Monday, July 4, 2011


Aku patut menulis tentang Ajin.

Bila kau semakin tua, kelompok kawan kau semakin mengecil. yang tinggal hanyalah benar-benar kawan yang satu kepala dengan kau.

Aku dan Ajin banyak persamaan. Selain dari kami pervet dan fetish, kami juga berkongsi minat yang sama seperti suka memancing, camping dalam hutan, cintakan keindahan alam. Suka filem, seni, perempuan dan Coldplay.

Tapi sukar untuk aku letak Ajin sebagai best friend forever. Definisi itu bagi aku adalah untuk seseorang yang aku kenal mak bapak mereka, pernah lepak rumah mereka main kereta mainan, pernah makan dirumahnya;aku dan Ajin tak sampai macam tu. Tapi mana-mana kakwan baik yang aku jelaskan dengan definisi itu now gone and hilang. Aku punya BFF, Ijan, [un hilang sejak berkawin dan dia pun takde facebook.
Akhirnya tinggal Ajin seorang.

Sebagai seorang manusia Ajin adalah antara orang yang paling banyak influence aku. Dia perkenalkan aku pada blog Yasmin Ahmad, dia orang pertama yang mention Facebook being the next best thing pada aku ketika aku terkinja-kinja melayan MySpace. Dia kenalkan aku pada Harold and Kumar. Dia kenalkan aku pada Run Lola Run. Dia kenalkan aku padaKedai Tetas. jasanya itu aku tak lupa.

Ajin adalah orang pertama yang menjerit "I fuckin love my job" katanya. Dia suka mengajar.
Dan itu mungkin benda yang membezakan antara Ajin dan aku. Ajin suka mengajar dan aku benci mengajar. Ajin ada passion pada student Afrika dan aku benci student Melayu. Ajin ada harapan pada dunia. Aku sebaliknya mahu cepat menuju kehancuran.

Mendapat peluang bekerja di Lim Kok Wing mungkin perkara paling happening buat Ajin. Dia sangat happy sehinggakan hitam menjadi warna pujaan hatinya, warna pilihan setiap kali memilih baju warna. ianya karier yang membenihkan perasaan cinta pada education anak muda kelahiran Gombak ini. Akhirnya Ajin mendapat kerja yang sesuai dengan jiwanya, sesuatu yang Traffik tak mampu memberikan kebahagian padanya.
Sebagai lecturer Ajin ambik serius kerjayanya. Aku lebih banyak berkongsi masalah mengajar dengan student dengan Ajin berbanding dengan mana-mana pensyarah fakulti Seni Persembahan ini.


Aku rasa Ajin buat banyak perubahan pada Lim Kok Wing. Dan apa yang dia dah buat disana, aku tak boleh repeat disini.

Sekarang hes in big trouble. katanya Lim Kok Wing nak fired dia. Kalau betul itu berlaku aku rasa Lim Kok Wing tak adil pada stuff mereka. Hanya kerana AJin selalu lewat 15 minit datang ke pejabat. di sini, di fakulti ini kalau peraturan sama digunapakai ,lebih separuh pensyarah akan dibuang kerja! hey, ada antara mereka yang datang kepejabat punch in at 4 o clock.



Kalau betul Ajin kena fired sebab punch card dia merah 15 merah, aku rasa itu tak adil.Tak adil.
Nevertheless i feel pity for him.

Talking about life, love, carrier I think he deserves more than that. he can start by listening to The Smiths. Meat is Murder is a good album to start with.

2 comments:

razin salleh said...

aaaa sho schweet... thanks so much and let me tell u saad, i never bring anyone to my family's home i dunno why... but if thts a definition of bff then you're most welcome to come anytime....

saat omar said...

so camne? kena fired ke?