Monday, September 19, 2011

Sekali sekala kita akan mendengar orang berkata "Saya boleh tulis skrip filem dalam masa 2 hari je"

Statement tersebut dibuat untuk mendapat kekaguman pendengar, dan membuktikan bahawa penulis seorang yang hebat bila menulis.But I beg to differ.

Skrip bukanlah sesuatu yang mudah. Dalam unsur novel dan penulisan kreatif lain, corak penulisan boleh bersifat 'meleret-leret'.

tapi treatment filem sebenarnya lebih complex dari itu. semua penulis yang pernah menulis skrip untuk filem akan akur dengan kenyataan ini. Mungkin sebab itu skrip filem biasa ditulis oleh lebih dari satu orang. Ada yang tiga dan ada yang sampai 4 orang. Draft demi draft demi draft. Good Will Hunting dirombak sebanyak 10 kali.
dan memang satu hal kebiasaan bahawa sesebuah skrip itu akan dicantas bertahun-tahun lamanya.

pada aku bila seseorang berkata yang dia hanya memperuntukkan 2 hari untuk menulis skrip filem , itu tak menunjukkan kehebatan dia menulis. tetapi ianya hanya menyerlahkan betapa cincainya dia membuat kerja.

1 comment:

walid ali said...

betul...Nak buat satu skrip bukan satu kerja mudah