Tuesday, August 31, 2010

7

Jaka Sembung; I must have watched this 100 times when I was a kid.

ABU dan Bakar Bendera


Abu mencadang agar aku menyertainya untuk projek pijak bendera Indonesia.


Tapi aku ada alasan baik untuk refuse pada cadangannya itu.


“Sorry Abu, kaki aku sakit. Jangankan nak pijak bendera negara orang, jalan pun aku tak larat”

“Ok kalau kau tak larat pijak bendera, jom kita bakar bendera” kata Abu konfident.

”Oh Abu. Tidakkah kau belajar yang kita harus hidup dalam rukun dan saling menghormati?” kata aku mencuri dialog dari filem Braveheart.

”oh saat! U so lame. Fight fire with fire ok Saat!” jerit Abu lagi. Dan ketika itu tahulah aku yang tiada siapa dapat menahan dendam Abu itu.


Dan buat seketika aku tiada alasan untuk menafikan sifat patriotiknya itu.


Entah kenapa Abu begitu terusik dengan peristiwa demonstrasi rakyat Indon membakar jalur Gemilang. Like all Malaysian we all can let the event go and continue with our lifes. Human being burn everything from cigarettes and oil;so why not a flag?


Ianya hanya bendera anyway. Dan bendera takde soul.


But not Abu. He takes this personally.


He love Indonesia and its people. But now he thinks they dragged this conflict far too much.


Mungkin sudah tiba masanya Abu bertindak lebih patriotik, mengikut acuannya sendiri. Aku takde masalah kalau Abu rasa dia patut membalas dendam dengan membuat benda yang sama pada bendera Indonesia. Cuma aku tak boleh menjadi partners in crimenya.


Kalau Abu nak balas dendam dan bakar bendera Indonesia, he have to do it on his own.


Im the next generation of the next generation. I don’t give a fuck about such things.


Abu tak berputus asa untuk meyakinkan aku untuk membantu dia melaksanakan projeknya.


”Abu, aku hormat orang Indonesia dan negaranya. Aku membesar dengan Dukun Lintah, jaka Sembung, Sundel Bolong, Damarwulan, Dono Kasino Indro, Ateng, Sibuta dari Gua Hantu dan lain-lain lagi. Masakan bisa aku memberantakan dengan orang yang aku sayangi” kataku lagi dan kuharep agar Abu faham maksudku ini.

”lagipun kita serumpun deh. Ngapain kita harus merampuk sesama sendiri?”

Tapi akhirnya aku akur pada ajakan Abu bila dia berkata;

“Kalau kau tolong aku Saat, aku upah kau RM5”

Dan hanya dengan itu aku setuju untuk membantu Abu membakar bendera Indonesia.


RM5 memang bukan duit yang banyak, but hey! Money is money.


Lagipun aku tahu, kalau aku ignore Abu dia sudah tentu akan melakukan juga projek itu walau tanpa mendapat bantuan sesiapa.

How can I put his life into risk.


Kami pun mula membuat rancangan. Dan biasanya kalau ianya adalah rancangan Abu, its a very genuine and genius plan.


Kedutaan Indonesia

Malam merdeka, ketika mat-mat rempit bergegas ke Dataran Merdeka, aku dan Abu bergerak ke kedutaan Indonesia.


Tapi rancangan kami mendapat halangan bila kawasan itu dikawal ketat oleh pak polisi.

.

Abu mengeluh panjang. Dia kecewa yang amat sangat.

”Sudahlah Abu, kita lupakan saja rancangan kita ini. Baik kita bakar mercun dari bakar bendera”

”Aku belum give up lagi Saat!”

“JAdi apa yang harus kita buat sekarang”

”Kita akan teruskan rancangan kita untuk bakar bendera negara Joko Suprianto itu”

”Tapi bagaimana Abu? ”

”Kita lukis balik bendera Indonesia tu...dan kita bakar ditengah-tengah Dataran Merdeka! Biar semua orang lihat !” Sungguh bernas idea Abu itu. Dan juga radikal......... Tapi Cuma ada satu masalah.


”Aku lupa macamana bentuk bendera Indonesia” jawab aku sambil tertunduk ketanah, sedikit kesal sebab tak ambil geografi masa SPM dulu.


”Aku pun lupa design benderanya. Kalau tak silap aku, designnya lebih kompleks dari bendera negara kita . Ah sialan! Susah benar nak lukis bendera Indonesia ni, mengalahkan bendera Malaysia lagi” Abu menjerit melepaksan geramnya. Satu alam bergema dengan teriakannya itu.


