Tuesday, May 10, 2011

Parklife

Dunia penuh dengan kebencian.

Aku hanya mahu menari dengan gaya aku sendiri. AKu ingin melihat dunia dengan mata positif. Walaupun aku terpaksa korbankan kebencian aku;aku ingin menjadi Yes Man.

Aku ingin iakan semua katamu. Aku ingin mengiakan semua tanggapan dunia. Ya tuan ya puan.Yes sir. Yes boss. Yup boss. Ok boss. Yes sir ok sir.


Kalau aku mahu bercakap denganmu akau cuma perlu anggukkan kepala
"Ya tuan"
"baik puan"
Walaupun kau tak mempelawa
AKu lebih suka berdiri
Lurus
"Ya tuan"
"Baik puan"
Ada kerja yang perlu kau bereskan

Aku-tak-mampu-untuk-mengalahkanmu
Dengan hanya menundukkan kepala
Aku mahu kita satu
Aku suka kita berdua, berbual macam kawan lama tak jumpa
Kita boleh duduk dikedai mamak
Berbual sampai larut malam
Minumku hanya teh tarik
hanyanya cuma seringgit

Aku merasa amat takut sekali
kerana kau berpangkat tinggi
mengadapmu tuan-puan
Tak boleh bercakap tidak
Kena bertuan-puan
tak boleh melawan
AKu hanya perlu menganggukkan kepala dan mengiya
"Iya tuan. Iya puan. "
"Saat, ini ada kerja untuk kamu. Cuba bereskan"
"Baik tuan. Baik puan"



Aku rasa aku bagus melakukan kerja itu. Jangan complaint. Terima seadanya. AKui kebenaran. Terima hakikat. Sehari belanja jangan lebih dari sepuluh ringgit. Tengok DVD bila ada masa free. Kencing dimangkuk tandas. isi minyak mintak warna kuning.

Setakat ini hidup aku selamat. Aku tak berhutang dengan orang dan orang takde hutang dengan aku (hutang dengan bak jangan dikira) Aku mungkin ada mengecewakan sesetengah manusia, tapi itu kerana mereka berhak dapat C+.

Pagi tadi mak telefon aku ,Yong Tua kakak saudara aku yang paling tua menangis-nangis telefon dia mintak pinjam dua ribu sebab anaknya berhutang dengan Along empat ribu ringgit.Aku cakap kat mak, bagi jelah, bukan orang lain saudara dekat kita juga.

Begitulah kira-kiranya.

Semalam Safian Khalid private massage aku lagi. haha siot je facebook ni;tiba-tiba kawan lama yang dah 20 tahun tak jumpa kembali contact aku. Ah 20 tahun dulu mana kita jangkakan semua ini akan berlakukan?Gila! Hanya tiba masa untuk mereka laungkan nak buat reunion. Ah sudah tentu aku taknak datang. Aku menyombong pada kawan lama. facebbok ni, bencana atau satu rahmat? Semalam Mark Zuckerberg beli rumah baru tujuh juta.

Beberapa kawan lama mula mengeluh bila nak jumpa aku. Kini mereka mula melaungkan nak buat reunion. Aku reunion kau? meeting old friend hanya manis untuk 20 saat perkara, kemudian semuanya akan jadi dull. Dunia berubah. Aku dah berubah. Saat sekarang ni bukanlah saat yang kau kenal 20 tahun dahulu. Gua sekarang dah advance beb. Gua lepak dengan artist je sekarang. Sembang pasal art, Museum of Modern Art. Sembang pasal movie dan avant garde.
Apa kelas aku nak lepak dengan kau? Sembang tanya mana-mana member yang lain, sampai bila boleh bertahan? Gua sekarang lepak dengan Lisa Surihani beb. Gua lepak dengan Remy Ishak. Farid Kamil tu bekas anak murid gua beb, lu nak cakap apa?

Nak reunion mende gula dah naik harga

Ah dunia dunia.
Walau apa pun gua buat, gua tak rasa gua dah cuba sedaya upaya untuk mengubah nasib gua dan bekerja dengan kerasnya untuk keamanan dunia. Apa yang kau cari sebenarnya? Gua tak cari apa-apa beb. Gua cuma nak baring dan tengok TV je.

2 comments:

razin salleh said...

oit aku dh buat yahoo baru... add aku kat syahrulfikrisalleh@yahoo.com :)

saat omar said...

kau ah add aku...aku tak reti internet menet ni :D