipantai adalah menarik walaupun mudah untuk ditafsir. Imej main petri adalah sebahagian imejan surreal yang cantik (orang luar tak akan faham apa yang dua lelaki tu buat). Imej lelaki berpakaian kot dengan teknikal drawing seperti kontraktor pun mudah dibaca maksudnya. Watak kanak-kanak kecil pula menggambarkan warisan dan nilai peradaban. Ketiga-tiga karakter ini berllau tanpa masing-masing sedar kehadiran satu sama lain, menunjukkan yang ini memang satu karya kreatif fiksyen(filem) yang dirancang. Filem Melayu memang banyak adegan ditepi pantai. Tapi ianya sekadar paparan landskap yang cantik sahaja dimana para pelakon berjalan ditepinya bagi adegan-adegan mellow (most notably Os dalam Awang Spanar..heh) . Di tangan Dain Said, ianya shot yang sangat bermakna dan merangkumi segala penceritaan dan konklusi filem itu sendiri;tradisi, spiritual, pembunuhan, kematian , kelahiran semula dan kelir serta pelir yang dirobek.

Bagi aku Filem yang paling rapat dengan Bunohan ini adalah filem dari Negara jiran sendiri, Uncle Boonmee Who Can Recall…..filem Apitchatpong yang menang Cannes itu. Unsur-unsur mistikal, folklore, hubungan keluarga (rindu seorang ayah pada anaknya yang dah bertukar menjadi monyet) spiritualnya jelas bertunjangkan gaya yang sama walaupun Unclee Boonmee bercerita tentang. Cuma Uncleebonmee.... lebih dekat dihati France dengan gaya minimalnya sementara Bunohan bergerak laju dan violence ala-ala tomoi fightingnya. Entah kenapa ramai orang berpendapat filem aksi tidak sejajar dengan kehendak dan tuntutan sebuah filem-filem seni yang baik.


Masa bergerak secara vertikal dan bukannya horizontal, kata Dain Said...

7 comments:

MOLOKO said...

Aku kini dah kembali, macam Faizal Hussien dalam filem ini...yup maka ramailah yang memuji- ada yang kata nonton sampai berkali masih ketagih

MOLOKO said...

Aku kini dah kembali, macam Faizal Hussien dalam filem ini...yup maka ramailah yang memuji- ada yang kata nonton sampai berkali masih ketagih

Walid Ali said...

orang kata citer ni legend...banyak giler penyokong

saat omar said...

wb Molokoko....Saya ada blog baru...Tentang Muzik.blogspot.com...


Walid...saya ada projek baekkkk punya untuk kau

Walid Ali said...

projek apa? hahaha follow blog saya dulu http://abdulwalidali.blogspot.com/

ryann said...

coolkan filem ni

Anonymous said...

pekin tu memang budak kelantan. syukur dia tak lupa daratan.