Sunday, February 13, 2011

Antologi Surat Cinta Kita



Boleh beli buku ni sebab ada nama aku kat situ.

Siapa tak nampak nama Mohd Saat Omar kat situ tanda dia pendek umur.

Ahak.

Untuk order sila hubungi Ridhwan Saidi aka Bin Filem.

Untuk antologi ini surat cinta aku adalah bertajuk Dellani. Jangan tanya aku siapa Dellani kerana ianya tak pernah wujud. its a total fiction. Dellani pada asalnya adalah sebuah tajuk Puisi yang aku tulis ditahun 2004 ketika masih lagi bujang dan mengadap siling pada waktu malam. Lonely and hungry. Mostly hungry.

Surat ini mengisahkan cinta dari seorang lelaki kepada wanita yang tak wujud. Kononnya ia ditulis oleh cannibal terkenal Jepun yang terlepas dari hukuman maut dan akhirnya menjadi celebrity di Jepun. Dia menulis surat itu pada seorang perempuan yang tak bernama diakhir-akhir hayatnya. dia cuba mengungkai perasaan cinta yang tak pernah dirasanya. Konon-kononnya.

Bagaimana karakter lelaki Cannibal itu wujud aku pun tak pasti. pada asalanya ianya ditulis oleh sebuah nama random. tetapi pada suatu hari bila menonton tv aku terdedah dengan kisah lelaki cannibal itu menjalani hari-harinya tuanya. Disitulah datangnya idea mengarut untuk surat ini.


Kalau anda masih dahagakan membaca surat-surat cinta, bolehlah ke Book Excess di Amcorp Mall untuk membeli buku Love Letters by Great Men and Women.

7 comments:

Sally said...

tak boleh beli online ker..hhehe

syahrulfikri said...

congrats!!

sastraboy said...

eh, dah boleh beli ke?

ryann said...

wahh..nak belilah. sebab ada mislina

Bin Filem said...

Terima kasih, cara-cara mendapatkannya:

http://binfilem.blogspot.com/2011/02/rupa-asck-antologi-surat-cinta-kita.html

MOLOKO said...

Emmm..saye pun nak beli..support kengkawan!

huda dini aqilah said...

Antologi surat ya? Atau cerpen?