Dalam masa 7 hari aku kena kena tahan 2 kali dengan polis trafik.
satu motor satu kereta. satu kena saman dan satu lagi aku dibiarkan lepas.
pertama aku kena tahan sebab motor takde cermin, di tol batu 3. Biasanya kalau aku kena tahan dengan polis mereka akan lepaskan aku bila tengok sticker tempat aku kerja.
"Mintak lesen dan road tax,encik"
Aku pun bagi. Biasanya polis ni kalau dah lama kerja dia ada respek sikit dengan orang. Itu beza antara polis kampung dan polis bandar-polis bandar tak peduli sangat siapa kau. Semuanya bagi mereka sama sahaja, tak kira tua, muda, melayu ,cina india.
nampak gayanya takde jalan untuk aku buat muka seposen pada dia. Dia terus buka buku samannya
Polis ni tak peduli dan tak tengok lansung sticker apa kat depan motor aku. samada dia orang baru atau dia hardcore. Sebab takde cermin side mirror aku kena saman. Bukan aku taknak ganti tapi takde du. Ah macam nilah orang working class, asyik kena saman je. aku cuma mencarut dalam hati.
yang kedua masa aku naik kereta. eh rajinnya pulak polis ni buat road block.
dari jauh aku terhegeh-hegeh pasang seat belt. Tapi cekapnya polis ni diaorang nampak aku tak pakai seat belt. kereta aku disuruh ketepi.
"encik tak pakai seat belt ya encik?"
"eh saya pakai" jawab aku.
"Tadi nampak tak pakai. Mintak lesen encik"
Aku pun bagi lesen.
Aku disuruh keluar.
Ditepi kereta ada seorang polis dengan buku saman dan memegang lesen aku. Aku bergerak kearahnya dan aku sebut
"Alamak, habislah gaji bulan ni" kata aku. Itu adalah cara aku untuk merayu pada dia. Untuk dia tahu yang rm300 bukanlah jumlah yang kecil.
Lelaki itu seorang yang otai rasanya sebab cara dia melayan aku. Mukanya sedikit terketar, aku tahu bukannya mudah untuk polis, sesiapa sahaja bagi saman kat orang.
"encik kerja dimana?"tanyanya. itu soalan biasa polis-takut kalau-kalau diaorang tersaman salah orang.
Aku pun bagi best asset aku.
"Saya kerja kat puncak perdana"
polis yang kali ni nampak hormat sikit pada pesalah. Mungkin juga kerana dia tengok janggut aku dan uban pada janggut aku. Dia mungkin mengagak yang aku ni dah tua dan pegang jawatan penting dalam kerajaan.
"Lain kali jangan buat lagilah encik" katanya dan aku mengangguk-angguk macam orang salah.
AKu lepas! aku salam tangannya walaupun pada awalnya dia cuba mengelak, takut nampak sangat terlepas.
Saturday, March 3, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment