Tuesday, June 8, 2010

hey


Lori yang akan digunakan oleh Jaguk dan Jono dalam racing.


Filem Rempit boleh jual.

Semua percaya pada statement ini. Well maybe not if youre Dr Romzey.

kalau ada diberi peluang untuk buat filem mat rempit, kisahnya akan jadi macam ni.

Jeng jeng jeng....

Mat Rempit The Next Generation: Clash with the Indons.


Jono adalah pekerja kontrak dari Indon yang illegal. Dia bekerja di Malaysia atas nama untuk cari rezeki dan sesuap nasi. Walaupun JONO bekerja kontrak tapi JONO sebenarnya adalah seorang sasterawan. Ketika membancuh simen, dia selalu melagukan puisi-puisi Chairil Anwar, Amir Hamzah dll.
Satu hari seorang budak tempatan bernama MALIK yang meminati sastera Indon telah terpesona dengan kata-kata JONO. JONO bawa MALIK balik kerumah papannya dan

Malik adalah tipikal remaja tempatan yang embrace budaya pop dan muzik Indon. Dari JONO dia berguru tentang karyawan Indon dan juga muzik2 Rock dari Indon.

Mereka bertukar-tukar idea dan gaya kehidupan. Suatu hari MALIK mengajar JONO yang tak reti naik motorsikal.
Mereka pun mula merempit berdua. JONO yang dulu tak reti naik motor kita mula berjaya menghayati gaya hidup hedonisme seorang rakyat tempatan.
JONO pusing2 motor itu dan 'terkentut' dihadapan JAGUK, seorang mat rempit terkenal dari Kampung Medan.
JAGUK kejar JONO dan mencabarnya untuk merempit.
MALIK cubam enghalang kerana dia tahu JONO masih belum bersedia dengan JAGUK yang handal itu.

Sebagai anak Indon, JONO menyahut cabaran JAGUK itu.
Mereka merempit dan JONO akhirnya tinggal 8 tiang.
Dan bukan itu saja, JONO telah terjatuh dan patah tangan. Dia terlantar di rumah papannya. MALIK sebagai kawan telah menggantikan tempat JONO membancuh simen.

Bila JONO telah pulh, dia bersedia untuk merempit dengan JAGUK. Kali ini MALIK membenarkan JONO untuk bertanding.

Kali ini perlawanan mula mendapat tempat.Ramai pekerja kontrak Illegal mula turun memberi semangat. Ini termasuklah pekerja Bangladesh yang pernanh bergaduh dengan JOKO dan kawan-kawan. Bendera Malaysia dan Indonesia mula dikibarkan dipetak perlumbaan.

Kali ini JONO berjaya mengalahkan JAGUK.Seisi pekerja kontrak meraikan kejayaan itu.

JAGUK yang tak puas hati mula merancang next perlumbaan.
Kali ini JONO mencabar JAGUK agar berlumba dengan lori pula.
Kawan-kawan JAGUK cuba menahannya kerana mereka tahu JAGUK takde lesen memandu lori. Tetapi kerana bongkak, JAGUK menerima cabaran itu.

Mereka berlumba dan JAGUK telah kemalangan dan mati.

Kematian JAGUK membuatkan abangnya MEGAT berkobar-kobar untuk membalas dendam.

Mereka mengupah pemandu lori paling buas di Malaysia untuk berluma dengan JONO.
Mereka mendapatkan bantuan SATHIYA(ada unsur-unsur 1Malaysia disini ya) seorang pemandu lori tegar untuk mewakili mereka.

hari yang dinantikan pun tiba. SATHIYA dan JONO mula berlumba dengan lori mereka.
Mereka masuk ke tengah-tengah bandar dan membuatkan jalanraya menjadi sesak.
beberapa pemandu lori yang lari turut mengejar.

Untuk menyelamatkan JONO (kerana MEGAT merancang untuk membunuh JONO selepas tamat pertandingan) , MALIK telah melaporkan perlumbaan haram itu pada pihak polis. Selepas perlumbaan itu yang dimenangi oleh Jono. JONO, MEGAT dan SATHIYA telah ditahan polis.

* Ketika MEGAT dan SATHIYA dibebaskan, JONO dihantar pulang ke Indon.

Setiap kali terlihat budak-budak Mat Rempit melintasnya, Malik teringat kenangannya bersama pekerja Indon bernama JONO.

TAMAT.




* Ada beberapa alternate ending sebagai pilihan.

1) JAGUK tak mati tapi cedera. Selepas tamat pertandingan Lori, JAGUK yang takde kad pengenalan telah dikumpulkan bersama-sama pekerja Illegal Indon yang lain. Dia yang ketika itu kebetulan memakai baju Dea 19 dan berambut ketak tak ubah seperti pelarian Indon.
Dia dan JONO akhirnya telah dihantar pulang ke Indon.
Di Indon dia merasa asing dikawasan terpencil.
Suatu hari ketika ditepi jalan, dia terlihat seorang mat rempit melepasinya. maka dia tahulah itu JONO.
Dia pun mencari JONO dan bila bertemu, mereka pun mula merempit bersama.

TAMAT

5 comments:

Idmalina Mohamad Ideris said...

hahahha...lawak pun ade..sedih pun ade...jono..jono...

SHAH MOLOKO said...

Hang memang suka betul unsur-unsur REVENGE NIE..AKU KENA BACA LAGI FOR BETTER IMIGINASI!

Funny tho..haha..moe georgie boyyy..

saat omar said...

Diilhamkan dari seminar Dr. Marshall Clark dengan tajuk ' Indonesia - Malaysia Relations: Media, Politics and Regionalism'
yang diadakan pada 4/6/2010 di Bilik tayangan Puncak Perdana... eceh.

Anas Ridzuan said...

kena buat ni.
lagu soundtrack bg kumpulan peterporn..
hahaha

saat omar said...

Agaknya boleh lawan box office filem Dr Romzey 2 Alam tak?