”Ayuh kita ke construction site, disana pasti ada banyak bendera Indonesia sedang berkibar dirumah plywood itu” Kata Abu melontarkan satu lagi idea bernasnya dan kami terus bergerak laju.

Di langit bunga api besar berteriak dilangit gelap memecah kesunyian malam, tanda jam sudahpun melewati 12 tengah malam.



Dihujung kontena disebuah construction side dihujung bandar berkibar bendera Indonesia dengan megahnya. Abu mula meneyeringai nakal.


Kami telah jumpa apa yang kami cari.

Tanpa membuang masa Abu terus menurunkan bendera itu kebawah tanah,

“ Siapa yang design bendera Indonesia ya? Ianya simple dan cute”kata Abu.

“yeah putih dan merah, warna kegemaran aku ” jawab aku.


Abu mula mengeluarkan mancis api dari kocek seluarnya.

“So whose design bendera Malaysia?” tanya Abu, sempat dia meninjau sekeliling kalau-kalau ada orang Madura yang memerhatikan gerak gerinya.

“Aku tak tahu. Ianya sudah tentu dipengaruhi dari bendera United States of America. Jangan salahkan pereka designnya. Bukan salahnya secara total. Dulu masa ada School Art and Design.

Lagipun produk Malaysia memang tak bagus designnya. Tengok sajalah penerbitan-penerbitan buku utama dinegara ni., sampai sekarang design mereka masih - ”

“OK stop lecturing me about design ok Saat.mari bakar bendera ini sekarang. Hutang darah dibayar dengan darah. Ayuh kita mulakan.”


Tiba-tiba entah dari mana, datang segerombolan pemuda Indonesia mengelilingi kami. Melihat daripada kulit dan rambutnya kami yakin mereka adalah pekerja kontrak disitu dan sudah tentu mereka adalah orang Indonesia yang bangga dengan negaranya serta mungkin juga menghafal lagu-lagu Peter Pan.


“whattafuck! Bung mahu bakar bendera Indonesia ya?! Mahu balas dendam ya? ” Jerit salah seorang dari mereka.

“Buang mancis api itu. Kalau bung nyalakan bendera itu dengan api maka jantung bung jugak kami akan bakar dengan fire ini.” Jerit seorang lagi yang bernama Suhartono Sujoko.

Aku dan Abu mula menggelabah beruk.


Mancis api tejatuh dari tangan Abu. Tangannya terketar-ketar.

Tanpa disedari aku dan Abu mula terkencing dalam seluar.

”Sialan lho!” Jerit salah seorang dari mereka.

”Dasar brengsek Malaysian kapitalist!”

”Maid torture!” Jerit seorang lagi dalam slang Inggeris yang pekat.


Aku dan Abu terus termanggu tak bergerak. Jumlah mereka yang mengepung kami semakin banyak ketika ini.Ada juga yang datang dengan patung Barongan.

Tiada jalan untuk aku dan Abu melarikan diri. Dan air kencing ketakutan yang mengalir semakin kuat sehingga menitis ketanah. Abu menutup seluar dan zip kami yang basah dengan bendera itu. Sudah tentu ianya memalukan kalau pekerja kontrak ini dapat tahu kami terkencing dalam seluar.


Jalan Keluar dari Kepungan Mob Indon

“Tengok! Jaka Sembung!”

tiba-tiba Abu menjerit sambil menunjuk kearah bertentangan. Bila semua pekerja kontrak Indon itu berpaling mencari Barry Prima ,tanpa berlengah lagi aku dan Abu terus melangkah seribu meninggalkan tempat itu. Kami pun berlari sekuat hati.


Sejam berlari kami mula duduk dikedai mamak ditepi kolong dan minum kopi.


Abu tampak kecewa, tapi sesekali dia tersenyum sendirian.


“Maafkan aku Abu sebab aku tak dapat membantu kau membakar bendera Indonesia” ujar aku hampa. Aku harap dengan pujukan itu Abu akan kembali tenang dan melupakan perihal untuk membalas dendam ini.

“Takpe , walaupun aku tak dapat membakar bendera Indon, tapi aku dah terkencing padanya” kata Abu dengan senyum sinis



Siot je Abu.Nakal sungguh…..

2 comments:

ryann said...

halusnya cara abu itu.hahaha. btw teringat betul kt jaka sembung.

SHAH MOLOKO said...

Abu mungkin tak tau- yang saat omar memang fan filem semi stag indon 80's especially....hoho- aku pun layan filem2 indon tuh on VHS bro- very lite porn! Ups!!