Filem dan premis seni apa pun (terutama seni persembahan yang menggunakan manusia sebagai unsur atau alat untuk perkembangan karakter) perlu membuatkan penonton atau audience merasa 'care dengan karakter tersebut'.
Banyak filem Melayu takde unsur-unsur ini. terutama filem horror. Filem-filem yang aku tonton di tv pada cuti hari raya tempoh hari. Filem-filem ini gagal membuatkan audience (aku) untuk ambik peduli dengan karakter atau heronya kerana mereka berebut-rebut dan berlumba-lumba untuk menakutkan audience dengan muka-muka hodoh dari cermin bilik air, dari tepi tingkap kereta kenderaan bergerak (paling banyak)
Apa yang aku maksudkan dengan pengarah perlu membuatkan ' penonton perlu care dengan karakter' itu? ianya premis yang mudah. Pengarah perlu develop identiti dan personaliti dalam pembawakan karakter. Unsur ini boleh dilihat dengan minor introduction ataupun secara major.
benda-benda macam; pekerjaan hero, team EPL kesukaannya, makanan kesukaannya, hubungan dia dengan abang tirinya, hubungan dia dengan bossnya. Apa benda yang dia fobia dan lain-lain lagi.
lawak bodohnya pada rakan sekerja, makanan apa yang dimakan sewaktu pagi. Rancangan tv kegemaran. suratkhabar yang dia baca. gaya dia berjalan ke dapur.
cara dia mennggeliat ketika bangun dari tidur.
dan lain-lain lagi. Sekelumit pembentukan identiti juga penting sebenarnya.
Walau sekelumit pun introduction tentang peribadi watak adalah amat penting untuk membuatkan kita jatuh cinta dan ambil peduli dengan watak tersebut.
development karakter ini penting bukan sahaja supaya personaliti dan identiti karakter atau hero nampak lebih jelas tetapi juga untuk tidak membuatkan karakter itu nampak flat atau 2 dimensional.
Dalam Santau, perkembangan wataknya tak jelas sehinggakan u dont care much with the hero. Apatah lagi sebab dan alasan kenapa dia dan keluarganya disantau tak jelas.
Memang ada filem-filem horror yang didasarkan dari kejutan-kejutan horrornya semata-mata. takde plot takde apa. Yang paling jelas adalah mungkin dari filem-filem awal Sam Raimi antaranya. its a total scary shit stuff. tapai jika kita mengandaikan bahawa filem-filem sam Raimi ini takde characther development maka itu pendapat yang salah .
Filem horror tak semudah yang disangka. Ianya bukanlah satu pesta kejutan semata-mata.
personaliti karakter juga penting. Cuba baca balik Alfred Hitchcock punya pendapat tentang suspense.
Cuba tonton House of Devil. Filem mudah yang membuatkan aku rasa nak terberak dalam kain pelikat (sebab aku tak pakai seluar dalam bila aku pakai pelikat)
Itu belum aku suruh study filem-filem macam A History of Violence ataupun Death Proof untuk kaji bagaimana peri pentingnya karakter development untuk menjanjikan kemuncak yang genting.
faham? Space dan timing itu penting dalam pembentukan karakter. Jangan terburu-buru nak menakutkan audience.
faham?
ok.
Sunday, September 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
f a a a a a h a m .
Post a Comment