Tuesday, January 17, 2012

Nancy

*



Hey whats up?

Apa khabar you?

Aku? OK je. badan makin letih. Kena beli akar-akar kayu yang dijual dipasar malam untuk bagi bertenaga semula. Dan juga kena bersenam.

Ada beberapa perkara yang mengganggu aku selain dari recession dan student yang masih boleh hantar assignment.

Satu daripadanya kehilangan Makcik Nasi Lemak Sedap.

Dah hampir 2 minggu makcik nasi lemak sedap tak meniaga dan aku makin susah hati. Mungkin agaknya aku ketagih nasi lemak dia. Nasi lemak telur campur paru. kegemaran aku. Makcik tu pun tahu. Kalau aku datang kedainya layanannya tak berbelah bagi. Dia seakan mahu aku tahu yang aku pelanggan kegemarannya.

Makcik Nasi Lemak Sedap memang meniaga ikut sedap dia je. Bila dia rasa dia nak meniga dia meniaga. Ikut mood dia. Itu statement dia sendiri. tapi untuk kebahagiaan perut aku dan citarasa aku, aku harap Makcik Nasi Lemak Sedap boleh meniaga hari-hari. nasi lemaknya pun harga berpatutan, RM3.20 untuk telur dan paru. Kedai simpang macam sial harganya; nasi lemak telur dan paru dah jadi RM4.

selain ketagih nasi lemak Makcik Nasi Lemak Sedap,aku juga ketagih Nancy Ajram. Nancy Ajram dah basilah Saat kata seorang kawan. Basi tak basi. Seni tak bergerak ikut kepompong masa yang menekan. Aku boleh menonton filem-filem Roy Anderson dan takde siapa boleh cakap yang filem-filemnya dah basi.


AKu sangat ketagih dengan Nancy Ajram sehinggakan pada waktu weekend bila CDnya tertinggal dipejabat aku rasa ada sesuatu kehilangan pada halwa telinga aku.

Aku tak faham Arab dan tak perlu aku belajar arab untuk mengetahui liriknya. Nancy Ajram bukannya Bob Dylan atau KRS One. Aku cuma perlu layan suara lunak manjanya.
Aku bukannya Budak-budak Cheras ataupun Joe yang layan Ayumi hanya sebab dia cute dan comel. Aku memang betul-betul dig muzik arab ni.

Ah ada sesuatu yang manis dengan muzik arab. Its very orchestrical. Ada acuan bellydance sikit yang boleh buat badan dan kepala aku goyang. Bila emo, tiada yang lebih emo dari orang arab. Tak percaya tengok perempuan-perempuan Palestin bila anak-anaknya kena tembak Yahudi.

Ada 2 album power Nancy Ajram yang aku ketagih Ah W Nos ( I Mean It) dan Ya Tab tab Wa Dalla (entah). Ada beberapa album lagi yang wajib dengar nanti aku nak suruh Jaja download dari 4 Shared.

Cubalah layan lagu Arab pulak beb. Takkan hari-hari nak dengar Ziana Zain dan Mastodon je.kalau boleh setiap album terbaik dari setiap negara, setiap bahasa aku nak layan. Walaupun aku tak dapat nak merantau kenegara orang sekurang-kurangnya inilah cara aku nak mendalami budaya pop orang luar. lagipun kata orang kalau tak sembahyang ,dengar lagu arab pun boleh dapat pahala jugak.

Nancy Ajram is Lebanese's Siti Nurhaliza. But unlike Siti, Nancy tak khawin dengan laki orang.....

hari tu aku pergi ke KLCC cari CD Nancy tapi takde jual. Marahlah aku. kalau KLCC aku tak boleh jumpa CD Nancy Ajram, mana lagi boleh aku cari?
Eh bukan ke bila KLCC banyak Arab patut ada kedai jual barang-barang Arab?




2 comments:

Anonymous said...

donlod?

Anonymous said...

aku dengar IKIM..kadang2 ada lagu Arab..aku layan jer..aku x dgr lagu Melayu sangat..lagu Melayu selalu buat aku layu dan mengantuk..nnt aku rasa nak tidor jer masa drive..rasa tak cukup nafas..bila dengar lagu Melayu terutama Ziana Zain buatkan aku haus dan nak togok bergelen-gelen air.

Sekali lagi aku yg malas nak log in.